21 May 2015

Amarahku

Disebabkan Farid ada latihan teater, dia terpaksa pergi dulu meninggalkan aku dan Adam selepas selesai makan malam.

Adam: aku sebenarnya kan Haziq, kesian betul dengan si Farid tu. kena menghadap latihan tiap2 malam, dengan pengarah yang tak berapa ok pulak tu.


Haziq: dah dia dah minat. apa nak dikata lagi?


Adam: aku sebenarnya marah kalau dengar dia punya cerita pasal pengarah tu. dia pon dah nak marah, inikan pulak kita yang mendengarnya. nasib baik dia tu pandai kawal marah dia, kalau iman dia tak kuat macam aku, tak tau laa nak kata apa.


Haziq: jadi kau kena laa belajar kawal marah kau macam dia.


Adam: fuhh, tak jadi keje kalau aku kawal marah aku. tangan aku ni lagi cepat naik daripada iman aku.


Haziq: sebab tu kau kena kawal marah. sekarang ni, semua benda kita buat kena professional.


Adam: cakap pasal marah ni, aku pon jarang tengok kau marah. padahal kau pon banyak masalah dengan orang yang bekerja satu grup dengan kau.


Haziq: haa, marah aku professional. bukan main tangah macam kau.


Adam: ehh jap. aku rasa macam aku pernah tengok kau marah tu, tapi aku pon tak sure kau marah ke tidak waktu tu sebab... kau senyum??


Haziq: haa, itu laa marah aku.


Adam: apa yang kau marah kalau kau senyum?


Haziq: ada orang marah, dia angkat tangan dulu macam kau. ada orang marah, lidah dia gerak dulu macam Dian. ada orang yang marah, hati dia sentiasa kawal macam Farid. aku ni... tak tau laa nak cakap macam mana...


Adam: gila?


Haziq: ahahah, mungkin laa kot. pernah jee tangan aku menumbuk orang masa marah. tapi percaya atau tak, panjang rambut aku menentukan tahap marah aku.


Adam: panjang rambut? apa kena mengena dengan rambut pulak ni? kau ni jangan nak merepek boleh tak?


Haziq: itu laa, susah aku nak cakap sebenarnya. macam ni. ayah aku yang mula2 bagitau pasal perkara ni around two three years ago. dia perasan yang bila rambut aku pendek, aku cepat naik angin. dan bila rambut aku panjang, aku susah naik angin.


Adam: macam takde kaitan aje.


Haziq: aku pon tak tau. tapi bila aku ingat balik, aku rasa macam betul. nak2 bila baru lepas potong rambut, memang aku cepat melenting. tunggu seminggu dua baru ok mood aku.


Adam: kau potong tak potong rambut, sama aje aku tengok.


Haziq: tapi aku rasa lain. orang nampak sama, tapi aku rasa laa yang rambut aku pendek. and dulu, time aku botak dulu memang aku meradang gila2.


Adam: lepas tu yang kau marah senyum tu apa?


Haziq: haa, ini yang susah nak cakap jugak ni. makin panjang rambut aku, aku makin mudah nak kawal marah. so banyak masa aku senyum bila aku marah. but most people sangat takut kalau aku senyum bila aku marah. padahal senyum jee kot.


Adam: kau tak nampak muka kau. aku ingat muka kau macam nak bunuh orang kalau kau senyum waktu marah dulu.


Haziq: ohh ehh? but i think it's okay what? sebab semua orang buat kerja dengan bagus lepas tu.


Adam: tolong lah. kalau kau senyum depan aku masa kau marah, aku tampar kau dulu.


Haziq: ehh, pernah jadi satu kejadian... bukan satu, banyak kali jugak laa. waktu form 5 kat sekolah asrama dulu. kawan aku suka betul cabar aku punya marah. dan diorang akan lari satu sekolah nak larikan diri daripada aku lepas tu. waktu tu bukan senyum biasa dah, memang aku gelak dah macam pontianak dah.


Adam: aikk?? sedar pulak kau gelak macam pontianak dalam marah tu?


Haziq: marah aku memang banyak dalam keadaan sedar. itu kira keadaan gila yang stabil laa kot. ahahaha. waktu kat matrik dulu pon ada cerita aku marah tapi aku bagi gunting kat kawan aku.


Adam: bagi gunting buat apa?


Haziq: aku kata kat dia "kalau kau nak aku marah tumbuk kau, kau gunting rambut aku. kalau tak, just terima setiap perkara gila yang aku akan buat lepas ni". dan dia tak gunting pon rambut aku. memang terok jugak laa dia kena dengan aku punya gila lepas tu.


Adam: kau ni, benda pelik2 jee yang ada kat kau ni. tak pernah normal. dah laa, jom balik.


Haziq: ahahahah, takut ke? takpe, selagi kau tak buat aku marah, aku ok je.


Adam: tak takut pon. dah, jom balik.


Haziq: ok2.




***sambung lain citer...

Lab Test

Balik aje dari lab test aplikasi komputer, aku teros ke kafe. kat situ aku pon ternampak Farid duduk makan seorang diri.

Haziq: Farid, seorang jee?

Farid: Haziq! Assalamualaikum. Ha'ah, seorang aje. takde siapa nak ajak teman.

Haziq: Wa'alaikumussalam. hah, kau tunggu kejap ehh? aku nak beli makanan kejap.

selesai beli makanan, aku kembali duduk berbual dengan Farid.

Farid: kau kelas apa tadi?

Haziq: Tadi? kelas aplikasi komputer. ada lab test.

Farid: Lab test? kau bedah komputer ke?

Haziq: ehh tak laa... dia macam kuiz laa. ini tadi dah lab test kedua. sebelum ni pon dah ada lab test.

Farid: dia buat apa je?

Haziq: yang tadi ni lab test untuk microsoft access. sebelum ni waktu lab test satu dia uji microsoft word dengan microsoft excel.

Farid: access?? tak pernah dengar pon.

Haziq: kan? selama ni kita pakai word, excel dengan power point jee. 

Farid: senang tak?

Haziq: hmm, nak kata senang tu tak jugak. nak kata tak pon, tak jugak. tengah2 laa. waktu test microsoft word dengan excel sebelom ni, banyak jugak perkara baru aku baru belajar. yang access ni tak payah kata laa kan, first time guna dalam hidup.

Farid: iyaa? word pon banyak benda kau belajar?

Haziq: ha'ah... macam insert pic. selama ni copy paste jee... waktu belajar baru tau boleh guna button insert picture :P lepas tu ada mail merge... kalau untuk excel, selama ni aku tolong cikgu aku isi maklumat jee... tak pernah pulak nak bukak table, nak buat chart bagai dalam tu.

Farid: owhh, kalau yang tu aku pon tau...

Haziq: malangnya aku bukan laa orang yang pandai pakai setiap perisian yang ada.

Farid: yang access tu pakai untuk apa?

Haziq: entah laa.. aku nak cakap pon aku tak pandai. sebab aku tengok benda tu macam boleh buat pakai word dengan access jugak. just one thing aku perasan, dia macam dah gabungkan word, power point and excel.

Farid: gabung macam mana maksud kau?

Haziq: hmm, aku nak cakap payah. nanti laa kau datang bilik aku, aku tunjuk dekat kau cara guna dia. tapi yang pasti ada benda dalam access ni yang memudahkan kerja sebab dia mengaitkan banyak perkara dalam satu fail.

Farid: hmm, macam menarik jugak tu.

Haziq: menarik sebab boleh belajar benda baru. aku tak tau laa kalau kerja nanti kena pakai semua benda2 tu, rasanya memang tak larat agaknya nak menghadap komputer.

Farid: alaa, takpe laa. at least apa yang kau belajar yang sikit ni kau boleh tulis dalam resume. aku ni entah nak tulis apa dalam resume aku pon tak tau.

Haziq: boleh bercakap bahasa arab?

Farid: kau ingat aku nak kerja jabatan agama saje? nak jugak cari peluang kerja tempat lain.

Haziq: insya-ALLAH... semua orang ada rezeki masing2 kan?

Farid: hmm, betul tu. rezeki ko depan mata pon dah lesap. cepat betul kau makan.

Haziq: ahahah, aku kalau makan memang cepat. kalau minum aje aku lambat.

Farid: takpe, aku boleh tunggu lagi setengah jam. aku takde kelas pon lepas ni.

Haziq: amboi! perli beradab nampak?

Farid: makan tomato ke?

kitorang gelak antara satu sama lain dan teruskan perbualan lain.



*** sambung lain citer...

#mywords

Adam: Haziq, mana kau dapat quotes2 yang kau tulis ni?

Haziq: quotes?

Adam: ha'ah... yang kau tulis dalam gambar anime kat ig lepas tu buat #mywords ni.

Haziq: owhh... yang tu aku tulis sendiri laa. tak nampak aku tulis nama pena aku 'Kaoru Hana' bawah setiap ayat2 tu?

Adam: nampak... tapi macam tak percaya kau yang tulis semua ayat ni.

Haziq: kenapa tak percaya pulak?

Adam: ya laa, bukan senang nak tulis quotes. walaupon tak semua yang kau tulis tu menarik dan betul, tapi sesetengah tu betul jugak.

Haziq: kau ni nak perli aku atau nak puji aku?

Adam: dua2... eheheh. anyway, kau bukan biasanya tulis ayat2 puitis bahasa melayu jee kee?

Haziq: itu dalam fb. dalam fb, ramai 'friends' melayu dan orang melayu ni sensitif betul kalau tulis ayat2 macam teguran yang straight aje bunyi dia. so dekat fb ayat2 aku biasanya klasik.

Adam: tapi dekat ig kau pon followers kau ramai kawan melayu jugak kan?

Haziq: yes. tapi waktu dulu kebetulan ramai followers aku terdiri daripada anime account. so aku tulis tu dengan background anime untuk imbangkan post hidup aku dengan post anime.

Adam: lepas tu kenapa sekarang dah lama tak tulis quotes ni?

Haziq: entah laa. aku pon tak tau kenapa. suddenly aku berhenti tulis #mywords dekat ig. aku rasa macam anime account yang follow aku dekat ig aku tak pernah like gambar #mywords tu walaupon berlatar belakangkan anime. and kebetulan pulak idea aku makin kurang dan aku banyak tulis ayat puitis melayu semula dekat fb.

Adam: mana kau dapat idea tulis ayat2 ni?

Haziq: kalau tiba2 perasaan nak tulis tu muncul, aku tulis laa. tak kisah laa sama ada dalam note dekat phone, atau post teros kat fb, aku tulis jee. dulu aku selalu harap aku akan ada buku sendiri untuk ayat2 aku.

Adam: lepas tu kenapa tak buat?

Haziq: entah. mungkin sebab aku bukan orang yang suka menulis kat buku? ahahha, aku lagi selesa taip dekat phone atau tab daripada tulis dekat buku.

Adam: kata tak minat teknologi...

Haziq: tak minat nak tau perisian2 dia. tapi aku suka pakai.

Adam: macam2 laa kau ni. tapi best jugak laa baca quotes2 kau. lain kali tag aku tau, senang aku nak baca.

Haziq: insya-ALLAH...  itupon kalau aku ingat laa.



***sambung lain citer

13 May 2015

Takut?

Aku dengan Adam tengah melepak dekat kafe sampai laa aku nampak Diana berjalan perlahan dekat belakang Adam. Dia suruh aku senyap dan buat tak tau. Tiba-tiba dua keluarkan sesuatu dari poket dia dan jatuhkan ke depan Adam.

Adam: Mak kau!!! B***!! S**l!!

Adam berlari sekuat hati dari meja dan bila dia toleh dan nampak muka Diana...

Adam: Dian!!! Kau memang tak guna kan!

Diana: ahahahha!!! Penakut!!!

Haziq: ahahah!!! Apa laa kau ni Adam. Bukan main lari laju tu. Apa ni? Laa, patung labah-labah je..

Adam: Haziq, kau alihkan benda tu.

Diana: Haziq, jangan! Biar situ. Aku nak tengok dia berani tak datang sini.

Adam: bengong laa Dian. Tak baik tau. Ramai orang ni, jangan laa buat malu aku.

Haziq: haishh, korang berdua ni... dah2, nah aku simpan. Dah, tak payah nak takut sangat.

Adam duduk kembali ke tempat duduk dia. Dian beri isyarat mata dan aku terus keluarkan patung labah-labah tu ke depan muka Adam. Adam terkejut dan nak lari kebelakang, tapi memandangkan kerusi melekat dekat lantai, dia terjatuh ke bawah. Aku dengan Diana tergelak besar lagi.

Adam: B*** laa Haziq. Siap laa kau dalam bilik nanti.

Haziq: Ahahaha!!! Sorry sorry. Dian suruh, aku buat jee.

Diana: eh? Aku tak cakap apa2 pon. Suka hati jee kata aku yang suruh.

Adam: dah laa. Sama jee korang dua ni. Nak balik laa.

Adam buat2 merajuk dengan ambik handphone dia atas meja dan nak pergi dari meja kitorang, tapi Dian sempat tarik baju Adam.

Diana: alaa Adam. Jangan laa merajuk. Aku gurau jee. Meh sini bucuk2.

Adam: *kembali ke tempat duduk* aku tak busuk, aku wangi. Nasib baik laa aku ni pemaaf. Kalau tak memang aku tak kawan dengan kau dah Dian.

Haziq: eleh, pemaaf sangat kan. Buat2 merajuk, pemaaf apa namanya.

Diana: tau Adam ni. Ehh Adam, kenapa kau takut serangga ehh? Body solid dah, tapi takut serangga.

Adam: nak buat macam mana. Dah takut.

Diana: ya laa, mesti ada sebab dia. Takkan lahir2 teros takut.

Adam: dekat Singapor, jarang kau nak jumpa serangga. Nak kalau apartment ko memang bersih gila. Suatu hari tu, ayah aku pasang national geography. Dia citer pasal serangga2 ni, zoom bukan main dekat sampai nampak bulu2 diorang. Lepas tu, kat sekolah aku dulu ada jugak eksperimen yang bedah lipas tak silap aku. Ada kumpulan yang lipas dia terbang. Terus kelam kabut kelas kitorang. Aku pulak time tu dah teringat bulu2 tu, terus fobia laa.

Haziq: owhh, sebab tu kee. Alaa, dulu aku pon takut jugak dengan lipas ni. Tapi sekarang boleh tahan lagi laa kot.

Adam: engkau dengan lipas jee. Aku boleh kira dengan semua serangga. Kecuali macam semut tu, tak ada laa aku nak takut.

Haziq: ya laa, at least aku faham laa jugak perasaan kau. And aku ada ramai kawan yang penakut dengan serangga, pemain ragbi lagi.

Diana: pemain ragbi? Biar betul?

Haziq: iya dian. Dari yang badan kecik macam kau sampai badan besar, harap je main ragbi tapi takut dengan serangga.

Diana: apa yang buatkan orang jadi fobia ekk? Kan ada macam2, fobia dalam dunia ni.

Haziq: fobia dengan penakut ni berbeza. Macam Adam ni kategori pengecut. Ahahha, tak ada laa. Penakut je baru. Belum sampai fobia.

Diana: Haziq, kau ada takut dengan apa2?

Haziq: hmm, ada. Tapi aku punya tak sampai tahap takut lagi. Aku Cuma gementar dengan orang yang cacat, takde tangan atau kaki contohnya. Sebab bila aku tengok diorang, aku ada perasaan yang aku akan kehilangan anggota badan aku jugak. Satu lagi, aku agak takut berada dalam keadaan yang agak rendah. I mean, dari segi kedudukan. Sebab aku suka buat keputusan, so bila aku dalam position yang rendah dan Cuma kena ikut arahan saje, aku jadi tak sedap hati.

Adam: hehh, wujud jugak orang macam kau ni. Suruh jadi ketua untuk kelab taknak.

Haziq: aku tak suka jadi ketua. Tapi aku suka buat banyak kerja. Bila orang tahu kebolehan aku dalam satu2 perkara, diorang akan benarkan aku buat keputusan sendiri.

Adam: haa Dian, yang kau tanya orang, kau tak ada apa yang kau takut.

Diana: ada... aku takut duduk dalam gelap.

Adam: hehh, mesti takut hantu ni.

Diana: isyy, mana ada!

Adam: kau dah tau kisah pasal belakang blok kau tu? Yang tiga tahun lepas...

Diana: Adam!!! Ok dah, aku nak balik bilik. Ok bye!

Adam: haa, tadi takutkan orang bukan main berani. Dia lagi penakut dari aku...

Haziq: bye Dian!

Diana pergi meninggalkan kitorang berdua semula.




***sambung citer lain...

Pelbagaikanlah

Aku teman Farid study dekat kafe. Tiba-tiba Adam datang, campakkan beg dekat kerusi dengan muka bengang.

Farid: Astaghfirullah... dah kenapa dengan kau ni Dam? Dah gila?

Haziq: Ni mesti tak boleh jawab exam tadi ni.

Adam: Memang, susah gila kot. Bengang betul aku, rasa macam sia-sia jee aku study.

Farid: Jangan laa cakap macam tu. At least ada jugak soalan yang kau boleh jawab sebab kau study kan?

Adam: Memang laa ada. Tapi...

Farid: Tapi kau kena belajar bersyukur sebab ada jugak markah untuk diberi kat kau... dan kau kena doa supaya walaupun kau rasa soalan tu susah, tapi sebab kau dah usaha nak jawab, kau doa laa supaya dapat markah.

Haziq: haa, dengar cakap ustaz Farid kita ni. Kau ni... rilek laa sikit.

Adam: Nak rilek kejadah kau. 40% markah carry mark untuk mid-sem ni. Kau nak aku rilek?

Haziq: Ok2. Aku nak tanya sikit. Kau study macam mana sebenarnya?

Adam: Macam biasa laa. Buat latihan yang lecturer bagi, buat latihan dalam buku yang ada.

Haziq: Kau pernah cuba cara lain? Kau belajar sendiri je kan selama ni dalam bilik?

Adam: Ha’ah. Aku belajar sendiri je laa dalam bilik. Aku tak minat belajar ramai2 ni.

Farid: Laa, patut laa pon. Tak tepu ke otak kau belajar macam tu?

Adam: Tak. Dah biasa dari sekolah macam tu.

Haziq: Sesekali cuba ubah cara kau tu. Asyik belajar dalam bilik jee, mana nak dapat oksigen.

Adam: Alaa, cakap macam aku seorang. Kau pon sama jee belajar dalam bilik jugak.

Haziq: Ni tak nampak aku teman Farid belajar ni? Walaupun fakulti berbeza pon, at least bile dia bercerita pasal subjek dia, takde laa aku rasa otak aku terbeban sangat nak terima apa yang aku tengah belajar ni.

Farid: SAAAYANG Haziq! Ahaha, tiba-tiba pulak. Anyway, aku pon dah biasa dengan cara bercerita apa yang aku belajar dekat orang lain Dam. Tapi, dulu waktu sekolah aku cerita dengan budak sama kursus dengan aku. Sekarang aku boleh cerita dengan budak lain2 kursus. Jadi, pemikiran diorang berbeza dan soalan diorang pon beza. Macam Haziq kan jenis nak tau, jadi aku boleh cerita banyak sikit. Senang aku nak hafal.

Haziq: ha’ah. Macam aku, aku ada gang aku dekat kajai. Kalau aku rasa susah subjek tu, aku belajar dengan diorang dekat kajai. Kau nampak je aku banyak study kat bilik, tapi bila duduk dengan gang aku, aku study jugak sebenarnya. Tak semestinya borak jee.                                                                                                                                     
Adam: so kau nak aku buat apa sekarang ni?

Haziq: sekarang ni kau kena cari cara lain nak study untuk subjek2 yang lain. Jangan laa setiap subjek kau belajar sorang2 dekat bilik. Mungkin ada subjek yang berat dan memang perlu discuss dengan kawan2. At least boleh jugak kau bertanya kalau kau tak tau apa2.

Farid: lagipon Dam, otak kita ni pon mudah bosan macam perasaan kita. Cuba aku bagitau kau lawak yang sama setiap hari, mesti kau akan kurang rasa nak gelak setiap hari sebab lawak yang sama jee kan?

Adam: tak tau, mungkin kot.

Farid: tak ada mungkin punya, kau memang akan kurang gelak. Kalau kau gelak pon, gelak fake sebab nak sedapkan hati aku. Macam tu jugak otak. Bila banyak belajar, cara yang sama pulak tu, dia pon akan bosan.

Adam: hmm, yelaa2. Tengok laa macam mana nanti. Ok lah, aku nak balik ni.

Farid: haa, nak balik study ke apa?

Adam: iyaa laa.

Farid: takde2! Duduk sini dengar aku bercerita pasal syariah ni.

Adam: kejadahnya aku nak dengar pasal syariah? Bukannya aku nak ambik periksa syariah.

Haziq: ahahah, jangan laa paksa dia Farid. Dia tak biasa lagi cara macam kau ni. Tapi Dam, kalau stress belajar kat bilik tu datang laa dekat kitorang.

Adam: haa, yelaa2. Nanti aku  datang laa. Aku nak balik dulu.

Haziq: Ok!

Farid: Assalamualaikum.

Adam: Waalaikumussalam.




***sambung lain citer...


Cerita Pasal Apa?

Aku duduk depan laptop sambil berfikir sesuatu. Adam masih meneruskan buat kerja dia depan aku.

Haziq: Adam, kalau aku cakap pasal 'no 10', apa yang berada kat fikiran kau?

Adam: sepuluh? Hmm, tak tau laa. Pasal birthday adik aku kot. Dia lahir bulan sepuluh.

Haziq: adik kau? Alaa, tu tak boleh nak jadikan satu cerita. Aku pon tak kenal adik kau.

Adam: cerita apa ni?

Haziq: takde, aku nak kena buat satu penulisan dengan tema sepuluh. Tapi aku tak tau nak buat cerita apa

Tiba2 farid datang ke arah kitorg.

Farid: Assalamualaikum.

Adam: Waalaikumussalan.

Haziq: Waalaikumussalam. Farid, it's good to see you here.

Farid: yes. Why2?

Haziq: Farid, kalau aku cakap 'sepuluh', apa yang ada kat fikiran kau?

Farid: sepuluh? Nombor 10?

Haziq: taknak laa nombor tu. Kalau setakat nombor, aku pon tau. Tapi apa perkara berkaitan 10 yang ada dalam minda kau sekarang?

Farid: owhh... Hmm, kita semua ada sepuluh jari kaki dan sepuluh jari tangan. Ada orang yang tak cukup dan ada orang yang lebih dari sepuluh. Diorang tu ALLAH ciptakan istimewa. Jadi kita yg diciptakan normal ni patut bersyukur dengan apa yang ALLAH beri.

Adam: tu dia ustaz Farid kita. Haa, tulis laa Haziq. Mesti jadi satu cerita best nanti. Suruh semua orang bersyukur dengan apa yang ada setiap hari.

Haziq: hmm, boleh tu memang boleh. Tapi aku tak pandai laa nak hurai panjang2 pasal ni. I mean, bukan tak pandai nak cakap pasal agama. Tapi perkataan sepuluh tu, macam terhad jee nak guna.

Adam: kau ni, mujur orang bagi idea. Daripada takde langsung.

Diana: Adam! Farid! Haziq!

Kitorang toleh ke arah Diana. Dia baru balik dari kelas.

Haziq: Diana!! Sini-sini!

Diana: kenapa ni? Kenapa? 

Haziq: Sepuluh!

Diana: hah?? Sepuluh? Kenapa dengan sepuluh?

Haziq: apa yang ada kat fikiran ko bila aku cakap sepuluh tadi?

Diana: 2010?

Haziq: kenapa dengan 2010? Ada event special?

Diana: pada aku ada laa. Ingat tak 20/10/2010 jam 2010?

Farid: ehh tarikh tu!! Macam ingat tapi aku tak ingat. Ada apa tarikh tu?

Adam: tu tarikh birthday adik aku. Tapi masa lahir tu, aku tak sure plak.

Haziq: macam mana kau boleh tau tarikh lahir adik Adam, Dian?

Diana: bukanlah! Tarikh tu negeri aku jadi melaka maju! Aku kan orang melaka. So aku bangga laa bila negeri melaka dapat jadi melaka maju.

Haziq: ha'ah laa!!! Owhh, bagus jugak tu. Boleh jadi satu cerita jugak tu.

Diana: cerita? Cerita apa?

Adam: tak tau laa Haziq ni. Nak buat cerita bagai dengan tema sepuluh tu.

Haziq: nanti2 laa aku cerita ekk. Aku nak balik bilik dulu dan buat research sikit sebelum tulis pasal ni.

Farid: alaa, nak balik dah ke?

Haziq: sorry semua. Nanti kita borak lagi yaa. Bye...

Diana: bye Haziq!

Selepas selesai tutup laptop dan simpan dalam bag, aku pon balik ke bilik.




***sambung lain citer...

STRESS

Waktu aku, Adam dengan Farid duduk melepak minum petang dekat kafe, Farid bukak cerita tentang teater dia sekali lagi.

Farid: aku tension betul dengan pengarah teater aku.

Haziq: dah kenapa lagi dengan kau ni? Tak habis2 lagi ke?

Farid: tak ada laa. bila dah tak suka dengan orang, jumpa jee stress. Lepas tu stress tu terbawak-bawak laa ke mana-mana.

Adam: kawal laa sikit stress tu. Nak final ni kan, assignment pon banyak tak siap lagi ni. Nak pikir ke kau punya teater jee memang tak jadi kerja.

Haziq: ha’ah. Tua muka kau nanti baru tau. Muka kau tu dah laa matang, berkerut muka dah nampak macam orang tua.

Farid: dah tak tau dah nak kawal macam mana stress aku ni. Solat, doa, baca al-Quran... semua dah buat dah.

Adam: haa, apa kata kau dengar lagu. Aku kalau stress aku dengar lagu.

Farid: aahhh!! Khayalan belaka dengar lagu tu. Syaitan lagi masuk ada.

Adam: alah kau... cakap bukan main. Dah tu kau kenapa kau solat doa bagai pon tak hilang2 stress kau. Nampak sangat kau tak ikhlas nak mintak pertolongan ALLAH tu.

Haziq: hishh, ada pulak kau cakap macam tu Dam. Mujur laa kita ada kawan yang mampu bawak kita ke arah kebaikan ni haa.

Adam: tak ada laa. Nak dengar dia punya stress pasal teater pon dah menyakitkan hati. Orang nak tolong dia hilangkan stress je.

Haziq: iya laa. Aku tahu tu. Tapi tak baik laa cakap dia tak ikhlas mintak pertolongan ALLAH.

Farid: kan Haziq kan? Buat dosa je tau kau ni.

Adam: yelaa2. Aku jugak yang salah. Haa, kalau kau tak nak dengar lagu sangat kau pergi makan. Ada jee orang yang lagi stress lagi dia makan. Aku pon kadang2 makan banyak bila stress.

Haziq: dan aku bukan orang macam tu.

Farid: kenapa pulak Haziq?

Haziq: sebab family aku semua nya badan besar dah. Dan aku laa yang mempunyai badan paling kurus, walaupun besar macam ni. Abang2 aku semuanya makin gemuk bila masuk U sebab diorang makan banyak bila stress. So aku taknak benda tu berlaku kat aku walaupun aku dah cukup besar dah.

Farid: dah Haziq, kau buat apa kalau kau stress??

Haziq: depends. Kalau aku ada aku punya laptop atau tab, aku akan tengok anime. Tapi kalau aku tak ada mood nak tengok anime aku akan dengar lagu. Tapi yang paling berkesan aku buat, aku tidur.

Adam: tidur? Boleh ke tidur kalau kau stress?

Haziq: boleh jee. Tapi paksa sikit laa. Memang awal2 kita akan pikir pasal masalah kita aje, tapi kalau lelap jee mata tu lama2 terlena jugak.

Farid: tidur ekk? Macam bagus jee idea kau tu.

Haziq: well, hidup ni kan kena seimbang. Bagus dah kau solat, baca al-Quran semua tu. Itu baru rohani. Walaupon orang kata kalau hati kita, rohani kita tenang nanti semua insya-ALLAH akan okay. Tapi tak semua orang berjaya. Ada orang kena jugak buat benda yang dia minat baru hilang stress.

Adam: hmm, kau buatkan aku teringat yang exercise pon boleh bantu hilangkan stress. Biasanya kalau aku stress, aku dengar lagu sambil exercise laa.

Haziq: laa, selama ni yang tiba2 kau keluar bilik pergi jogging tu sebab kau stress ke?

Adam: ehh? Aku tak pernah bagitau ehh?

Haziq: tak...

Farid: ahahah, apa laa kau ni Haziq. Duduk sebilik dengan roommate pon tak tau.

Haziq: ok laa tak tau janji kitorang rapat and tak stress duduk sebilik. Yang kau tu, duduk melepak dengan kitorg. Kesian roommate kau duduk sorang. Stress pulak dia ada rommate macam kau ni, tak reti nak duduk dengan roommate sendiri.

Farid: ahh!! Ahahah!! Biarlah. Dah2, jom balik. Kata nak pergi stadium lepas ni.

Adam: hehh, pandai nak alih topik. Hah, jom lah.

Aku, Adam dan Farid pon balik bilik untuk tukar baju nak bersukan...




*** sambung lain citer...

Bayar Harga

Tengah aku makan tgh malam dengan Diana dekat kafe, kitorg nampak farid baru abis latihan teater dia.

Haziq: Farid! Sini2!


Diana: alololo, apsal bengang je muka aku tgk ni?


Farid: mana tak bengang, latihan mula lewat lepastu abis pon lewat. Bengang laa aku.


Haziq: owwhhh... Ahahaha, aku paham perasaan kau tu.


Diana: yang diorang pergi abiskan lewat tu kenapa?


Haziq: alaa, biasa laa dian. Dalam latihan pon ada cotcet cotcet jugak.


Farid: aku paling tak boleh betul dengan orang yg tak tepati janji ni. Hampir setiap hari, waktu nak abis latihan akan cakap, "esok latohan start pukul 10 pagi, tepati masa", "esok latihan pukul 8.00pm, dah start olah tubuh". Bila sampai esok nya, aku seorang jee yang ada.


Diana: alaa, janji melayu. Macam tak biasa...


Farid: masalahnya siapa yang mulakan pasal janji melayu ni? Apa dia janji melayu ni? Janji untuk datang lewat? Tak rasa malu namakan janji melayu macam ni?


Haziq: well, aku tak pernah buat janji melayu. And kalau aku kena berhadapan dengan orang2 macam tu, aku teros blah je. Sia2 aku beli jam mahal kalau aku tak hargai masa.


Farid: masalahnya ini persembahan berbayar nanti, haziq. Bukannya yang korang datang tengok free.


Haziq: so what?!! Bagi aku mudah jee, kalau diorang perlukan kita, diorang akan cari kita. Kalau diorang layan kau macam ni, buat apa kau nak ikut jee kehendak diorang. Lambat laun kau jugak yang bengang.


Diana: tapi diorang pon ada hal lain jugak. Kita pon patut paham.


Haziq: farid, siapa yang datang lambat?


Farid: jangan kata pelakon, director pon datang lambat.


Haziq: see Diana? Diorang, budak teater tu yang nak Farid berlakon. Kalau diorang layan 
Farid macam ni, datang lambat balik tgh malam, apa salah kalau Farid buat kepala dia untuk keluar daripada latihan? Bukan laa keluar terus daripada pementasan, tapi keluar daripada latihan. Lagipon aku pernah tengok Farid punya latihan, dia punya lakonan lagi baik daripada yang lain tu. Tapi Farid, aku tak paksa kau buat macam tu. Kau pun bukan jenis orang yang macam tu kan. Aku cakap macam ni based on aku punya experience sendiri.


Farid: kau selalu buat macam tu ke?

Haziq: not really always, but yeah... Bergantung pada keadaan. Pernah sekali tu aku nak batalkan perjumpaan dengan alumni, sbb diorang lambat gila. Tapi sebab kawan2 asyik suruh bersabar je, aku pon setia je laa menunggu macam orang bodoh.


Diana: kau ni, strict sangat laa Haziq.


Haziq: Dian, it's not about strict or not. Bagi aku, if you want something, you pay for it. Diorang demand kau, kau kena demand jugak. That's how my dad tought me.


Farid: hmm... Ehh, ok laa. Aku nak balik bilik dulu. Penat sangat latihan tadi. 
Assalamualaikum.


Diana: ok Farid. Berehat elok2. Sweet dream. Waalaikumussalam.

Haziq: waalaikumussalam.




***sambung lain citer