26 March 2015

Jangan Beralasan

Waktu aku tengah makan dekat kafe, aku nampak Adam baru keluar dari bas berjalan ke arah kafe. Aku pon jerit panggil nama dia sambil lambai-lambaikan tangan aku.

Haziq: Adam! Adam! Sini!

Adam berjalan ke arah aku, tapi muka dia pandang arah lain. Sampai je di meja aku makan, dia pon letakkan beg atas kerusi.

Adam: perlu ke kau jerit nama aku macam tu? Aku nak beli makanan kejap.

Haziq: ehehe, ok!


Adam: hahh, apa cerita kau semalam?

Haziq: semalam? Ok2 jee, tapi ada sikit pergaduhan. Bukan gaduh laa, salah faham. Orang tu kata tu, orang tu kata ni. Semua nak bagi alasan masing2. Sebab tu aku tak minat dah nak jadi orang2 kat peringkat atasan ni?

Adam: mainan politik?

Haziq: yang semalam tu takde laa. Tapi ye laa, kalau dah cakap pasal pihak2 atasan ni, memang susah nak lari dari politik kan? Walaupun aku tak suka nak sebut benda ni. Tapi semua orang bagi alasan yang sama. Kena tunggu pihak tu, pihak ni, sampai tiba2 ada kaitan ngan parti politik. Hal remeh pon nak libatkan politik.

Adam: mujur lagi kat malaysia ni mainan politik dia masih sihat. Kalau kau duduk singapor, susah betul nak lawan kerajaan dia. Kerajaan singapor macam kuku besi. But of course, ada baik buruk kita ni tinggal kat negara masing2 kan? Mungkin pada pandangan kau, negara aku bagus. Kerajaan singapor bagus. Aku pulak rasa, kerajaan malaysia bagus. Pandangan masing2 laa.

Haziq: hmm, betul laa tu. Anyway, cakap pasal pihak atasan ni, aku pernah citer tak pasal aku kena tampar dengan guru disiplin waktu sekolah dulu?

Adam: tak pulak. Kenapa? Citer laa.

Haziq: macam ni. Dulu, zaman awal2 sekolah menengah dulu aku suka kalau ada pangkat. Aku suka kalau jadi sebahagian orang atasan. Boleh dengar macam2 cerita orang atasan. Waktu jadi pengawas, walaupon takde pangkat tapi aku ni jenis yang akan pastikan aku sumbangkan idea dan diorang mesti terima idea aku. camtu laa lebih kurang. Tempat aku panggil g-pang. Gila pangkat.

Adam: g-pang? Huduh betul nama dia.

Haziq: kan?? Tapi actually aku bukan gila pangkat sangat pon. Cuma aku suka je duduk dengan orang2 atasan dalam organisasi. And salah satu reason, andai kalau ada perjumpaan kena panggil dengan senior2 atau cikgu2, sebab ada masalah atau apa2 hal, aku dapat lepaskan diri. Biar pon aku tau punca masalah yg berlaku tu, sama ada berkait dengan aku atau tak, tapi sebab aku rapat dengan ‘orang2 atasan’ ni, diorang percaya cakap aku. Nak lepaskan diri bukan sebab aku bersalah, tapi taknak kena denda atau ragging jee.

Adam: teruk betul perangai kau. Sebab tu jee kau nak rapat dengan orang atasan?

Haziq: awal2 remaja. Aku takut kena buli bagai. Jadi kalau rapat dengan orang2 berpengaruh ni, hubungan tu aku jadikan alasan, dengan tanya sama ada diorang percaya aku atau tak.

Adam: jadi, apa kaitan dengan kau kena tampar dengan cikgu kau tu?

Haziq: ohh, macam ni. Waktu form 4, aku dengan kawan aku ditawarkan jadi ketua pengawas untuk tahun depannya sejak awal tahun lagi. Aku ni, walaupon aku suka duduk bersama orang2 atasan, tapi aku tak suka jadi ketua. Sebab kalau aku jadi ketua, macam kerajaan singapor nanti. Ketua kuku besi. So aku tawarkan dekat kawan aku and aku jadi penolong dia. By that time, kat otak aku ni dah main2 dah. Aku pikir balik sebab apa aku jadi pengawas, rapat dengan orang2 atasan. Sampai sekali tu, time tu waktu kita form 5. Kawan aku ragging budak junior. Sekali warden asrama masuk, nampak benda tu. Budak kena ragging tu semua kena pergi kelas prep. Aku dengan kawan batch aku kena panggil dengan cikgu disiplin. warden asrama aku, cikgu disiplin tu laa.

Adam: owhh... ko buli jugak ke budak2 tu?

Haziq: ehh, aku tak buat apa2 kat diorang. Aku just pesan kat kawan aku, nak buat, buat cepat. Sebab nak suruh diorang pergi kelas prep.

Adam: habis part mana ko kena tamparnya?

Haziq: haa, ni nak citer laa ni. Cikgu disiplin tu, macam biasa laa mula2 panggil siapa2 yang terlibat secara langsung dalam ragging tu. Kemudian, dia tanya. Pengawas takde kee nak kawal benda tu? Dipanggilnya pulak pengawa2 dalam kalangan kitorang. Dalam masa 5 saat! Wahh gitu... aku pon pikir banyak perkara. Nak mengaku taknak? Aku boleh jee guna alasan yg aku dah suruh budak2 tu pergi kelas prep. Ya laa, bukannya aku tak suruh kan? Aku Cuma tak perlu sebut yang aku suruh kawan aku ragging cepat2 jee, and aku boleh terlepas dari apa2 hukuman. Tapi kenapa aku taknak mengaku? Aku kan pengawas? Aku nak cari alasan sampai bila? Aku nak orang hormat aku sebab apa? Semua benda tu aku pikir sampai laa kaki aku melangkah sendiri pergi ke depan cikgu disiplin aku. Then ada laa kawan2 pengawas aku yang lain ikut sekali. Warden tu tanya, aku jawab je laa. Tapi aku tak guna apa2 alasan nak lepaskan diri. Aku ceritakan semua perkara, then dia kata yang aku pon dua kali lima jee. PAAKKK!!! Dia tampar aku. Tak sakit pon, sebab dia guna tapak tangan. Tapi hampir tertanggal jugak laa cermin mata aku time tu.

Adam: iye iye jee tak sakit tu. Dah sampai nak tanggal cermin mata tak sakit apa nya...

Haziq: ehh tak! Memang tak sakit. Sakit time kena je laa. Lepas tu tak rasa apa pon. Sejak daripada tu laa, aku belajar. Apa2 pon sekarang ni, aku memang taknak pegang apa2 jawatan kalau boleh. Aku akan rapatkan hubungan dengan orang2 atasan dan orang2 bawahan. Dan aku jadi pemerhati dan orang ketiga jee. Untuk apa2 pihak, orang cakap A betul, aku akan cakap B. orang cakap B betul, aku cakap C. Aku nak semua orang melihat pelbagai aspek. Sebab mata kita ni kan suka menipu. Satu dia nampak cantik, yang lain semua nampak hodoh.

Adam: hmm, betul laa tu apa yang kau cakap. Takpe, apa2 pon, aku nak basuh tangan dulu. Kemudian kita balik bilik ehh..,

Haziq: air takde weyh...

Adam: what?!! Sejak bila? Pagi tadi ada jee air...

Haziq: dalam kul 10 lebih tadi. Balik bilik basuh guna air dalam botol jee.

Adam: hmm, yelaa yelaa... jom



***sambung lain citer...

19 March 2015

SURPRISE!!!

Haziq: aku bila tengok instagram aku ni kan Dam, teringat kat birthday aku tahun lepas. Ulang tahun kelahiran ke 19, tahun 2014. Tak ada event best pon aku buat. Tapi by that time, tarikh tu rasa best sangat.

Adam: kenapa? Apa yang bestnya?

Haziq: seminggu sebelum birthday aku, aku buat serangan #throwback dekat instagram. Aku post dekat lebih 20 post.

Adam: dah tu, apa yang bestnya? Setiap hari scrolling instagram je nampak post dari kau?

Haziq: bukan laa. Aku ada cerita kat kau yang birthday aku sama dengan mak aku kan? 27 Julai.

Adam: ada rasanya. Why? Ehh jap. Macam ingat jee tarikh tu tahun lepas.

Haziq: haa, cuba teka apa dia yg berlaku?

Adam: malas pulak aku nak ingat benda tu. Kau cerita je laa.

Haziq: hishh, kau ni. Tarikh tu tahun lepas, hari last kita puasa dan hari first kita masuk syawal. Nak lagi jelas, 26 Julai maghrib masuk 29 Ramadhan, last puasa. Kemudian pukul 12.00am masuk birthday aku. Maghrib 27 Julai masuk 1 Syawal. Tiga event dalam satu hari.

Adam: owhh, ha’ah laa. Alaa, tu jee. Ingatkan ada parti apa ke...

Haziq: takde parti, tapi ada cerita kelakar.

Adam: cerita apa?

Haziq: macam ni. Waktu 26 Julai, ayah aku ajak pergi bazaar Ramadhan. Aku malas sebenarnya, tapi ayah aku ajak jugak so aku ikut laa. Kata ayah aku nak beli kek. Aku rasa kelakar pulak. Sebab biasa beli kek jadi surprise. Tapi ayah aku dah bagitau aku, so suprise kat mak aku je la kan.

Adam: amboi, siap ada kek... sesuai laa dengan kau yang suka makan kek.

Haziq: biasa laa kan. Anyway, dah pergi dua tiga jenis bazaar, kitorang pon balik rumah. Aku terpikir dah kenapa ayah aku tak bawak pergi kedai kek, tapi aku dia jee. Dah sampai depan pintu pagar rumah dah pon, baru ayah aku teringat pasal nak beli kek. Lepas tu tanya aku, nak kek atau tak. Aku dah laa mood tak elok masa tu, aku cakap je laa kalau nak beli pergi beli and kalau tak, keluar je kereta masuk dalam rumah. Last2 ayah aku reverse kereta semula pergi Secret Recipe.

Adam: hmm, pelik. Nak ajak pergi beli kek pon tak mau. Secret Recipe pulak tu.

Haziq: aku kalau bad mood jangan kacau. Anyway, sampai jee dekat Secret Recipe, ayah aku tanya aku nak beli kek apa. Waktu tu memang aku bengang gila. Aku cakap ayah aku, beli aje laa apa2 pon.

Adam: yang kau taknak pilih kenapa? Birthday kau jugak.

Haziq: aku ni, bad mood macam mana pon aku pikir. Ayah aku nak belikan kek, aku patut terima aje laa kek apa dia nak beli walaupon aku ada kek pilihan sendiri.

Adam: chocolate indulgence laa tu.

Haziq: mesti laa. Tapi ayah aku nak pilih black forest tak silap aku masa tu. Memang hancur dah harapan aku. Nak surprise sangat dari ayah aku katakan. But luckily orang kedai tu kata black forest dah abis untuk yang full cake punya. Masa tu laa ayah aku buat pilihan ambik chocolate indulgence sebab orang tu kata budak2 suka chocolate indulgence. Aku tergelak jugak masa tu. Sebab aku rasa mesti dia takkan pikir yang kek tu untuk aku. Dengan bad mood nya, mesti orang tu ingat aku ada adik dan kek tu untuk adik aku.

Adam: hmm, mungkin kot.

Haziq: citer tak abis situ je. Sampai umah, aku bawak kuih beli kat bazaar bawak dapur. Aku taknak bawak kek, sebab kantoi laa yang ada kek untuk aku dengan mak aku. So aku biar ayah aku handle. Aku tak tau laa ayah aku taruk mana kek tu. Tapi kitorang makan kek tu masa sahut esoknya. Memang masuk  birthday aku dengan mak aku dah time tu.

Adam: sahur pagi2 makan kek? Tak rasa pelik ke??

Haziq: kitorg makan nasi dulu baru makan kek tu. Tapi nak jadi ceritanya, kek tu CAIR tau!!!

Adam: cair??? Maksud kau?

Haziq: kan aku kata tadi, aku tak tau mana ayah aku letak kek tu. Aku ingat dia masuk peti ais. Waktu sahur tu baru ayah aku tanya, tak makan kek ke? Semua ahli keluarga aku terkejut, tanya ada kek ke? Aku diam je laa. Lepas tu ayah aku keluar dari dapur and ambik kek tu. Entah kek tu dekat luar rumah atau dekat ruang tamu, aku pon tak tau. Tapi bila tengok kek tu cair, aku rasa, ni laa surprise yang aku nak sangat untuk ulang tahun kelahiran aku. Dan mungkin mak aku jugak.

Adam: maksud kau??

Haziq: ye laa. Makin besar ni mana ada surprise2 dah. Tapi disebabkan nak sangat surprise, ALLAH tunjukkan satu surprise yang aku tak pernah terpikir dari ayah aku. Dan kek cair tu laa yang aku dapat. Still, kek tu sedap walaupon cair. Ahahah!!!

Adam: ahaha, padan muka kau. Kalau event lain boleh terima. Ni ulang tahun kelahiran sendiri. Nasib kau laa kan.




***sambung lain citer...

Cinta: Drama atau Realiti

Aku duduk berbual dengan Diana dekat kafe.

Haziq: Dian weyh, bercakap tentang boifren kau tadi kan mengingatkan aku dekat kisah salah seorang budak yang aku uruskan masa program anak pahang haritu.

Diana: yeke? Kisah aku dah jadi viral ke? Takde orang bagitau aku pon sebelom ni.

Haziq: kau ingat kisah kau dengan boifren kau tu hebat sangat sampai nak jadi viral? Cerita budak yang aku urus ni lagi hebat, lagi viral daripada cerita kau, tau?

Diana: aku tak tau pon. Tak viral mana laa tu.

Haziq: kejadah betul seorang ni. Kau nak dengar ke tidak cerita budak ni?

Diana: ahahah, ok2. Kejap, bagi aku refill air kejap. Kering tekak aku dari tadi berborak dengan kau.

Lepas refill air.

Haziq: ok, mari aku cerita dari mula ekk. Ada satu hari waktu program tu, kitorang dekat kafe dekat DTAMS. Budak2 lain ambik sarapan, makan. Tapi ada seorang budak laki ni duduk jauh dekat laluan jalan kaki duduk dekat kerusi. Aku dengan kak Farah rasa pelik tengok budak ni. So kak Farah ni pergi laa dekat dia, tanya kot2 ada masalah. Kemudian bila kak Farah balik ke aku, dia cerita, “Haziq, budak tu kan. Dia gaduh dengan awek dia”. Aku tergelak macam orang gila dah kat situ.

Diana: weyh, tak baik gelak kat orang putus cinta. Kesian dia.

Haziq: Dia tak putus cinta pon, just gaduh dengan awek dia je. Tapi masalahnya Dian, laki tu kemudian duduk makan dengan aku dengan kak Farah. Dia cerita semula cerita dia gaduh dengan awek dia sambil nangis2. Mana tak aku rasa kelakar dekat budak tu. Drama gila kot.

Diana: aloo, biar laa dia. Dia ikhlas suka dekat perempuan tu laa tu agaknya.

Haziq: haa, mari dengar abis kisah dia ni dulu. Budak laki ni cerita, dia rasa dikhianati. Awek dia tak benarkan dia bercakap dengan mana2 perempuan, dia ikut. Laki ni pon cakap dekat awek dia supaya tak bercakap dengan mana2 lelaki. Tapi perempuan ni cakap jugak dengan budak lelaki. Gelak ketawa bagai kata laki ni. So laki ni rasa tak adil, rasa dikhianati. Awek dia ni laa awek first yang buat dia rasa macam tu katanya. Sambil dia cakap tu, air mata memang mengalir gile2 dah walaupun kawan2 dia yang lain ada kat situ. Penat pulak aku nak memujuknya supaya dia berhenti menangis.

Diana: fuhh, memang drama laa dia ni. Kurang ajar betul awek dia tu.

Haziq: orang kata tak baik kita dengar sebelah pihak saje kan. Kak Farah dengan kakak2 lain yang ikut dengar perbualan kitorang nasihat bukan main supaya dia tinggalkan awek dia. Sebab laki ni kata, sebelum dia pergi program ni kan diorang periksa dekat sekolah. Dia start gaduh dengan awek dia time exam tu laa. Gaduh punya pasal sampai dia kata tak boleh jawab exam ekonomi asas. Aku pon memang rasa yang perempuan ni teruk jugak awalnya sampai buat laki ni macam tu sekali. At the same time, aku rasa pelik macam mana dia punya stress dengan awek tu boleh buat dia takleh jawab exam. Sebab aku tak pernah alami situasi camtu kan...

Diana: banyak je kes yang macam tu sebenarnya. Budak sekolah, putus cinta, gaduh dengan kapel, tak boleh concentrate exam, biasa lah budak sekolah. Cinta monyet.

Haziq: kawan2 aku yang putus cinta tak macam tu pon. Molek ada jee aku tengok diorang semua.

Diana: itu kawan kau...

Haziq: itu yang aku rasa pelik tu. Sebab tu aku rasa ni first time aku rasa cerita drama jadi realiti... ehh, tak! Kali kedua. Kali pertama ada kisah lain waktu aku pergi program dekat sabah haritu.

Diana: dah, cepat sambung cerita kau tu.

Haziq: amboi, nak dengar jugak rupanya... eheheh, ok aku sambung. Semua ahli PKAP tau cerita ni. Macam2 nasihat diorang bagi. Aku boleh kata separuh dari kitorang ceritakan pengalaman cinta masing2 supaya budak laki ni ambik iktibar and belajar molek2. Ya laa, dia nak SPM kan. Tapi aku sebagai laki, aku tak kisah dia nak kapel atau pisah dengan awek dia. Aku kata dekat dia, laki ni tak boleh complicated kan minda dia. Laki ni kena rileks. Kalau pasal awek waktu sekolah pon diri dah tak betul, susah laa kan. So aku nasihat dia, supaya dia enjoy dengan life yang ada waktu remaja sekarang. Jangan pasal seorang awek, masa remaja dia habis bodoh2 jee.

Diana: ada pulak. Cinta tu sebahagian dari zaman remaja laa.

Haziq: memang. Tapi bukan cinta yang sedeh2, nangis tak tentu hala. Cinta pon biar laa happy. Dengar dulu cerita aku sampai habis. Hari esoknya, kitorang faci bahagikan budak2 dalam kumpulan. Setiap kumpulan ikut satu faci pergi ke kelas nak tunjukkan dekat diorang macam mana kehidupan belajar dekat universiti. Asalnya awek laki ni je kumpulan dengan aku, tapi laki ni kurang ajar betul. Dia pergi tukar dengan seorang budak laki dalam grup aku sebab dia nak grup dengan dia. Nak berbincang laa kononnya.

Diana: laa, awek laki tu pon ada dalam program tu ke? Satu grup dengan kau?

Haziq: iye!! Aku pon baru tau pompuan tu awek dia hari aku bawak diorang pergi kelas tu.

Diana: alahai memang drama betul cerita kau ni. Untung pulak aku ada kawan macam kau ni.

Haziq: kau tak payah nak mengarut. So... pagi aku bawak diorang ke kelas Math. Lepas kelas math tu, aku bawak diorang pergi pusanika. Time tu aku rapatkan diri dengan budak perempuan, awek laki tu. Aku tanya laa macam2, kenapa dia mintak pisah bagai. Senang je jawapan budak perempuan tu. Katanya, “saya mintak clash dengan dia sebab saya nak tumpu SPM”. Kau tau tak? Aku rasa macam, bodohnya laki tu. Dia cerita perempuan tu khianat dia bagai, tapi alasan sebenar perempuan tu mintak clash sebab dia nak tumpu spm je? Bagi aku alasan tu mudah dan jelas. Kau putus je laa sementara waktu ni, lepas spm kau sambung laa balik. Abis cerita. Tak payah laa bukak cerita rasa dikhianati laa, apa laa. Tak matured langsung.

Diana: alaa, budak sekolah. Biasa lah tu. Kot perempuan tu saje bagi alasan macam tu, padahal dia tak selesa bila tak boleh bercakap dengan laki lain, siapa tau?

Haziq: itu aku tak tahu dan taknak ambik tau. Tapi bagi aku, kami lelaki. Otak kitorang simple. Kalau itu yang perempuan tu nak, pisah aje la. Perempuan tu tak kata tak boleh kapel semula lepas SPM kan? Perempuan pun, bukan boleh berpisah lama2 dengan laki kalau dia dah suka.

Diana: mana kau tau yang perempuan tu suka dekat laki ni?

Haziq: Dian weyh, laki ni citer waktu dia pindah sekolah time form 4, dia ada laa cari perempuan lain kejap. Awek dia yang ni pasang spy dekat sekolah tu, tau pasal boifren dia ada cari lain. Merajuk laa si awek ni haa. Dah kalau siap pasang spy, tau boifren curang pon masih nak bersama, nampak laa yg pompuan ni suka kat boifren dia. Molek pulak ceritanya. Laki ni penah curang, pompuan ni pulak suka cakap dengan lelaki.

Diana: haa, itu laa pasal. Memang drama sangat.

Haziq: tapi kan, bile aku  bercakap dengan si awek ni, aku dapat rasa sebenarnya perempuan ni suka lelaki yang happening, gila-gila macam tu. Yang boifren dia sekarang ni pulak jenis suka melayan perasaan, cemburu laa, apa laa. Aku rasa tu yang perempuan ni menyakat laki ni tu.

Diana: hmm, mungkin betul jugak apa kau kata tu.

Haziq: kan3... dipendekkan cerita, macam2 laa aku dengan faci2 lain dari PKAP ni bagi dekat diorang dua ni, khususnya lelaki ni laa sebab dia yang paling suka menyendiri, layan perasaan. Malam akhir, aku tak join diorang sebab aku ada hal lain. Tapi aku curi masa sekejap, aku pergi tengok diorang sebelum diorang pergi tidur. Waktu tu, aku tanya perempuan tu ngan laki ni. Perempuan tu kata, walaupon tak dapat bincang bersemuka tapi semua dah jelas dah. Antara diorang dua dah takde apa2. Yang laki ni pulak katanya dia frust sebab terpaksa berpisah dengan awek dia. Aku cakap ke laki ni, jangan stress dan jangan frust. Cerita cinta kita semua seronok, sebab nanti kita akan cerita dekat anak cucu kita kalau panjang umur ada jodoh semua. So kalau boleh, bercinta atau berpisah, kita enjoy je, sebab itu sebahagian cerita hidup kita.

Diana: amboi!!! Apabila seorang ahli bahasa berbicara laa katakan...

Haziq: well, mesti laa. Nasib aku tak sambung tulis novel aku. Kalau tak, mesti best seller...

Aku dan Dian sambung cerita pasal hal lain pulak...

***sambung lain citer...

18 March 2015

Salah Diri

Farid: weyh Haziq, aku ada masalah ni.

Haziq: haa, Farid. Duduk laa, citer.

Farid: aku ada masalah dengan subjek citra aku.

Haziq: owhh, aku pon ada.

Farid: tapi aku rasa pointer aku kena tarik teruk gila nanti.

Haziq: pointer?? Belum periksa final dah kata pointer kena tarik teruk?

Farid: ini laa yang aku nak cerita ni.

Haziq: citer laa. Kau ni buat mood aku nak makan pon hilang.

Farid: macam ni. Subjek citra kita kan ada citra kompetensi yang ada enam atau tujuh tu. Yang last sekali tu kemahiran insaniah. Waktu aku jumpa orang citra, dia kata subjek tu kita cuma boleh ambik  lepas selesaikan enam citra yang atas tu. Kalau taknak kemahiran insaniah, kita kena ambik satu subjek budaya sem satu dan satu sem dua. so, aku pun ambik laa subjek seni lakon.

Haziq: jadi apa masalah dia nya?

Farid: masalahnya aku tak tau apa2 pasal kelas tu tapi sedar2 diorang dah periksa final dah. Kawan aku yang ahli teater rimba bagitau. Itupun lepas aku bagitau dia yang aku tak terima apa2 notification kat ifolio pasal seni lakon tu. Then suddenly dia kata budak2 tu dah periksa.

Haziq: Kau tak kenal ke budak2 yang satu kelas dengan kau tu?

Farid: takde. Kita awal2 masuk UKM mana nak kenal orang.

Haziq: hmm, silap kau la pergi ambik subjek tu tak ajak kawan. Roommate kau kan ada?

Farid: Roommate aku tak minat seni lakon.

Haziq: Kau tak pernah tanya pusat citra pasal seni lakon sebelom ni?

Farid: tak. Aku ingat dia macam subjek komunikasi efektif, bagitau pengumuman kat ifolio. Tapi last2, kawan aku kata semua pengumuman buat kat grup fb teater rimba. Aku memang tak join teater rimba, buat apa nak like grup page dia.

Haziq: silap kedua laa bila kau tak tanya pasal pihak citra sebelum ni.

Farid: alaa, kau ni. Bukan nak pujuk aku. Macam mana ni? Habis laa pointer aku. Baru sem satu...

Haziq: hmm, tapi orang seni lakon tu pon silap jugak sebab tak bagitau kat ifolio.

Farid: haa!!! Itu laa pasal, salah diorang laa bila diorang pon tak reti nak post kat ifolio.


Haziq: hmm, camni laa. Apa kata kau telefon orang yang menyelia seni lakon ni. Cakap kat dia kau nak ambik periksa lain.

Farid: dah... puas dah aku telefon dia. Haritu nak jumpa dia dah, tapi datang panggung seni aku tunggu bawah. Dia pulak duduk bilik teater. Aku telefon dia nak tanya jumpa kat mana, orang telefon jawab kata dia berada luar kawasan. Last2 sampai sekarang tak dapat jumpa.

Haziq: kesian betul kau ni. Dah tu sampai sekarang kau tak dapat contact dia lagi?

Farid: aku baru terima mesej dari dia yang dia dah masuk markah.

Haziq: dah tu kosong laa untuk seni lakon kau?

Farid: kosong laa... kot. Sebab aku tak datang dia punya kelas apatah lagi periksa dia. Nak dapat markah celah mana?

Haziq: macam ni la. Kau tumpukan aje pada periksa final ni. Dapat semua A, takde laa tarik sangat pointer kau kalau seni lakon kau gagal pon.

Farid: takde semangat daha ku nak final exam ni. Aku rasa paling tinggi aku boleh dapat untuk setiap subjek pon mungkin B. entah apa aku belajar sebelum ni pun aku tak tau.

Haziq: tengok! Orang lain keluar kandang harimau masuk mulut buaya sebab takdir ALLAH. Yang kau ni, dapat keluar kandang harimau patutnya boleh pergi mana2 restoran. Tapi tidak. kau sengaja lompat masuk mulut buaya. Buat apa?

Firdaus: yelaa yelaa. Nanti aku study laa.

Haziq: SEKARANG! Takde nanti dah. Dua tiga minggu nanti nak final dah.

Firdaus: iye laa mak. Orang nak balik bilik study laa ni.

Haziq: merajuk merajuk! Tunggu jap, aku nak basuh tangan kejap.

Firdaus: haa, cepat sikit basuh tu. Berpeluh dah aku ni dari tadi balik kelas pergi sana pergi sini. Nampak kau terus aku rasa nak cerita.

Haziq: well, memang aku kaunselor pon.
Aku pergi basuh tangan dan balik bilik dengan Farid.


 ***Sambung citer lain...

12 March 2015

Cafe & Impian

macam biasa, aku dengan Adam lepak dekat kafe. Dia dengan nasi goreng USA, aku makan kek sambil baca majalah Gempak.

Haziq: weyh, bestnya aku tengok cafe kat jepun ni weyh... bila laa aku nak sampai sana ekk?

Adam: hmm, ko tak abis2 dengan jepun ko tu.

Haziq: biar laa, jepun ni bagi aku, negara maju paling best berbanding negara maju lain.

Adam: sebab ada anime?

Haziq: bukan laa... apa kau ingat aku layan anime dia je? aku layan gak dia punya music, fesyen semua...

adam: tau... kat bilik pon aku nampak dah... cuma ko tak citer kat sini jee lagi.

Haziq: aikk?? lain macam bunyinya?

Adam: dah, takde apa2. haa!! kafe apa pulak ko nak tunjuk kat aku ni? kafe yuri(lesbian) pulak ke?

Haziq: choii!! tak baik tau ko ni.

Adam: dah aritu ko pergi tunjuk BL(Boys Love) cafe, mana laa tau kali ni yuri cafe pulak ke. mau jugak aku teman ko gi jepun sana.

Haziq: bukan laa.. ni Haunted cafe. diorang hias cafe tu jadi cam rumah hantu, penjara. siap letak sarang labah2 palsu, diorang buat guna benang khas... tengkorak patung semua tu tak payah cakap laa, memang sure2 ada punya. pastu diorang punya makanan, macam daging tu diorang hias memang nampak cam daging mentah. dengan sos dia yang dia buat cam merah darah, perghh!! ini kalau dapat pergi makan benda ni...




Adam: EEWWW!!! gelinya aku dengar. ko ni, benda camtu pon selera nak makan? ngan hiasan tempat camtu... kalau aku tak masuk dah...

Haziq: alaa, rilek laa. bukan selalu dapat tengok tempat camtu. kalau dapat pergi sana, kita enjoy je laa makan kat tempat camtu. best apa... ko takut ehh?

Adam: takut tak takut. entah dia betul2 masak entah tidak, mana ko nak tau...

Haziq: hehh, alasan. takut cakap aje laa takut.

Adam: macam ko berani sangat. entah2 sampai sana ko yang ajak aku lari dulu.

Haziq: ehh, tolong sikit. aku ni, macam ni macam ni pon adventurous ok. ayah aku ajar, kita kalau pergi tempat orang, kita kena makan apa yang spesel kat sana. bukan tiap2 hari dok makan nasi goreng USA cam ko.

Adam: daripada ko, makan kek jee memanjang.

Haziq: dah kek dia sedap. anyway, alang2 dah cakap pasal kafe ngan kek ni kan, aku nak bagitau ko satu citer ni.

Adam: hmm, apa dia? ada jee citer ko ni.

Haziq: aku kan, walaupun amik bisnes admin, tapi impian aku mudah je. aku nak bukak kafe. cam kafe tepi jalan tu...

Adam: so ko nak citer pasal impian ko laa ni?

Haziq: jangan laa beri tajuk kat citer aku...

Adam, ok2, sori. teruskan teruskan.

Haziq: waktu kita 15 tahun, cikgu sivik kat sekolah aku tu sowh kitorg citer pasal impian cita2 masa depan. orang lain punya cite2 punya laa best, siap ada yang citer pasal pasaran gaji bagai. datang ke aku, cakap pasal nak bukak kafe itu ini... tapi takleh dinafikan laa, yang semua orang kat kelas tu kata nak datang kafe aku...

Adam; apa sebabnya ko nak bukak kafe ni?

Haziq: sebab? hmm, waktu aku f2 dulu, ada kawan aku ni waktu tu dia tak pindah US lagi... dia ada bagi aku satu anime tajuk dia ouran high school host club. anime tu aku dah tengok waktu darjah enam, tapi tak full eps. kebetulan dia ada full eps, aku copy dari dia.

Adam: ohh tidak... ko nak bukak kafe sebab anime kee?!!

Haziq: err,,, lebih kurang laa... tapi dengar laa dulu citer aku.

Adam: gila laa ko ni...

Haziq: eheheh, dalam tahun tu jugak, aku baru beli komik Kaoru Gempakstarz yang tajuk dia Kaoru's Cake House tu.

Adam: dan ko pon tertarik dengan komik tu sampai ko rasa ko nak bukak cafe sendiri?

Haziq: pandai... takde laa, bukan apa. it's just, aku ase zaman kegemilangan aku dalam hidup dah lepas dah. so apa yang boleh aku pikir sekarang, aku nak rileks santai jee. aku selalu cakap ni dekat kawan2 aku, and sekarang aku nak cakap ni kat kau pulak... nanti kalau korang dah kerja, jadi orang berjaya keje syarikat besar, korang singgah laa kafe aku. kita chit chat minum kopi sambil makan kek. macam orang dulu minum kopi tepi jalan sembang2, aku punya version mewah sikit laa..

Adam: ko  serius ke nak bukak cafe jee?

Haziq: well, idea asal aku nak bukak kek house jee, tapi bukan sekadar kek laa. ada macam2 manisan dan of course bukannya roti sosej yang selalu ada  kat kedai2 kek kita yang biasa ni.

Adam: lepas tu?

Haziq: lepas tu? hmm... lepas tu aku buat research sikit2 pasal kafe yang pernah ada kat dunia ni, yang pelik2 pon aku tengok dan aku datang banyak idea. paling latest sekali, aku terpikir nak buat library cafe.

Adam; library cafe? bukan dah ada kee kat malaysia. tak silap aku kat KL jugak.

Haziq: ha'ah, memang ada pon. dia pon baru bukak cawangan baru kat kuantan tahun lepas. aku pergi dah. tapi aku perasan pilihan buku dia tak banyak and dia ada jual arak jugak. so tak ramai melayu ke sana. kalau ikut kan memang tak boleh pon kan sebab waktu malam dia dah kira bar.

Adam: tapi ko makan jugak kat sana?

Haziq: mula2 aku tak tau. tapi at least aku cuma nak dapat idea tambahan je daripada cafe tu. and tempat tu tak menarik sangat, sebab agak gelap. so aku tak pasti kalau ada atau tidak orang baca buku kat sana.

Adam: then idea ko nak bukak yang takde jual arak je laa?

Haziq: kalau setakat tu, baik aku bukak warung tepi jalan. ok, idea aku camni. aku nak bukak library cafe tu, stand alone. aku taknak ada bukak kat kedai lot kalau boleh. aku nak macam mcD yang ada outlet dia yang sendiri. pastu, pilihan buku tu memang aku nak letak daripada komik, manga, novel, ilmiah, jurnal dan semua2 laa... kalau boleh tiga tingkat aku nak kafe aku tu, biar nampak macam kinokuniya penuh ngan buku2.

Adam: tadi kata zaman kegemilangan dah tamat laa, nak bukak kafe chit chat chit chat laa, ini cerita bukan main lagi ni...

Haziq: well, we must dream big. at least half of it can be achieved.

Adam: haa, pandai jugak main kata2 kau ni ekk...

Haziq: orang bahas... ahahah.. ok, sambung tadi. waktu kat matrik dulu kan, aku ngan classmate aku bertanding untuk satu benda kitorang belajar nama dia rancangan perniagaan. bertanding dalam kuliah jee.. daripada 10 kelas, bertandingnya tiga. alhamdulillah, kitorang menang nombor satu. aku guna idea aku nak bukak library cafe ni laa.. nama perniagaan kitorang waktu tu, Tracafe.

Adam: apa benda maksud Tracafe tu? ke pakai letak je?

Haziq: asalnya traca tu perkataan portugis tak silap aku maksud dia ulat buku. then aku sambung ngan perkataan cafe, jadi laa tracafe. kata cikgu kuliah aku, rancangan perniagaan kitorang memang complete dah. cuma perbaiki sikit2 jee lagi, and kalau masuk degree ni kena buat rancangan perniagaan, aku just buat penambahan dalam research and masukkan, baiki sana sikit sini sikit dah boleh bentang. aku simpan lagi rancangan perniagaan aku,

Adam: hoho, nak bangga laa ni?

Haziq: well, takde laa bangga mana. tapi serius aku kata, aku rindu suasana bentang RP tu. sebabnya waktu pembentangan tiga2 kumpulan, kelas aku jee macam takde soalan. aku rasa ada laa kot lima soalan, tu pon lepas cikgu kuliah tu dok paksa student tanya. dua lagi kumpulan tu memang kena tibai soalan2 dasyat dah.

Adam: hehh... ko nak bukak kat mana je kafe ko ni?

Haziq: haa... idea asal aku nak bukak kat cameron highland. since aku memang rancang nak duduk kat sana bila besar nanti, so kat sana laa aku nak bukak bisnes aku.

Adam: woii!! punya jauh ko nak bukak bisnes. mana ko punya.. apa ko kata tadi? nak chit chat ngan kawan?

Haziq: alaa, ni cadangan jee... lagipon ok apa... korang nanti penat2 keje, pastu nanti korang datang laa bercuti kat cameron datang lawat aku. ada rezeki, aku bukak laa francais kat pulau percutian pulak.

Adam: ko ni nak kasi orang bercuti ke apa?

Haziq: pendapat aku, kalau kau nak baca buku ko kena rileks. jadi ko kena laa bercuti kalau nak rileks tu. walaupon aku nak orang baca buku, tapi at the same time aku nak orang2 yang datang kafe aku tu minda dia dalam keadaan rileks.

Adam: ada2 je laa kau ni.

Haziq: tu baru sikit. tak kira lagi idea aku nak buat kalau boleh 3 bulan seminggu aku nak buat tema khas.

Adam: 3 bulan seminggu?

Haziq: a'ah... time budak2 cuti sekolah, kena laa bagi tarikan kan. idea ni aku dapat daripada anime host club tu laa. tapi dalam anime tu boleh kata macam tiap2 minggu tiap2 hari ada tema. tapi budget bukan ada selalu kan...

Adam: haa, apa lagi ko nak citer ni. kejap lagi nak masuk isya' ni.

Haziq: macam tak sudi jee nak dengar citer aku kan...

Adam: bukan tak sudi. nanti kat bilik kita sambung citer laa.

Haziq: ok2. pastu aku rancang pekerja waiter aku semua lelaki jee.. aku taknak ambik pompuan sebab aku taknak tanggung dosa kalau2 diorang pakai ketat nampak itu ini.

Adam: apa susah. suruh aje laa diorang pakai jubah.


Haziq: fesyen pakaian sekarang yang labuh pon boleh nampak ketat. Dam. anyway, aku nak jugak ada cafe yang lain konsep dia... macam kaunseling kafe and cosplay cafe??

Adam: untung laa orang tu dah jadi cosplayer kan...

Haziq: ehehehhe... biasa laa. dah! jom gi surau. japgi azan laa tu.

Adam: haa, ye laa~



***Sambung lain citer...

OTAKU

Adam: *oh, Haziq  ada kat sini. hmm... bawak laptop. buat kerja ke? errkk! tengok anime lagi? kat bilik pon tengok anime, kat kafe pon tgk anime. haihh* "Woii!! tengok anime jee kerje ko"

Haziq: alaa Dam, kacau la... biar laa... baru balik kelas ke?

Adam: haa laa... orang lalu lalang pon bukan tau nak pandang.

Haziq: aku nampak laa orang lalu lalang. tapi ni tengah scene best ni. ko gi beli makanan dulu, duduk, makan. tunggu 10 minit eh? 10 minit jee agy citer ni nak abis...

Adam: yelaa.. gi laa sambung tengok anime ko tu.

lepas 10 minit, aku tengok Adam masih ada separuh lagi makanan kat pinggan sambil tengok henset.

Adam: apsal pandang aku? nak makan ambik laa.

Haziq: tak laa... tengah pikir benda lain ni.

Adam: hehh, orang yg cuma tau tengok anime, baca manga 24 jam cam ko pon berpikir gak ehh?

Haziq: abis ko ingat aku robot? tengok orang lain buat, hafal masuk dalam cip pastu aku pon boleh buat benda sama?

Adam: takde laa... cuma aku tak paham apa yang best sangat ko tengok anime ko tu.

Haziq: well, anime is life! 



Adam: bongek ko. kejadah apa life nya... fiksyen je pon...

Haziq: memang fiksyen! dari jepun, bukan sekadar je pon (ejek suara Adam). ahahahha

Adam: kuang ajo... ingat best buat gitu?

Haziq: ahahahah!! rilek laa... ok2, apa yang ko paham tentang anime? apa yang buat ko tak paham tentang otaku cam aku?

Adam: anime?? hmm... ecchi? hentai?? 

Haziq: ngek ko!

Adam: pfft, memang tak laa aku nak paham camne peminat cam ko boleh tergilakan karakter 2D gitu..

Haziq: come on, Adam... it's imagination...



Adam: spongebob tu cartoon...

Haziq: ok fine... haa, pandai pulak ko bezakan kartun ngan anime?

Adam: bukan ko yang sowh aku bezakan sebelum ni? kata ko, yang inggeris barat buat kita panggil komik ngan kartun. kalau dari jepun kita panggil manga ngan anime.

Haziq: owh ekk? ada ehh?? eheheh, lupa plak aku...

Adam: ko memang.

Haziq: ok2... alang2 ko ngan aku takde kelas ni, apa kata aku citer sikit2 pasal anime yang mungkin ko patut tau sebab nanti ko kena teman aku gi event2 anime jugak kan?

Adam: mula dah dia... haa, citer laa... aku nadah je telinga aku ni.

Haziq: hehehe, mekaseh2... takpe, aku sanggup tak abiskan satu full ep anime ni semata-mata nak citer kat ko pasal salah satu nikmat dunia yang ko terlepas pandang bernama ANIME. jadi ko pon patut berkorban deria pendengaran dan masa ko untuk dengar pasal ni ok?

Adam: ye laa... aku nak dengar laa ni. citer je laa.

Haziq: ok2... first sekali pasal anime ni yang ko perlu tau istilah otaku. otaku ni kalau kat jepun dia memang tak berapa bagus sebab kat jepun, orang yg dipanggil otaku ni memang obses gile dengan satu2 benda macam anime contohnya, sebab kat jepun ada banyak lagi jenis otaku selain anime otaku. diorang akan duduk dalam bilik, sanggup tak keluar rumah beberapa bulan dan main dengan benda2 yang diorang obses tu. 



Adam: gile ke diorang tu? takde keje dan tak keje ke?

Haziq: well, diorang boleh jee buat keje sampingan sambil dok rumah. kalau ko tanya aku keje apa aku pon tak tau... tapi in terms of other countries luar daripada jepun, kitorg guna jee istilah otaku wpon ada antara kitorg tau pasal kisah tu sebab kamus kita berbeza kan. kita taknak samakan taraf maksud diorang dengan maksud kita.

Adam: hehh, iye2 jee ko ni. maksud kamus konon... macam laa ko penah pergi conference untuk perkataan2 kamus tu...

Haziq: aiyoo, ni pahaman masing2 dah laa... nyampuk jee ko ni. haa, satu lagi... sorang2 tu takkan dipanggil otaku hanya kerana dia tengok naruto, bleach atau fairy tail jee. 





Adam: apsal pulak?

Haziq: ye laa, mana taknya... tengok dua tiga anime jee kata ko peminat fanatik anime? mana boleh. itu ko minat cerita tu jee... bukan anime yang ada beribu-ribu tu....

Adam: dah tu berapa banyak anime ko kena layan baru panggil otaku?

Haziq: takde jawapan konkrit untuk tu... but kalau ko sentiasa tengok anime, kalau tak setiap hari pon, seminggu sekali ko tengok banyak episod, mungkin ko kira anime otaku dah. atau kalau ko sentiasa baca manga tak henti2, kira manga otaku. macam aku, boleh kira tiap2 hari aku baca manga, dan anime tu, sepanjang aku hidup ni ada dekat... jap ehh, aku tengok kat lappie ni jap.. hmm... haa! lebey kurang 150 anime dah aku tengok sepanjang 20 tahun ni. ni yang aku ingat tajuk. yang tak ingat tajuk tu tak kira lagi.

Adam: apak aa!! 150?? gila banyak... kalau manga tu brapa banyak dah agaknya?

Haziq: yang tu memang aku tak pernah kira dan aku tak pernah listkan... terlalu banyak. rasanya lebih banyak dari anime sebab termasuk doujinshi sekali kan??

Adam: haa?!! sushi?

Haziq: doujinshi laa... kalau pelukis manga atau anime kita panggil mangaka, doujinshi ni pon manga jugak. tapi dia fanart punya. contoh aku minat satu anime atau manga, and aku nak lukis satu manga lain tapi guna karakter anime atau manga tu. tu kira doujinshi laa tu...

Adam: oii!! tiru hak ciplak namanya tu...

Haziq: well, biasanya doujinshi tak dijual secara rasmi selain kat jepun. kalau ada pon, kat booth event2 mangAnime jee... kat kedai2 buku biasa tak jual.

Adam: ada jugak orang nak beli fanart ekk??

Haziq: ada... nak2 kalau yaoi ngan yuri (bisik)

Adam: apa tu??? pelik2 bunyi ko ni laa...

Haziq: haa, jap lagi aku citer part tu. ni citer pasal beberapa genre dulu. kalau cakap pasal mangAnime, mesti orang nak tau genre2 diorang. so first skali, shounen. genre shounen ni kategori untuk remaja laki. biasanya ada aksi lawan, aksi, adventure dan kawan2... walaupon namanya kategori shonen, tapi pompuan pon tengok jugak. sebab tu peminat cam kitorg dipanggil otaku. berlawanan pada shounen ni, genre shoujo. dah kalau kategori untuk remaja pompuan mesti tak lari daripada kisah cinta punya. tapi aku pon suka layan mangAnime shoujo ni.

Adam: eww....

Haziq: weyh... kat genre shoujo laa nak nampak pompuan lawa, comel gila2 punya. kat shounen punya mangAnime susah nak nampak tau...

Adam: owhh ekk?? patut laa aku tak penah suka pompuan dalam mangAnime lagi... ehh, adalah! hinata dalam Naruto! dia comel gile kot!

Haziq: haa... tu baru shounen punya mangAnime, belum shoujo lagi. kalau shoujo lagi banyak.. ok2, dah pasal tu dulu. pastu kita ada genre sports (sukan), horror(seram), school life,,, apa lagi ekk... haa!!! "yang ko kata ecchi ngan hentai tadi tu... ko tau tak beza dia?"(bisik)

Adam: entah... aku tengok jee hentai tu. tak pernah pon aku pikir nak amik tau pasal tu...

Haziq: "hishh ko ni... tengok jee tau.. ni... kalau hentai, memang mangAnime lucah 18sx yang ada babak s*** tu... tapi ecchi ni dia tak sampai tahap tu lagi. yes, karakter dia memang sexy... memang ada babak yang menggiurkan sampai mulut bukak telan air liur pon tak rasa, tapi dia takkan nampak babak s*** tu. mungkin ada yang ada, tapi biasanya memang censored sebanyak mungkin. aksi dia tak melampau cam hentai..." (bisik)



Adam: owhh.. paham laa kot... takpe, nanti aku buat kajian lagi mendalam beza antara ecchi ngan hentai.

Haziq: "sshhh!!! kat kafe ni kan! perlahan laa sikit nak cakap pasal ecchi ngan hentai tu. dah! tak payah nak buat kajian sangat. tak elok tengok benda tak senonoh tau" (bisik)

Adam: elehh, ko dah tau boleh laa cakap camtu.. padahal ko tengok gak kan? kalau tak skang, dulu...

Haziq: tu zaman jahiliah... baru naik remaja, lain...

Adam: haa!! tau pon ngaku... ngeh ngeh ngeh...  ok2... ada lagi ke??

Haziq: hhmm... ohh yeaa... dah masuk sini baru aku boleh citer bab yaoi dan yuri...  ok, camni. genre yaoi ni, senang kata citer yang karakter dia gay dan yuri plak karakter dia lesbian...

Adam: woaahh! woaahh!! jangan kata ko layan dua2 tu laa??

Haziq: hehee... tolak ke tepi pasal tu dulu. balik pada shoujo ngan shounen tadi. ada dua lagi genre yang dekat sama, nama dia shounen ai dengan shoujo ai. tambah A.I jee dekat perkataan shounen ngan shoujo tadi yang maksod dia cinta. kalau shounen ai, citer pasal laki suka laki tapi takde aksi s***. kadang2 aksi cium pon takde tapi memang nampak laa jalan citer dia pasal laki suka laki. shoujo ai pon sama, tapi pasal pompuan suka pompuan. kalau yaoi(gay) ngan yuri(lesbian) ni pulak memang nampak lagi jelas sebab biasanya ada aksi s*** sama ada soft atau hardcore.

Adam: errkkk... pffttt! ahahahah!!! ada plak soft dengan hard nya?

Haziq: well, ada orang kan takleh terima s** scene yang nampak sangat benda2 alah tu... biasanya yang soft ni memang takde tunjuk bahagian bawah tu. dia macam... scene nak kasi romantik jee, wpon namanya s** scene. yang hardcore tu paham2 laa kan... tapi anime jarang sangat ada versi hardcore. biasanya manga yang banyak versi hardcore ni.

Adam: adoyai... camne laa peminat boleh layan benda camtu..?

Haziq: ehh jangan terkejut kalau aku cakap yang genre yaoi ni, kalau kat jepun banyak jee makcik2 suri rumah suka tengok. aku tak ingat yang versi anime atau live action, tapi diorang layan jee benda2 ni tau..

Adam: What?!! what the!! seriously?? oh my god! dunia memang terbalik laa camni...

Haziq: rilek laa.. tengok benda tu tak sama dengan buat pon. 

Adam: ok, jauhkan diri ko dari aku....

Haziq: woii, rilek laa.. awek aku pon layan mangAnime, and dia pon ada je tengok benda yaoi ni. rilek je.. well, memang dia tak layan sangat sebenarnya benda ni, sebab dia pon UIA kan. and aku pon tak bagi dia tengok yaoi yuri ni sangat. tapi... camtu laa...

Adam: owhh!!! yang tak elok ko tak bagi dia tengok tapi ko tengok takpe?

Haziq: bukan laa.. nanti laa citer lain pasal ni... haa, balik semula cerita yang tak berapa awal tadi, biasanya ramai peminat yang baca doujinshi...  bila aku kata baca, it means manga laa. tak pernah lagi aku tgk fanart yang jadi anime. and tadi pon aku ada sebut yang ramai jugak peminat baca pasal doujinshi ni terutama sekali yaoi dengan yuri kan? peminat yang buat doujinshi ni kira peminat hardcore dah sebenarnya. aku tak pasti ada gelaran untuk peminat yuri tapi kalau peminat yaoi ni, fujoshi untuk perempuan dan fudanshi untuk lelaki.

Adam: fushi? sushi?? apa dia??? belit2 aku dengar ko sebutnya.

Haziq: fujoshi dan fudanshi. walaupon ko tak gay sekalipon, tapi once ko minat nak tengok yaoi contohnya, atau baca dia punya manga dan doujinshi, ko dah dikira fudanshi. macam aku, aku ngaku aku fudanshi.

Adam: hehh, penyokong LGBT rupanya... 

Haziq: tak laa... minat sebab dia merupakan satu seni.

Adam: banyak laa ko punya seni. dosa tau suka benda2 camtu.

Haziq: aku tau... tapi... entah laa. ramai jee peminat cam aku yg terpaksa mengaku, once ko dah suka benda tu (yaoi ngan yuri), ko memang susah nak lari. ada jee sorang kenalan aku yg alhamdulillah, dia dah berjaya larikan diri dari lingkungan ni. tapi bukan sekadar lari dari yaoi  jee, lari dari anime teros. dia memang taubat gila2 dah... and aku tak tau dan aku tak rasa pon nak keluar dari zon anime ni. kalau keluar dari zon fudanshi ni, aku boleh terima lagi kot.




Adam: salute kat kawan ko. nampaknya ALLAH dah beri hidayah yang anime ni memang tak selamat.

Haziq: banyak laa ko. anime asalnya takde benda2 tak elok ok. cuma zaman sekarang punya anime ni, aku terpaksa admit yang dia terlalu banyak fanservice. dia nak kasi orang tengok, dia taruk laa babak2 seksi banyak sikit. ada peminat takleh terima memang dia berenti teros tengok anime tu. tapi ada jugak yang teros tengok sebab plot dia best.



Adam: plot sangat kan. nawaitu tu dah serong jugak nak tengok fanservice. cakap je...

Haziq: takde laa. betul laa. weyh, orang dah azan tu, jom gi surau.

Adam: haa! tau pulak nak solat?

Haziq: ko takyah nak cakap aku... ko pon sama! dah jom!

Adam: ahahah!!! ok2....

***Sambung lain citer...