Showing posts with label bebas. Show all posts
Showing posts with label bebas. Show all posts

03 June 2015

Selamat Tinggal

Dari kelas, aku sms Diana, Adam dengan Farid supaya datang kafe lepas aku habis kelas pukul 5. perjumpaan yang berlaku secara biasa, tak ada siapa yang terfikir untuk berlaku apa-apa kejadian. memandangkan aku daripada kelas, maka akulah yang terakhir tiba di kafe. mereka semua tiada kelas sebelum ini, tapi mereka datang awal kerana mereka tahu perangai aku yang akan berlangsung pergi andai ada yang datang lewat. janji Melayu tiada dalam kamus hidup aku kerana aku tak rela memalukan bangsa aku sendiri.

Diana: hah, tu pun Haziq dah sampai!

Adam: lewat! kata tak main janji melayu.

Haziq: alaa, sorry laa, aku habis kelas tepat2 pukul 5 tadi. biasanya habis 20-15 minit awal. 

Farid: hahh, ada apa kau panggil kitorang bertiga datang minum petang sekali ni? jarang-jarang kau nak panggil semua belanja minum.

Diana: ha'ah laa kan? biasanya kita terserempak jee. itupun makan sendiri. tapi yang ni siap nak belanja makan minum bagai.

Haziq: sebab kali ni kali terakhir laa.

Adam: kali terakhir? kenapa? kau nak pindah ke?

Haziq: sepatutnya kita boleh jee jumpa lagi. tapi aku penat laa... nak tulis satu lagi pon...

Diana: jap2... aku tak paham laa. cuba kau cakap betul sikit. kau ni, dekat fb pakai bahasa klasik. dekat sini pon kau nak pakai bahasa yang memeningkan jugak ke?

Farid: kau ada masalah ke Haziq? cuba kau bagitau kitorang. insya-ALLAH kitorang boleh tolong.

Haziq: korang ni, tak pernah perasan ke? *tersengih*

Diana: Adam, kenapa roommate kau ni? dah tersengih semacam pulak ni...

Adam: Haziq, kau... nak cakap pasal tu jugak ke? kau memang nak berhenti menulis dah?

Aku pandang ke arah Adam lalu tersenyum.

Farid: Dam, kenapa ni? berhenti menulis apa ni?

Adam: Dian.. Farid... sebenarnya...

Haziq: Adam, biar aku yang bagitau.

Adam: Tak apa ke?

Diana: Hishh, korang ni!!! bagitau je laa. apa yang susah sangat?!! main rahsia2 pulak ni...

Haziq: Diana. Farid. Sebenarnyakan... korang berdua dengan Adam, tak pernah wujud...

Farid: Astaghfirullahal'azim... Haziq, kau ni dah kenapa? kau gila ke?

Haziq: yaa, memang aku gila. dan korang bertiga hanyalah karakter yang aku cipta dalam diri aku sendiri. untuk aku ajak berbual. supaya aku tak keseorangan.

Adam: kita bertiga ni, sebenarnya adalah diri Haziq yang dicampurkan dengan latar belakang perwatakannya dengan diri orang lain.

Diana: MENGARUT!!! TIPU!!! kita memang wujud!!! nampak ni, sakit bila aku cubit pipi aku sendiri tau tak! kenapa cakap kita semua ni adalah Haziq pulak?

Haziq: Aku berseorangan jee sebenarnya Dian. ingat tak lepas habis presentation marketing haritu? kau kata, semua orang pandang aku kan? kau mungkin tak sedar, tapi sebenarnya semua orang pandang aku sebab aku seorang yang gila dan suka bercakap sendiri.

Farid: habis macam mana kau boleh masuk UKM ni kalau kau gila?!!

Suasana bertukar menjadi padang hijau yang terdapat ramai orang-orang yang berbaju putih.

Diana: Kita kat mana ni??? macam mana kafe tadi boleh jadi padang ni?!!

Adam: Dian, bawak bersabar! dengar ni! macam yang aku dan Haziq cakapkan tadi. Haziq ni gila. dan ini merupakan tempat orang2 gila! dia keseorangan dan suka cakap sendiri. sebab tu dia cipta suasana dalam minda dia sendiri dan cipta kita semua. dia yang cipta kafe dekat UKM dan watak kita semua.

Farid: Tapi Dam...

Haziq: Farid. pernah tak kau terfikir kenapa perangai kita semua berbeza tapi kita semua jadi rapat?

Farid: semua orang boleh jadi rapat kalau kita berkenalan walaupun perangai kita berbeza.

Haziq: tapi perbezaan kita terlalu ketara. kau merupakan sisi baik aku yang aku kunci. kau terlalu baik. kau jaga solat, jaga tutur kata. tapi sampai masa aku tak dapat tunjuk semua tu. sebab aku merasakan masyarakat akan benci dengan orang yang baik ni.

Adam: aku pulak merupakan sisi jahat Haziq. aku pon pernah terkunci dalam diri Haziq. tapi bila aku keluar, masyarakat bencikan aku. Haziq tertekan. dia tak tau sama ada dia perlu berkelakuan baik atau jahat.

Diana: Habis aku ni siapa? dan Haziq ni siapa? Dam! kau dan Haziq berkomplot ehh nak kenakan aku dengan Farid?!! *nada Dian mula teresak-esak seperti mahu menangis. tapi jeritannya menguasai nadanya*

Adam: Dian, aku tak pernah nak berkomplot dengan sesiapa. aku pon tahu tentang benda ni minggu lepas sebab...

Haziq: Dian, kau merupakan satu identiti yang mengelirukan. ketika mana aku menjadi lelaki jati, orang memandang pelik pada aku. dan waktu aku berkelakuan macam perempuan, orang mula menghina aku. sebab itulah, kau merupakan perempuan yang kasar. 

Diana: Jangan nak mengarut! Dam, kau cakap dekat aku macam mana kau boleh tau tentang benda ni!

Farid: Sabar Dian... bawak mengucap.

Diana: TAK! aku dah tak boleh sabar dah ni! ADAM!!

Haziq: biar aku yang ceritakan semuanya. kesihatan aku tak berapa bagus. dan aku pun tak akan hidup panjang. ketika suasana masih dalam UKM, aku berasa pening. dalam bilik kitorang, suasana selalu berubah antara bilik dan tempat ni. jadi Adam tanya pada aku dan aku pon ceritakan segalanya. pokok dekat tepi ni, menjadi saksi pada semua cerita yang aku reka.

Farid bergerak ke arah pokok dan melihat begitu banyak tulisan yang tertera dan begitu kecil sehingga sukar dibaca. Dian cuma menangis teresak-esak.

Haziq: aku dah tak larat nak tulis pada pokok ni lagi. Dian, orang2 dekat kafe kolej yang kau kata pandang aku tu, mereka sebenarnya adalah orang2 gila di sini. aku tak dapat kekalkan fokus rekaan minda aku. sebab tu laa... hari ini, aku nak jelaskan pada semua dan ucapkan selamat tinggal.

Farid: tak apa laa Haziq. macam yang kau cakap, kami adalah kau. macam manapun, kami akan berdiri kuat dalam diri kau.

Diana: aku taknak semua ni hilang! aku nak kekal dengan persahabatan kita ni... tapi, dalam diri ni... aku pon rasa satu kesakitan yang amat, yang memaksa aku terima hakikat sebenar...

Haziq: jangan risau Dian. aku akan ingat saat kita semua walaupun korang cumalah watak rekaan aku saja.

Diana: Haziq... kuatkan diri... sebagai perempuan yang kuat dalam diri kau, *Diana tersengih*, aku akan paksa kita supaya terus kuat.

Haziq: insya-ALLAH Dian... aku akan kuat dengan adanya orang macam kau dalam diri aku.

Adam: Haziq, tak kisahlah kau baik atau jahat. kau laki atau perempuan. akan ada orang yang akan terima kau seadanya. aku bukanlah sisi yang kau patut cari, terutama ketika kau berdepan dengan masalah. tapi... andai kau perlukan tenaga sokongan, aku akan keluar untuk bantu kau.

Haziq: Terima kasih Adam.

Adam dan Farid memeluk erat aku. Diana tak dapat menahan tangisan dia. mungkin dia cumalah rekaan watak perempuan, namun hatinya aku sahaja yang tahu. dia terus berlari untuk memeluk aku sehinggakan aku terjatuh. sikit demi sikit, mereka bertiga hilang daripada pandangan dan minda aku. aku terbaring atas padang hijau tersebut, mengimbau kembali kenangan kami bersama. tanpa sedar, air mata keluar dari mata menyembah bumi. aku mendengar pegawai assylum menjerit dan mereka datang ke arahku, bertanyakan keadaan aku. aku cuma mampu tersenyum. yang pasti, selepas ini aku akan bersendiri lagi, menunggu saat mati...





TAMAT

Keyboard Warrior

Diana: aku kalau baca UKMConfession ni kan, nak gelak pon ada. nak marah pon ada.

Haziq: kau baca benda-benda tu? aku tak pernah bukak benda tu dan tak pernah baca pon benda-benda tu.

Diana: jadi macam mana kau tau isi dalam UKMConfession?

Haziq: kawan aku penah tunjuk. dan aku rasa benda tu mengarut. so aku tak pernah bukak guna mobile aku dan aku pon taknak tau apa dalam UKMConfession tu.

Farid: boleh datangkan dosa jee kalau baca benda2 tu.

Diana: macam mana boleh datang dosa pulak?

Farid: ya laa, yang mengumpat ada. yang mengutuk pon ada. tapi tak laa nak kata semua post tu datangkan dosa. cuma buang masa jee baca benda-benda macam tu.

Haziq: kan Farid kan? siap luah perasaan bagai. geli pulak bila ingat kawan aku penah tunjuk benda tu kat aku.

Diana: tak payah laa baca benda-benda tu kalau macam tu. tengok berita atau pengumuman yang ada dah laa kan?

Haziq: dan untuk tau sama ada benda tu berita atau pengumuman, kau kena baca ayat2 first jugak kan? kalau dia mengutuk dalam satu ayat, tak ke kau dah baca apa yang dia kutuk?

Diana: err, jangan laa marahkan aku. bukan aku yang mengutuk.

Farid: tak kisah laa dalam UKMConfession ke atau kat group apa sekalipon, sekarang ni ramai sangat yang tak sedar diri yang diorang dah lakukan dosa mengumpat pasal orang lain.

Haziq: betul! semua pandai sembunyi belakang komputer, belakang henset. tapi depan-depan tak berani cakap pulak tu.

Diana: hmm, betul jugak apa kau cakap tu.

Haziq: kita ni, kalau tak puas hati cakap aje laa depan2. kalau kita betul, orang akan cari kita. kalau kita salah, tak payah tunjuk muka. setakat tulis dekat FB insta bagai, tak akan selesai punya masalah tu.

Farid: Ha'ah. gejala ni kalau berterusan, tak tau laa nak cakap apa. lepas ni semua orang tak bercakap agaknya.

Haziq: kau Dian, kalau kau kenal siapa2 yang suka sangat jadi keyboar warrior ni, suruh lah dia insaf. nasihat sikit. kalau kau diam je, dia akan pikir yang kau setuju cakap dia.

Diana: ok... tak pasal2 aku kena ceramah pulak hari ni.

Haziq: bukan ceramah... nasihat. ahahah



*sambung cerita lain...

GGGE2123

selesai hantar CD kepada pensyarah Teknologi & Inovasi dalam Pendidikan, aku pergi Bangi Getaway untuk makan tengah hari. aku ternampak Diana nak berjalan balik, jadi aku panggil dia.

Haziq: Dian! Dian!

Diana: Haziq!!! buat apa kat sini?

Diana masuk ke dalam kafe dan duduk depan aku.

Haziq: dah duduk dalam kafe ni mesti laa nak menari... apa laa kau ni, makan laa! apa lagi.

Diana: tak ada laa. mana tau kau ada hal nak buat lepas ni, atau tadi kee.

Haziq: Kau tu yang buat apa kat sini?

Diana: owhh, aku beli eyeliner dengan bedak. dah habis.

Haziq: kau pakai mekap kee? tak pernah nampak pon.

Diana: aku pakai laa kalau pergi kelas. cuma tak tebal laa.

Haziq: ok, sangat mengejutkan bagi aku.

Diana: apa?? kau ingat perempuan cam aku tak pakai mekap? Avril Lavigne dengan Pink pun boleh pakai mekap, takkan aku tak boleh.

Haziq: aku tak cakap apa2... lalalalala...

Diana: ellleehhh, dari muka kau aku dah tau kau pikir apa. ni, kau dari mana sebenarnya ni?

Haziq: tadi aku hantar CD dekat FPEND. pastu aku datang laa sini makan tengah hari.

Diana: CD?? FPEND??? kau belajar apa dekat FPEND? 

Haziq: Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan. CD tu ada semua tentang kerja apa yang kitorang dah buat sepanjang sem ni. 

Diana: ok, yang ni lagi mengejutkan dari aku beli mekap. kau bukan tak suka teknologi sangat kee?

Haziq: yes. tapi aku pon pikir sampai bila aku taknak ambik tau pasal teknologi. so aku ambik laa subjek ni. dan trust me, subjek ni sangat banyak kerja dia dan aku rasa macam nak gila. salah satunya kena buat blog. dah laa aplikasi komputer kena buat blog, subjek ni pon kena buat blog.

Diana: ahahah, kesian betul aku mendengarnya. tiap-tiap minggu ada tema jugak kee apa?

Haziq: haa, kali ni ada satu benda jee yang kitorang kena tulis sendiri kat blog. yang selebihnya, cuma kerja-kerja tutorial (patut kee panggil tutorial?) yang kitorang post semula dekat blog. dan pada masa yang sama kena hantar dalam bentuk CD jugak.

Diana: laa, tak laa susah mana.

Haziq: tak susah laa kalau minat teknologi. yang aku ni, dah laa tak minat teknologi. lepas tu kena kaitkan pulak dengan pendidikan. dasyat betul dunia pendidikan sekarang,

Diana: kan?? ehh dah laa, sambung kat kolej nanti ehh cerita kau ni. aku nak balik dulu, nak zohor.

Haziq: haa, ok2. babai.
 
Diana: bye~



*sambung lain citer...

Danau

Jarang betul aku dengan Adam nak makan sarapan dekat kafe. tapi hati ni rasa nak sangat makan sarapan berat sikit. jadi aku pujuk lah jugak Adam supaya bangun dari dia punya katil. Jam baru jee pukul 7.30. setibanya kami dekat kafe, kami nampak Farid tengah duduk makan sambil tengok MHI.

Adam: Assalamualaikum ustaz!!!

Farid: Wa'alaikumussalam... laa, korang berdua rupanya. eh, jemputlah duduk makan sekali.

Adam: tak payah jemput, memang kami nak duduk pon. Haziq, kau pergi laa beli sarapan dulu.

Haziq: ok!

Farid: jarang benar aku nak tengok korang berdua makan sarapan hujung-hujung minggu ni.

Adam: ha'ah... si Haziq tu laa, mimpi apa tau nak sarapan nasi lemak katanya.

Farid: owhh, kesian pulak kau dikejutkannya.

Adam: kan... tu laa pasal. tapi takpe laa, aku cakap kat dia kalau dia ikut pergi berenang kat danau nanti aku ikut dia.

Farid: amboii, sejak-sejak danau dah bukak untuk orang mandi ni seronok ajee aku tengok kau pergi berenang sana yaa.

Adam: mesti laa. dah lama tak berenang.

Haziq: Dam, pergi laa beli.

Adam: tak makan dah aku ni. beli air kejap.

Farid: katanya si Adam, korang nak pergi berenang lepas ni?

Haziq: ha'ah. nak ikut?

Farid: isyy, aku ni tak pandai berenang.

Haziq: alaa, kau ingat semua orang yang datang sana pandai berenang? tunjuk badan jee semua tu.

Farid: tunjuk badan?

Haziq: tak ada laa. saje jee nak mengutuk. tapi dekat danau tu diorang tak benarkan pakai baju.

Farid: iye kee?? bukan kata laki perempuan mandi sekali kee dalam tu?

Adam: haa, kenapa ni?!! apa yang kecoh semacam ni?

Farid: Haziq kata kat Danau tu kalau mandi tak boleh pakai baju. ye kee?

Adam: ha'ah. tapi ada jee yang pakai baju. Haziq pon pakai jee baju. aku dah biasa dulu, kelas renang memang tak pakai baju.

Farid: isyy, aurat kau macam mana? dah kalau laki perempuan sekali dalam satu kolam renang.

Haziq: itu laa katanya Adam dia dah biasa. tapi macam aku ni, sorok-sorok menyelam nak pakai baju.

Farid: owhh, yeke... apa hal laa dibuat peraturan macam tu. bukan dia tak tau yang UKM ni Universiti Kebanyakannya Melayu.

Adam: amboi Farid... halus betul jarum kau??

Farid: ahahah, tak ada laa. tapi hakikatnya ada laa jugak kan.

Adam: entah laa Farid weyh, nak cakap pon aku tak laa pandai sangat. biarlah yang jadi wakil-wakil pelajar tu cakapkan.

Farid: hmm, betul jugak cakap kau tu.

Haziq: so Farid, nak ikut kitorang tak lepas ni?

Farid: tak kot... dosa pulak aku tengok badan-badan sado kat situ.

Adam: aikk?? ustaz bernafsu kat laki ke?

Farid: tu Haziq. ehh2, ahahah!!! gurau jee Haziq, gurau gurau.. aku ada keje lepas ni.

Haziq: owhh, ingat kalau takde kerja, aku nak kerja kan kau nanti.

Farid: ahahah... gurau je laa. jangan laa marah.

Adam: Haziq! cepat sikit makan tu. time ni tak ramai orang tengah berenang ni.

Haziq: kejap laa, aku nak habis dah ni...




*** sambung lain citer...

21 May 2015

Amarahku

Disebabkan Farid ada latihan teater, dia terpaksa pergi dulu meninggalkan aku dan Adam selepas selesai makan malam.

Adam: aku sebenarnya kan Haziq, kesian betul dengan si Farid tu. kena menghadap latihan tiap2 malam, dengan pengarah yang tak berapa ok pulak tu.


Haziq: dah dia dah minat. apa nak dikata lagi?


Adam: aku sebenarnya marah kalau dengar dia punya cerita pasal pengarah tu. dia pon dah nak marah, inikan pulak kita yang mendengarnya. nasib baik dia tu pandai kawal marah dia, kalau iman dia tak kuat macam aku, tak tau laa nak kata apa.


Haziq: jadi kau kena laa belajar kawal marah kau macam dia.


Adam: fuhh, tak jadi keje kalau aku kawal marah aku. tangan aku ni lagi cepat naik daripada iman aku.


Haziq: sebab tu kau kena kawal marah. sekarang ni, semua benda kita buat kena professional.


Adam: cakap pasal marah ni, aku pon jarang tengok kau marah. padahal kau pon banyak masalah dengan orang yang bekerja satu grup dengan kau.


Haziq: haa, marah aku professional. bukan main tangah macam kau.


Adam: ehh jap. aku rasa macam aku pernah tengok kau marah tu, tapi aku pon tak sure kau marah ke tidak waktu tu sebab... kau senyum??


Haziq: haa, itu laa marah aku.


Adam: apa yang kau marah kalau kau senyum?


Haziq: ada orang marah, dia angkat tangan dulu macam kau. ada orang marah, lidah dia gerak dulu macam Dian. ada orang yang marah, hati dia sentiasa kawal macam Farid. aku ni... tak tau laa nak cakap macam mana...


Adam: gila?


Haziq: ahahah, mungkin laa kot. pernah jee tangan aku menumbuk orang masa marah. tapi percaya atau tak, panjang rambut aku menentukan tahap marah aku.


Adam: panjang rambut? apa kena mengena dengan rambut pulak ni? kau ni jangan nak merepek boleh tak?


Haziq: itu laa, susah aku nak cakap sebenarnya. macam ni. ayah aku yang mula2 bagitau pasal perkara ni around two three years ago. dia perasan yang bila rambut aku pendek, aku cepat naik angin. dan bila rambut aku panjang, aku susah naik angin.


Adam: macam takde kaitan aje.


Haziq: aku pon tak tau. tapi bila aku ingat balik, aku rasa macam betul. nak2 bila baru lepas potong rambut, memang aku cepat melenting. tunggu seminggu dua baru ok mood aku.


Adam: kau potong tak potong rambut, sama aje aku tengok.


Haziq: tapi aku rasa lain. orang nampak sama, tapi aku rasa laa yang rambut aku pendek. and dulu, time aku botak dulu memang aku meradang gila2.


Adam: lepas tu yang kau marah senyum tu apa?


Haziq: haa, ini yang susah nak cakap jugak ni. makin panjang rambut aku, aku makin mudah nak kawal marah. so banyak masa aku senyum bila aku marah. but most people sangat takut kalau aku senyum bila aku marah. padahal senyum jee kot.


Adam: kau tak nampak muka kau. aku ingat muka kau macam nak bunuh orang kalau kau senyum waktu marah dulu.


Haziq: ohh ehh? but i think it's okay what? sebab semua orang buat kerja dengan bagus lepas tu.


Adam: tolong lah. kalau kau senyum depan aku masa kau marah, aku tampar kau dulu.


Haziq: ehh, pernah jadi satu kejadian... bukan satu, banyak kali jugak laa. waktu form 5 kat sekolah asrama dulu. kawan aku suka betul cabar aku punya marah. dan diorang akan lari satu sekolah nak larikan diri daripada aku lepas tu. waktu tu bukan senyum biasa dah, memang aku gelak dah macam pontianak dah.


Adam: aikk?? sedar pulak kau gelak macam pontianak dalam marah tu?


Haziq: marah aku memang banyak dalam keadaan sedar. itu kira keadaan gila yang stabil laa kot. ahahaha. waktu kat matrik dulu pon ada cerita aku marah tapi aku bagi gunting kat kawan aku.


Adam: bagi gunting buat apa?


Haziq: aku kata kat dia "kalau kau nak aku marah tumbuk kau, kau gunting rambut aku. kalau tak, just terima setiap perkara gila yang aku akan buat lepas ni". dan dia tak gunting pon rambut aku. memang terok jugak laa dia kena dengan aku punya gila lepas tu.


Adam: kau ni, benda pelik2 jee yang ada kat kau ni. tak pernah normal. dah laa, jom balik.


Haziq: ahahahah, takut ke? takpe, selagi kau tak buat aku marah, aku ok je.


Adam: tak takut pon. dah, jom balik.


Haziq: ok2.




***sambung lain citer...

13 May 2015

Takut?

Aku dengan Adam tengah melepak dekat kafe sampai laa aku nampak Diana berjalan perlahan dekat belakang Adam. Dia suruh aku senyap dan buat tak tau. Tiba-tiba dua keluarkan sesuatu dari poket dia dan jatuhkan ke depan Adam.

Adam: Mak kau!!! B***!! S**l!!

Adam berlari sekuat hati dari meja dan bila dia toleh dan nampak muka Diana...

Adam: Dian!!! Kau memang tak guna kan!

Diana: ahahahha!!! Penakut!!!

Haziq: ahahah!!! Apa laa kau ni Adam. Bukan main lari laju tu. Apa ni? Laa, patung labah-labah je..

Adam: Haziq, kau alihkan benda tu.

Diana: Haziq, jangan! Biar situ. Aku nak tengok dia berani tak datang sini.

Adam: bengong laa Dian. Tak baik tau. Ramai orang ni, jangan laa buat malu aku.

Haziq: haishh, korang berdua ni... dah2, nah aku simpan. Dah, tak payah nak takut sangat.

Adam duduk kembali ke tempat duduk dia. Dian beri isyarat mata dan aku terus keluarkan patung labah-labah tu ke depan muka Adam. Adam terkejut dan nak lari kebelakang, tapi memandangkan kerusi melekat dekat lantai, dia terjatuh ke bawah. Aku dengan Diana tergelak besar lagi.

Adam: B*** laa Haziq. Siap laa kau dalam bilik nanti.

Haziq: Ahahaha!!! Sorry sorry. Dian suruh, aku buat jee.

Diana: eh? Aku tak cakap apa2 pon. Suka hati jee kata aku yang suruh.

Adam: dah laa. Sama jee korang dua ni. Nak balik laa.

Adam buat2 merajuk dengan ambik handphone dia atas meja dan nak pergi dari meja kitorang, tapi Dian sempat tarik baju Adam.

Diana: alaa Adam. Jangan laa merajuk. Aku gurau jee. Meh sini bucuk2.

Adam: *kembali ke tempat duduk* aku tak busuk, aku wangi. Nasib baik laa aku ni pemaaf. Kalau tak memang aku tak kawan dengan kau dah Dian.

Haziq: eleh, pemaaf sangat kan. Buat2 merajuk, pemaaf apa namanya.

Diana: tau Adam ni. Ehh Adam, kenapa kau takut serangga ehh? Body solid dah, tapi takut serangga.

Adam: nak buat macam mana. Dah takut.

Diana: ya laa, mesti ada sebab dia. Takkan lahir2 teros takut.

Adam: dekat Singapor, jarang kau nak jumpa serangga. Nak kalau apartment ko memang bersih gila. Suatu hari tu, ayah aku pasang national geography. Dia citer pasal serangga2 ni, zoom bukan main dekat sampai nampak bulu2 diorang. Lepas tu, kat sekolah aku dulu ada jugak eksperimen yang bedah lipas tak silap aku. Ada kumpulan yang lipas dia terbang. Terus kelam kabut kelas kitorang. Aku pulak time tu dah teringat bulu2 tu, terus fobia laa.

Haziq: owhh, sebab tu kee. Alaa, dulu aku pon takut jugak dengan lipas ni. Tapi sekarang boleh tahan lagi laa kot.

Adam: engkau dengan lipas jee. Aku boleh kira dengan semua serangga. Kecuali macam semut tu, tak ada laa aku nak takut.

Haziq: ya laa, at least aku faham laa jugak perasaan kau. And aku ada ramai kawan yang penakut dengan serangga, pemain ragbi lagi.

Diana: pemain ragbi? Biar betul?

Haziq: iya dian. Dari yang badan kecik macam kau sampai badan besar, harap je main ragbi tapi takut dengan serangga.

Diana: apa yang buatkan orang jadi fobia ekk? Kan ada macam2, fobia dalam dunia ni.

Haziq: fobia dengan penakut ni berbeza. Macam Adam ni kategori pengecut. Ahahha, tak ada laa. Penakut je baru. Belum sampai fobia.

Diana: Haziq, kau ada takut dengan apa2?

Haziq: hmm, ada. Tapi aku punya tak sampai tahap takut lagi. Aku Cuma gementar dengan orang yang cacat, takde tangan atau kaki contohnya. Sebab bila aku tengok diorang, aku ada perasaan yang aku akan kehilangan anggota badan aku jugak. Satu lagi, aku agak takut berada dalam keadaan yang agak rendah. I mean, dari segi kedudukan. Sebab aku suka buat keputusan, so bila aku dalam position yang rendah dan Cuma kena ikut arahan saje, aku jadi tak sedap hati.

Adam: hehh, wujud jugak orang macam kau ni. Suruh jadi ketua untuk kelab taknak.

Haziq: aku tak suka jadi ketua. Tapi aku suka buat banyak kerja. Bila orang tahu kebolehan aku dalam satu2 perkara, diorang akan benarkan aku buat keputusan sendiri.

Adam: haa Dian, yang kau tanya orang, kau tak ada apa yang kau takut.

Diana: ada... aku takut duduk dalam gelap.

Adam: hehh, mesti takut hantu ni.

Diana: isyy, mana ada!

Adam: kau dah tau kisah pasal belakang blok kau tu? Yang tiga tahun lepas...

Diana: Adam!!! Ok dah, aku nak balik bilik. Ok bye!

Adam: haa, tadi takutkan orang bukan main berani. Dia lagi penakut dari aku...

Haziq: bye Dian!

Diana pergi meninggalkan kitorang berdua semula.




***sambung citer lain...

Pelbagaikanlah

Aku teman Farid study dekat kafe. Tiba-tiba Adam datang, campakkan beg dekat kerusi dengan muka bengang.

Farid: Astaghfirullah... dah kenapa dengan kau ni Dam? Dah gila?

Haziq: Ni mesti tak boleh jawab exam tadi ni.

Adam: Memang, susah gila kot. Bengang betul aku, rasa macam sia-sia jee aku study.

Farid: Jangan laa cakap macam tu. At least ada jugak soalan yang kau boleh jawab sebab kau study kan?

Adam: Memang laa ada. Tapi...

Farid: Tapi kau kena belajar bersyukur sebab ada jugak markah untuk diberi kat kau... dan kau kena doa supaya walaupun kau rasa soalan tu susah, tapi sebab kau dah usaha nak jawab, kau doa laa supaya dapat markah.

Haziq: haa, dengar cakap ustaz Farid kita ni. Kau ni... rilek laa sikit.

Adam: Nak rilek kejadah kau. 40% markah carry mark untuk mid-sem ni. Kau nak aku rilek?

Haziq: Ok2. Aku nak tanya sikit. Kau study macam mana sebenarnya?

Adam: Macam biasa laa. Buat latihan yang lecturer bagi, buat latihan dalam buku yang ada.

Haziq: Kau pernah cuba cara lain? Kau belajar sendiri je kan selama ni dalam bilik?

Adam: Ha’ah. Aku belajar sendiri je laa dalam bilik. Aku tak minat belajar ramai2 ni.

Farid: Laa, patut laa pon. Tak tepu ke otak kau belajar macam tu?

Adam: Tak. Dah biasa dari sekolah macam tu.

Haziq: Sesekali cuba ubah cara kau tu. Asyik belajar dalam bilik jee, mana nak dapat oksigen.

Adam: Alaa, cakap macam aku seorang. Kau pon sama jee belajar dalam bilik jugak.

Haziq: Ni tak nampak aku teman Farid belajar ni? Walaupun fakulti berbeza pon, at least bile dia bercerita pasal subjek dia, takde laa aku rasa otak aku terbeban sangat nak terima apa yang aku tengah belajar ni.

Farid: SAAAYANG Haziq! Ahaha, tiba-tiba pulak. Anyway, aku pon dah biasa dengan cara bercerita apa yang aku belajar dekat orang lain Dam. Tapi, dulu waktu sekolah aku cerita dengan budak sama kursus dengan aku. Sekarang aku boleh cerita dengan budak lain2 kursus. Jadi, pemikiran diorang berbeza dan soalan diorang pon beza. Macam Haziq kan jenis nak tau, jadi aku boleh cerita banyak sikit. Senang aku nak hafal.

Haziq: ha’ah. Macam aku, aku ada gang aku dekat kajai. Kalau aku rasa susah subjek tu, aku belajar dengan diorang dekat kajai. Kau nampak je aku banyak study kat bilik, tapi bila duduk dengan gang aku, aku study jugak sebenarnya. Tak semestinya borak jee.                                                                                                                                     
Adam: so kau nak aku buat apa sekarang ni?

Haziq: sekarang ni kau kena cari cara lain nak study untuk subjek2 yang lain. Jangan laa setiap subjek kau belajar sorang2 dekat bilik. Mungkin ada subjek yang berat dan memang perlu discuss dengan kawan2. At least boleh jugak kau bertanya kalau kau tak tau apa2.

Farid: lagipon Dam, otak kita ni pon mudah bosan macam perasaan kita. Cuba aku bagitau kau lawak yang sama setiap hari, mesti kau akan kurang rasa nak gelak setiap hari sebab lawak yang sama jee kan?

Adam: tak tau, mungkin kot.

Farid: tak ada mungkin punya, kau memang akan kurang gelak. Kalau kau gelak pon, gelak fake sebab nak sedapkan hati aku. Macam tu jugak otak. Bila banyak belajar, cara yang sama pulak tu, dia pon akan bosan.

Adam: hmm, yelaa2. Tengok laa macam mana nanti. Ok lah, aku nak balik ni.

Farid: haa, nak balik study ke apa?

Adam: iyaa laa.

Farid: takde2! Duduk sini dengar aku bercerita pasal syariah ni.

Adam: kejadahnya aku nak dengar pasal syariah? Bukannya aku nak ambik periksa syariah.

Haziq: ahahah, jangan laa paksa dia Farid. Dia tak biasa lagi cara macam kau ni. Tapi Dam, kalau stress belajar kat bilik tu datang laa dekat kitorang.

Adam: haa, yelaa2. Nanti aku  datang laa. Aku nak balik dulu.

Haziq: Ok!

Farid: Assalamualaikum.

Adam: Waalaikumussalam.




***sambung lain citer...


STRESS

Waktu aku, Adam dengan Farid duduk melepak minum petang dekat kafe, Farid bukak cerita tentang teater dia sekali lagi.

Farid: aku tension betul dengan pengarah teater aku.

Haziq: dah kenapa lagi dengan kau ni? Tak habis2 lagi ke?

Farid: tak ada laa. bila dah tak suka dengan orang, jumpa jee stress. Lepas tu stress tu terbawak-bawak laa ke mana-mana.

Adam: kawal laa sikit stress tu. Nak final ni kan, assignment pon banyak tak siap lagi ni. Nak pikir ke kau punya teater jee memang tak jadi kerja.

Haziq: ha’ah. Tua muka kau nanti baru tau. Muka kau tu dah laa matang, berkerut muka dah nampak macam orang tua.

Farid: dah tak tau dah nak kawal macam mana stress aku ni. Solat, doa, baca al-Quran... semua dah buat dah.

Adam: haa, apa kata kau dengar lagu. Aku kalau stress aku dengar lagu.

Farid: aahhh!! Khayalan belaka dengar lagu tu. Syaitan lagi masuk ada.

Adam: alah kau... cakap bukan main. Dah tu kau kenapa kau solat doa bagai pon tak hilang2 stress kau. Nampak sangat kau tak ikhlas nak mintak pertolongan ALLAH tu.

Haziq: hishh, ada pulak kau cakap macam tu Dam. Mujur laa kita ada kawan yang mampu bawak kita ke arah kebaikan ni haa.

Adam: tak ada laa. Nak dengar dia punya stress pasal teater pon dah menyakitkan hati. Orang nak tolong dia hilangkan stress je.

Haziq: iya laa. Aku tahu tu. Tapi tak baik laa cakap dia tak ikhlas mintak pertolongan ALLAH.

Farid: kan Haziq kan? Buat dosa je tau kau ni.

Adam: yelaa2. Aku jugak yang salah. Haa, kalau kau tak nak dengar lagu sangat kau pergi makan. Ada jee orang yang lagi stress lagi dia makan. Aku pon kadang2 makan banyak bila stress.

Haziq: dan aku bukan orang macam tu.

Farid: kenapa pulak Haziq?

Haziq: sebab family aku semua nya badan besar dah. Dan aku laa yang mempunyai badan paling kurus, walaupun besar macam ni. Abang2 aku semuanya makin gemuk bila masuk U sebab diorang makan banyak bila stress. So aku taknak benda tu berlaku kat aku walaupun aku dah cukup besar dah.

Farid: dah Haziq, kau buat apa kalau kau stress??

Haziq: depends. Kalau aku ada aku punya laptop atau tab, aku akan tengok anime. Tapi kalau aku tak ada mood nak tengok anime aku akan dengar lagu. Tapi yang paling berkesan aku buat, aku tidur.

Adam: tidur? Boleh ke tidur kalau kau stress?

Haziq: boleh jee. Tapi paksa sikit laa. Memang awal2 kita akan pikir pasal masalah kita aje, tapi kalau lelap jee mata tu lama2 terlena jugak.

Farid: tidur ekk? Macam bagus jee idea kau tu.

Haziq: well, hidup ni kan kena seimbang. Bagus dah kau solat, baca al-Quran semua tu. Itu baru rohani. Walaupon orang kata kalau hati kita, rohani kita tenang nanti semua insya-ALLAH akan okay. Tapi tak semua orang berjaya. Ada orang kena jugak buat benda yang dia minat baru hilang stress.

Adam: hmm, kau buatkan aku teringat yang exercise pon boleh bantu hilangkan stress. Biasanya kalau aku stress, aku dengar lagu sambil exercise laa.

Haziq: laa, selama ni yang tiba2 kau keluar bilik pergi jogging tu sebab kau stress ke?

Adam: ehh? Aku tak pernah bagitau ehh?

Haziq: tak...

Farid: ahahah, apa laa kau ni Haziq. Duduk sebilik dengan roommate pon tak tau.

Haziq: ok laa tak tau janji kitorang rapat and tak stress duduk sebilik. Yang kau tu, duduk melepak dengan kitorg. Kesian roommate kau duduk sorang. Stress pulak dia ada rommate macam kau ni, tak reti nak duduk dengan roommate sendiri.

Farid: ahh!! Ahahah!! Biarlah. Dah2, jom balik. Kata nak pergi stadium lepas ni.

Adam: hehh, pandai nak alih topik. Hah, jom lah.

Aku, Adam dan Farid pon balik bilik untuk tukar baju nak bersukan...




*** sambung lain citer...

29 April 2015

Kahwin???

Aku dengan Diana tengah buat kerja depan laptop dekat kafe bila Adam balik dari kelas untuk makan tengah hari.

Adam: Weyh Haziq, ingat tak waktu aku pergi wedding kakak saudara aku dekat johor hari tu?

Haziq: Minggu lepas? Ingat. Kenapa?

Adam: Aku ada terfikir pasal sesuatu tau. Tentang kahwin.

Diana: Kenapa Dam? Kau nak kahwin dah ke?

Haziq: Ha’ah. Takut pulak aku dengar bila kau cakap macam tu.

Adam: Tak ada laa sampai nak kahwin lagi.

Haziq: Dah tu?

Adam: Aku terfikir, apa maksud kahwin sebenarnya ekk?

Diana: Waa, romantik gitu pemikiran kau... haa Haziq! Cakap sikit?

Haziq: Aku pulak? Hmm, aku pon tak tau nak cakap camne. Kahwin ekk? Kahwin ni merupakan satu ikatan antara dua insan yang bukan muhrim, menjadikan diorang halal antara satu sama lain, dan mungkin memberi satu tanggungjawab lain kepada diorang?

Diana: Waa!! Begitu sekali kata orang yang pandai main bahasa...

Adam: Aku suka part last tu. Bab tanggungjawab. Ok, cuba korang berdua bayangkan. Korang bercouple sekarang, mungkin dua tiga tahun nanti korang akan berkahwin dengan pasangan korang, mungkin tujuh lapan tahun lagi, mungkin tiga bulan lagi. Korang tak rasa awkward ke time tu nanti?

Diana: Kenapa nak rasa awkward pulak? Dah kenal, tak ada laa nak rasa awkward. Lain laa kalau baru nak kenal lepas nikah.

Adam: tak ada laa. I mean, kau biasa tutup aurat dengan dia kan Diana. Lepas kahwin, kau dah tak ada nak sembunyi apa-apa dah.

Diana: Ke situ pulak pergi kau ni. Alaa, itu lepas kahwin pandai-pandai laa hilangkan awkward yang tu.

Adam: Yang tu tak apa lagi. Mungkin, MUNGKIN, perempuan tak rasa sangat tentang ni. Tapi apa aku nak cakap sebenarnya pasal tanggungjawab. Aku terpikir hari tu, bila kita kahwin kan Haziq, kita kena jaga anak orang tau.

Haziq: Yes... and then?

Adam: Itu laa apa aku nak cakap. Aku cuba bayangkan kehidupan awal perkahwinan. Sekarang kita belanja untuk diri kita, lepas kahwin kita kena tanggung isteri.

Haziq: Apa kau tak pernah belanja awek kau ke?

Adam: Memang laa pernah. Tapi bukannya setiap hari. Dan bukannya aku jumpa dia setiap minggu pon sampai aku nak belanja dia selalu.

Haziq: Alaa, nanti kan kau kerja. Jangan laa pikir melalut sangat.

Adam: Aku tau. Tapi... macam mana aku nak cakap ehh? Korang nak tau tak? Dulu waktu sekolah kan, aku selalu buat kira-kira kewangan waktu kita besar sampai nak kahwin?

Diana: What?!! Bagusnya kau ni... macam mana kau buat kira-kira tu?

Adam: Aku buat laa anggaran gaji aku, kemudia aku fikir berapa aku nak buat bayaran rumah, kereta, bil-bil, sampai laa aku nak kahwin.

Haziq: Haa!!! Ok laa tu, at least kau dah ada perancangan.

Adam: Tapi bila dah masuk U ni aku rasa kira-kira aku dulu macam bodoh sangat. Realiti hidup kan tak sama.

Diana: Alaa Dam, rilek laa. Aku sebagai perempuan ni, walaupon bukan awek kau tapi aku sendiri rasa kalau laa aku kahwin dengan kau, mesti kewangan masa depan selamat.

Adam: Senang je kau cakap. Sebab ko boleh mintak duit laki nanti. Dah tu kitorang yang lelaki ni? Dah laa susah payah cari duit, kena bagi nafkah pulak, lepas tu isteri mintak macam2.

Haziq: woah woah!!! Aku rasa perbincangan ni pergi jauh mengarut pulak nanti. Macam ni laa Dam, cuba cakap apa yang ada dalam otak kau sebenarnya? Aku dah satu sem duduk dengan kau, aku dapat rasa sangat ada benda yang mengganggu kau ni.

Adam: Sorry... macam ni. Waktu aku tengok perkahwinan kakak saudara aku hari tu, suddenly aku teringat kata2 sorang kawan aku. Dia pernah kata, dia taknak kahwin sebab bagi dia perkahwinan tu cuma perjanjian atas kertas je. And aku perhatikan lelaki kakak saudara aku tu, dia awkward sangat dengan kitorg. Dan reaksi dia buatkan aku teringat hubungan dengan awek aku. Aku pernah cakap dekat dia, aku rancang kahwin dalam tujuh tahun lagi. Kalau dia tak sanggup tunggu, ada orang masuk meminang dia dan dia suka, dia boleh aje nak kahwin. Aku taknak paksa dia tunggu aku. Dia pon cakap benda sama, andai aku berkenan dekat orang lain aku boleh jee kawin dengan orang yang aku suka tu...

Diana: Kejap! Kau tak suka ke dengan awek kau yang sekarang ni?

Adam: Suka...

Diana: Lepas tu kenapa kau nak lepaskan dia dekat orang lain pulak?

Adam: Itu laa kau... kau tak faham. Aku memang suka dia, tapi aku tak pernah lagi rasa nak kahwin dengan dia. Sebelum ni aku pernah rasa dengan crush aku, tapi itu Cuma crush je laa. Walaupun crush, aku still dapat bayangkan kalau aku kahwin dengan dia. Tapi dengan awek aku sekarang ni, aku taknak laa disebabkan perasaan sebelum ni tak kesampaian, so aku paksa nak cintakan dia. Aku tak suka perasaan tu.

Haziq: macam ni laa Dam, ini Cuma pendapat aku je. Tapi aku rasa, kita lelaki memang ambik benda ni slow and steady. Memandangkan kau tak kesah dia pergi dekat orang lain, walaupun aku rasa jauh dalam sudut hati kau tu kau taknak pon dia pergi dekat orang lain. dan dia pon tak kesah jugak kalau kau pergi cari orang lain, jadi aku rasa korang sebenarnya tak develop lagi perasaan korang tu. Macam kau tanam biji benih dalam tanah, korang Cuma tunggu hujan jee yang siram air dekat tanah tu. Korang tak siram setiap hari apatah lagi nak letak baja. Jadi aku taknak paksa korang siram biji benih tu. Korang boleh jee teroskan hubungan korang macam sedia ada. Sampai masa, perasaan nak kahwin dan nak pegang tanggungjawab sebagai suami tu akan muncul sendiri. Kalau tak, takkan laa pokok dekat hutan boleh tumbuh tinggi dan keluarkan buah-buah sedap?

Diana: Tak apa ke macam tu? Kesian laa kalau salah sorang dari diorang ni cari yang lain nanti

Haziq: Tak apa. Memang laa laki ni tak macam perempuan, nak-nak macam kau, senang sangat nak cari pengganti baru. Tapi aku rasa hubungan Adam dengan awek dia dah cukup sweet dah sekarang ni.

Adam: Hmm.. aku rasa ada betol jugak apa yang kau cakap tu.

Haziq: Jangan risau sangat laa Adam. Aku pon kadang2 ada terfikir macam tu. Tapi aku slow talk jee dengan awek aku.

Adam: ok, thanks Haziq! Nanti aku cuba try bercakap dengan dia banyak sikit.

Diana: eeiihhh!! Korang buat aku macam perempuan jahat jee tau!

Haziq: ahahah, mana ada. Dah2, sambung buat kerja tu.



***sambung lain citer


01 April 2015

Bahasa Kita

Aku, Adam dan Ahmad khusyuk menghadap telefon masing-masing sampailah aku mula berkata-kata.

Haziq: aku tak suka betullah orang yang banyak komen kat facebook, twitter bagai ni. Maksud aku, ada hal tak elok jee mula sebar kat facebook. Bahasa yang elok takpe jugak. Ini tidak, kesat dan mencucuk-cucuk perasaan

Adam: keyboard warrior, biasa lah. Macam lah kau tak pernah post kat facebook benda-benda macam tu.

Haziq: memang aku ada buat teguran kat facebook bagai. Tapi bahasa aku, aku jaga. Kita orang melayu, adat kita untuk setiap ayat kita.

Farid: contoh kau tapis ayat kau?

Haziq: contoh? Hmm, instead of tulis something like “kenapa semua bodoh sangat tak boleh nak pikir?”, aku akan tulis “ALLAH dah beri kita akal untuk kita fikir”.

Adam: macam tak bertapis pon. Sama jee bunyi sindiran dia.

Haziq: at least apa yang aku tulis tu tak laa menyakitkan hati orang sangat. Dia mungkin terasa, tapi terasa yang dia rasa tu akan buatkan dia fikir positif. Kalau kau tulis “semua bodoh tak boleh nak pikir”, kau hanya tanamkan benih benci je dekat orang lain dan perasaan terasa yang kau rasa tu akan buatkan kau fikir serong daripada pemikiran positif yang sebenar.

Adam: dah tu macam mana kalau orang yang baca tu dalam keadaan marah? Mungkin dia akan baca “ALLAH dah BERI akal untuk kita pikir!!!”.

Farid: haa, betul jugak tu. Ada point jugak apa yang kau cakap tu Adam.

Haziq: sebab tu laa, kita patut kurangkan tulis sesuatu yang akan timbulkan kontroversi ni. Payahnya kita orang malaysia, orang melayu terutamanya ialah bahasa kita. Bahasa kita ni banyak sangat intonasi dia. Tapi itu jugak yang jadikan bahasa kita istimewa. Setiap intonasi ada maksud tersendiri. Bahasa inggeris tak macam kita. Kalau kita ikut cara cakap orang amerika atau british, intonasi diorang tak sebanyak kita. Kadang-kadang macam tak ada intonasi langsung. Straight jee cakap. Aku tak pasti dengan bahasa lain. Tapi macam bahasa cina, jepun, korea semua tu susah dia terletak pada huruf suku kata diorang. Bahasa kita ni pulak banyak main dengan intonasi.

Farid: tu dia kata-kata dari pendebat kkm. kau ni... ambik bisnes. Apsal tak ambik pengajian bahasa jee sebelom ni? Mascom ke?

Haziq: sebab tak minat nak belajar benda tu kot... atau sebab aku tak pernah didedahkan dengan kursus macam tu. Aku minat dalam bahasa ni pon, sebab debat laa. Sebab kitorang kena kesan setiap salah guna kata diorang and intonasi yang diorang guna tu akan menyebabkan isi diorang tak sampai.

Adam: tadi kata tak minat bahasa, lepas tu kata minat pulak. Sekarang siapa yang salah guna bahasa ni?

Haziq: aku minat bila nak bercakap pasal bahasa ni. Minat nak berdebat pasal benda ni. Tapi aku tak minat nak BELAJAR dalam bidang bahasa. Kau dengar betul sikit.

Adam: ye laa. Aku jugak yang salah.

Haziq: MEMANG! Ahahah... lagi satu, bahasa melayu ni kalau korang perasan, setiap perkataan mendalam maksud dia.

Farid: mendalam? maksud kau?

Haziq: contohnya, aku suka cakap ‘sorry’ daripada mintak maaf. Bagi aku, aku tak pasti pendapat orang lain. Tapi bagi aku, taraf ‘sorry’ tu lagi rendah daripada kau cakap ‘mintak maaf’. Maksud aku, kalau kau cakap ‘sorry’, kau takde laa mintak maaf dengan betul-betul ikhlas. Ibarat kau jalan dekat bandar, then terlanggar seorang yang lalu sebelah kau. Kau cakap “sorry”, sebab kau bukan sengaja tapi at the same time kau cakap tu, kau berlalu pergi je. Nampak macam kau tak ikhlas kan?

Farid: dah tu kau cakap mintak maaf waktu bila?

Haziq: contohnya kalau kau tau assignment kau kena hantar esok. Tapi kau rasa malas sangat nak buat. Esoknya, sama ada kau datang kelas atau kau hantar surat sakit, kau akan cakap “mintak maaf kerana tak dapat hantar assignment yang diminta atas sebab-sebab tertentu”. Macam tu laa.

Adam: hehh, apa punya contoh yang kau bagi ni?

Haziq: dah nama pon contoh kan. And ini pandangan aku je. Aku tak pasti kalau belajar pengajian bahasa memang macam tu atau tidak. tapi still, korang paham maksud aku jugak kan?

Adam: paham laa kot... sikit.

Farid: contoh lain yang kau boleh bagi dekat kitorang?

Haziq: contoh lain? Nak contoh lain ke?

Farid: kalau ada bagi laa. Kalau takde takpe.

Haziq: hmm, kejap ehh.. hmm... haa!! Cinta!!! Korang kan biasa dengar aku sebut “Adam, I love you!” atau “you know that I love you”, kan?

Adam: err... ha’ah. Nak muntah aku dengar nya.

Haziq: ahahah, tu sebab aku rasa perkataan ‘love’ tu darjat dia lagi rendah dari ‘cinta’ atau ‘sayang’. Sebab tu aku tak rasa apa-apa bila aku cakap ‘I love you’

Farid: kau tak rasa kompleks ke bila kau letak diri kau macam tu? Nak bercakap pon kena pilih perkataan yang betul. Letakkan darjat semua.

Haziq: well, tak semua situasi aku buat macam tu. Paling ketara aku buat bila aku nak post sesuatu dekat facebook atau instagram je. Sebab sekarang ni terlalu banyak bahasa pelik-pelik yang orang guna. Dan in fact, orang cina dan india malaysia sendiri tak paham apa orang melayu tulis dekat laman sosial. Dengan short form yang entah apa-apa. Kalau bercakap, tidak lah aku buat macam tu. Unless aku rasa nak debat apa dia cakap.

Adam: kau jangan debat apa perkataan aku guna lepas ni. Aku tumbuk muka kau nanti!

Haziq: ahaha, adam ni selalu kalah debat dengan aku sebelum ni.

Farid: Adam, aku Cuma boleh kesian dekat kau je.


Adam tampar bahu Ahmad sebelum tarik kerusi dan kata mahu balik.



***sambung lain citer...