03 June 2015

Keyboard Warrior

Diana: aku kalau baca UKMConfession ni kan, nak gelak pon ada. nak marah pon ada.

Haziq: kau baca benda-benda tu? aku tak pernah bukak benda tu dan tak pernah baca pon benda-benda tu.

Diana: jadi macam mana kau tau isi dalam UKMConfession?

Haziq: kawan aku penah tunjuk. dan aku rasa benda tu mengarut. so aku tak pernah bukak guna mobile aku dan aku pon taknak tau apa dalam UKMConfession tu.

Farid: boleh datangkan dosa jee kalau baca benda2 tu.

Diana: macam mana boleh datang dosa pulak?

Farid: ya laa, yang mengumpat ada. yang mengutuk pon ada. tapi tak laa nak kata semua post tu datangkan dosa. cuma buang masa jee baca benda-benda macam tu.

Haziq: kan Farid kan? siap luah perasaan bagai. geli pulak bila ingat kawan aku penah tunjuk benda tu kat aku.

Diana: tak payah laa baca benda-benda tu kalau macam tu. tengok berita atau pengumuman yang ada dah laa kan?

Haziq: dan untuk tau sama ada benda tu berita atau pengumuman, kau kena baca ayat2 first jugak kan? kalau dia mengutuk dalam satu ayat, tak ke kau dah baca apa yang dia kutuk?

Diana: err, jangan laa marahkan aku. bukan aku yang mengutuk.

Farid: tak kisah laa dalam UKMConfession ke atau kat group apa sekalipon, sekarang ni ramai sangat yang tak sedar diri yang diorang dah lakukan dosa mengumpat pasal orang lain.

Haziq: betul! semua pandai sembunyi belakang komputer, belakang henset. tapi depan-depan tak berani cakap pulak tu.

Diana: hmm, betul jugak apa kau cakap tu.

Haziq: kita ni, kalau tak puas hati cakap aje laa depan2. kalau kita betul, orang akan cari kita. kalau kita salah, tak payah tunjuk muka. setakat tulis dekat FB insta bagai, tak akan selesai punya masalah tu.

Farid: Ha'ah. gejala ni kalau berterusan, tak tau laa nak cakap apa. lepas ni semua orang tak bercakap agaknya.

Haziq: kau Dian, kalau kau kenal siapa2 yang suka sangat jadi keyboar warrior ni, suruh lah dia insaf. nasihat sikit. kalau kau diam je, dia akan pikir yang kau setuju cakap dia.

Diana: ok... tak pasal2 aku kena ceramah pulak hari ni.

Haziq: bukan ceramah... nasihat. ahahah



*sambung cerita lain...

No comments:

Post a Comment