03 June 2015

Danau

Jarang betul aku dengan Adam nak makan sarapan dekat kafe. tapi hati ni rasa nak sangat makan sarapan berat sikit. jadi aku pujuk lah jugak Adam supaya bangun dari dia punya katil. Jam baru jee pukul 7.30. setibanya kami dekat kafe, kami nampak Farid tengah duduk makan sambil tengok MHI.

Adam: Assalamualaikum ustaz!!!

Farid: Wa'alaikumussalam... laa, korang berdua rupanya. eh, jemputlah duduk makan sekali.

Adam: tak payah jemput, memang kami nak duduk pon. Haziq, kau pergi laa beli sarapan dulu.

Haziq: ok!

Farid: jarang benar aku nak tengok korang berdua makan sarapan hujung-hujung minggu ni.

Adam: ha'ah... si Haziq tu laa, mimpi apa tau nak sarapan nasi lemak katanya.

Farid: owhh, kesian pulak kau dikejutkannya.

Adam: kan... tu laa pasal. tapi takpe laa, aku cakap kat dia kalau dia ikut pergi berenang kat danau nanti aku ikut dia.

Farid: amboii, sejak-sejak danau dah bukak untuk orang mandi ni seronok ajee aku tengok kau pergi berenang sana yaa.

Adam: mesti laa. dah lama tak berenang.

Haziq: Dam, pergi laa beli.

Adam: tak makan dah aku ni. beli air kejap.

Farid: katanya si Adam, korang nak pergi berenang lepas ni?

Haziq: ha'ah. nak ikut?

Farid: isyy, aku ni tak pandai berenang.

Haziq: alaa, kau ingat semua orang yang datang sana pandai berenang? tunjuk badan jee semua tu.

Farid: tunjuk badan?

Haziq: tak ada laa. saje jee nak mengutuk. tapi dekat danau tu diorang tak benarkan pakai baju.

Farid: iye kee?? bukan kata laki perempuan mandi sekali kee dalam tu?

Adam: haa, kenapa ni?!! apa yang kecoh semacam ni?

Farid: Haziq kata kat Danau tu kalau mandi tak boleh pakai baju. ye kee?

Adam: ha'ah. tapi ada jee yang pakai baju. Haziq pon pakai jee baju. aku dah biasa dulu, kelas renang memang tak pakai baju.

Farid: isyy, aurat kau macam mana? dah kalau laki perempuan sekali dalam satu kolam renang.

Haziq: itu laa katanya Adam dia dah biasa. tapi macam aku ni, sorok-sorok menyelam nak pakai baju.

Farid: owhh, yeke... apa hal laa dibuat peraturan macam tu. bukan dia tak tau yang UKM ni Universiti Kebanyakannya Melayu.

Adam: amboi Farid... halus betul jarum kau??

Farid: ahahah, tak ada laa. tapi hakikatnya ada laa jugak kan.

Adam: entah laa Farid weyh, nak cakap pon aku tak laa pandai sangat. biarlah yang jadi wakil-wakil pelajar tu cakapkan.

Farid: hmm, betul jugak cakap kau tu.

Haziq: so Farid, nak ikut kitorang tak lepas ni?

Farid: tak kot... dosa pulak aku tengok badan-badan sado kat situ.

Adam: aikk?? ustaz bernafsu kat laki ke?

Farid: tu Haziq. ehh2, ahahah!!! gurau jee Haziq, gurau gurau.. aku ada keje lepas ni.

Haziq: owhh, ingat kalau takde kerja, aku nak kerja kan kau nanti.

Farid: ahahah... gurau je laa. jangan laa marah.

Adam: Haziq! cepat sikit makan tu. time ni tak ramai orang tengah berenang ni.

Haziq: kejap laa, aku nak habis dah ni...




*** sambung lain citer...

No comments:

Post a Comment