03 June 2015

Selamat Tinggal

Dari kelas, aku sms Diana, Adam dengan Farid supaya datang kafe lepas aku habis kelas pukul 5. perjumpaan yang berlaku secara biasa, tak ada siapa yang terfikir untuk berlaku apa-apa kejadian. memandangkan aku daripada kelas, maka akulah yang terakhir tiba di kafe. mereka semua tiada kelas sebelum ini, tapi mereka datang awal kerana mereka tahu perangai aku yang akan berlangsung pergi andai ada yang datang lewat. janji Melayu tiada dalam kamus hidup aku kerana aku tak rela memalukan bangsa aku sendiri.

Diana: hah, tu pun Haziq dah sampai!

Adam: lewat! kata tak main janji melayu.

Haziq: alaa, sorry laa, aku habis kelas tepat2 pukul 5 tadi. biasanya habis 20-15 minit awal. 

Farid: hahh, ada apa kau panggil kitorang bertiga datang minum petang sekali ni? jarang-jarang kau nak panggil semua belanja minum.

Diana: ha'ah laa kan? biasanya kita terserempak jee. itupun makan sendiri. tapi yang ni siap nak belanja makan minum bagai.

Haziq: sebab kali ni kali terakhir laa.

Adam: kali terakhir? kenapa? kau nak pindah ke?

Haziq: sepatutnya kita boleh jee jumpa lagi. tapi aku penat laa... nak tulis satu lagi pon...

Diana: jap2... aku tak paham laa. cuba kau cakap betul sikit. kau ni, dekat fb pakai bahasa klasik. dekat sini pon kau nak pakai bahasa yang memeningkan jugak ke?

Farid: kau ada masalah ke Haziq? cuba kau bagitau kitorang. insya-ALLAH kitorang boleh tolong.

Haziq: korang ni, tak pernah perasan ke? *tersengih*

Diana: Adam, kenapa roommate kau ni? dah tersengih semacam pulak ni...

Adam: Haziq, kau... nak cakap pasal tu jugak ke? kau memang nak berhenti menulis dah?

Aku pandang ke arah Adam lalu tersenyum.

Farid: Dam, kenapa ni? berhenti menulis apa ni?

Adam: Dian.. Farid... sebenarnya...

Haziq: Adam, biar aku yang bagitau.

Adam: Tak apa ke?

Diana: Hishh, korang ni!!! bagitau je laa. apa yang susah sangat?!! main rahsia2 pulak ni...

Haziq: Diana. Farid. Sebenarnyakan... korang berdua dengan Adam, tak pernah wujud...

Farid: Astaghfirullahal'azim... Haziq, kau ni dah kenapa? kau gila ke?

Haziq: yaa, memang aku gila. dan korang bertiga hanyalah karakter yang aku cipta dalam diri aku sendiri. untuk aku ajak berbual. supaya aku tak keseorangan.

Adam: kita bertiga ni, sebenarnya adalah diri Haziq yang dicampurkan dengan latar belakang perwatakannya dengan diri orang lain.

Diana: MENGARUT!!! TIPU!!! kita memang wujud!!! nampak ni, sakit bila aku cubit pipi aku sendiri tau tak! kenapa cakap kita semua ni adalah Haziq pulak?

Haziq: Aku berseorangan jee sebenarnya Dian. ingat tak lepas habis presentation marketing haritu? kau kata, semua orang pandang aku kan? kau mungkin tak sedar, tapi sebenarnya semua orang pandang aku sebab aku seorang yang gila dan suka bercakap sendiri.

Farid: habis macam mana kau boleh masuk UKM ni kalau kau gila?!!

Suasana bertukar menjadi padang hijau yang terdapat ramai orang-orang yang berbaju putih.

Diana: Kita kat mana ni??? macam mana kafe tadi boleh jadi padang ni?!!

Adam: Dian, bawak bersabar! dengar ni! macam yang aku dan Haziq cakapkan tadi. Haziq ni gila. dan ini merupakan tempat orang2 gila! dia keseorangan dan suka cakap sendiri. sebab tu dia cipta suasana dalam minda dia sendiri dan cipta kita semua. dia yang cipta kafe dekat UKM dan watak kita semua.

Farid: Tapi Dam...

Haziq: Farid. pernah tak kau terfikir kenapa perangai kita semua berbeza tapi kita semua jadi rapat?

Farid: semua orang boleh jadi rapat kalau kita berkenalan walaupun perangai kita berbeza.

Haziq: tapi perbezaan kita terlalu ketara. kau merupakan sisi baik aku yang aku kunci. kau terlalu baik. kau jaga solat, jaga tutur kata. tapi sampai masa aku tak dapat tunjuk semua tu. sebab aku merasakan masyarakat akan benci dengan orang yang baik ni.

Adam: aku pulak merupakan sisi jahat Haziq. aku pon pernah terkunci dalam diri Haziq. tapi bila aku keluar, masyarakat bencikan aku. Haziq tertekan. dia tak tau sama ada dia perlu berkelakuan baik atau jahat.

Diana: Habis aku ni siapa? dan Haziq ni siapa? Dam! kau dan Haziq berkomplot ehh nak kenakan aku dengan Farid?!! *nada Dian mula teresak-esak seperti mahu menangis. tapi jeritannya menguasai nadanya*

Adam: Dian, aku tak pernah nak berkomplot dengan sesiapa. aku pon tahu tentang benda ni minggu lepas sebab...

Haziq: Dian, kau merupakan satu identiti yang mengelirukan. ketika mana aku menjadi lelaki jati, orang memandang pelik pada aku. dan waktu aku berkelakuan macam perempuan, orang mula menghina aku. sebab itulah, kau merupakan perempuan yang kasar. 

Diana: Jangan nak mengarut! Dam, kau cakap dekat aku macam mana kau boleh tau tentang benda ni!

Farid: Sabar Dian... bawak mengucap.

Diana: TAK! aku dah tak boleh sabar dah ni! ADAM!!

Haziq: biar aku yang ceritakan semuanya. kesihatan aku tak berapa bagus. dan aku pun tak akan hidup panjang. ketika suasana masih dalam UKM, aku berasa pening. dalam bilik kitorang, suasana selalu berubah antara bilik dan tempat ni. jadi Adam tanya pada aku dan aku pon ceritakan segalanya. pokok dekat tepi ni, menjadi saksi pada semua cerita yang aku reka.

Farid bergerak ke arah pokok dan melihat begitu banyak tulisan yang tertera dan begitu kecil sehingga sukar dibaca. Dian cuma menangis teresak-esak.

Haziq: aku dah tak larat nak tulis pada pokok ni lagi. Dian, orang2 dekat kafe kolej yang kau kata pandang aku tu, mereka sebenarnya adalah orang2 gila di sini. aku tak dapat kekalkan fokus rekaan minda aku. sebab tu laa... hari ini, aku nak jelaskan pada semua dan ucapkan selamat tinggal.

Farid: tak apa laa Haziq. macam yang kau cakap, kami adalah kau. macam manapun, kami akan berdiri kuat dalam diri kau.

Diana: aku taknak semua ni hilang! aku nak kekal dengan persahabatan kita ni... tapi, dalam diri ni... aku pon rasa satu kesakitan yang amat, yang memaksa aku terima hakikat sebenar...

Haziq: jangan risau Dian. aku akan ingat saat kita semua walaupun korang cumalah watak rekaan aku saja.

Diana: Haziq... kuatkan diri... sebagai perempuan yang kuat dalam diri kau, *Diana tersengih*, aku akan paksa kita supaya terus kuat.

Haziq: insya-ALLAH Dian... aku akan kuat dengan adanya orang macam kau dalam diri aku.

Adam: Haziq, tak kisahlah kau baik atau jahat. kau laki atau perempuan. akan ada orang yang akan terima kau seadanya. aku bukanlah sisi yang kau patut cari, terutama ketika kau berdepan dengan masalah. tapi... andai kau perlukan tenaga sokongan, aku akan keluar untuk bantu kau.

Haziq: Terima kasih Adam.

Adam dan Farid memeluk erat aku. Diana tak dapat menahan tangisan dia. mungkin dia cumalah rekaan watak perempuan, namun hatinya aku sahaja yang tahu. dia terus berlari untuk memeluk aku sehinggakan aku terjatuh. sikit demi sikit, mereka bertiga hilang daripada pandangan dan minda aku. aku terbaring atas padang hijau tersebut, mengimbau kembali kenangan kami bersama. tanpa sedar, air mata keluar dari mata menyembah bumi. aku mendengar pegawai assylum menjerit dan mereka datang ke arahku, bertanyakan keadaan aku. aku cuma mampu tersenyum. yang pasti, selepas ini aku akan bersendiri lagi, menunggu saat mati...





TAMAT

Keyboard Warrior

Diana: aku kalau baca UKMConfession ni kan, nak gelak pon ada. nak marah pon ada.

Haziq: kau baca benda-benda tu? aku tak pernah bukak benda tu dan tak pernah baca pon benda-benda tu.

Diana: jadi macam mana kau tau isi dalam UKMConfession?

Haziq: kawan aku penah tunjuk. dan aku rasa benda tu mengarut. so aku tak pernah bukak guna mobile aku dan aku pon taknak tau apa dalam UKMConfession tu.

Farid: boleh datangkan dosa jee kalau baca benda2 tu.

Diana: macam mana boleh datang dosa pulak?

Farid: ya laa, yang mengumpat ada. yang mengutuk pon ada. tapi tak laa nak kata semua post tu datangkan dosa. cuma buang masa jee baca benda-benda macam tu.

Haziq: kan Farid kan? siap luah perasaan bagai. geli pulak bila ingat kawan aku penah tunjuk benda tu kat aku.

Diana: tak payah laa baca benda-benda tu kalau macam tu. tengok berita atau pengumuman yang ada dah laa kan?

Haziq: dan untuk tau sama ada benda tu berita atau pengumuman, kau kena baca ayat2 first jugak kan? kalau dia mengutuk dalam satu ayat, tak ke kau dah baca apa yang dia kutuk?

Diana: err, jangan laa marahkan aku. bukan aku yang mengutuk.

Farid: tak kisah laa dalam UKMConfession ke atau kat group apa sekalipon, sekarang ni ramai sangat yang tak sedar diri yang diorang dah lakukan dosa mengumpat pasal orang lain.

Haziq: betul! semua pandai sembunyi belakang komputer, belakang henset. tapi depan-depan tak berani cakap pulak tu.

Diana: hmm, betul jugak apa kau cakap tu.

Haziq: kita ni, kalau tak puas hati cakap aje laa depan2. kalau kita betul, orang akan cari kita. kalau kita salah, tak payah tunjuk muka. setakat tulis dekat FB insta bagai, tak akan selesai punya masalah tu.

Farid: Ha'ah. gejala ni kalau berterusan, tak tau laa nak cakap apa. lepas ni semua orang tak bercakap agaknya.

Haziq: kau Dian, kalau kau kenal siapa2 yang suka sangat jadi keyboar warrior ni, suruh lah dia insaf. nasihat sikit. kalau kau diam je, dia akan pikir yang kau setuju cakap dia.

Diana: ok... tak pasal2 aku kena ceramah pulak hari ni.

Haziq: bukan ceramah... nasihat. ahahah



*sambung cerita lain...

GGGE2123

selesai hantar CD kepada pensyarah Teknologi & Inovasi dalam Pendidikan, aku pergi Bangi Getaway untuk makan tengah hari. aku ternampak Diana nak berjalan balik, jadi aku panggil dia.

Haziq: Dian! Dian!

Diana: Haziq!!! buat apa kat sini?

Diana masuk ke dalam kafe dan duduk depan aku.

Haziq: dah duduk dalam kafe ni mesti laa nak menari... apa laa kau ni, makan laa! apa lagi.

Diana: tak ada laa. mana tau kau ada hal nak buat lepas ni, atau tadi kee.

Haziq: Kau tu yang buat apa kat sini?

Diana: owhh, aku beli eyeliner dengan bedak. dah habis.

Haziq: kau pakai mekap kee? tak pernah nampak pon.

Diana: aku pakai laa kalau pergi kelas. cuma tak tebal laa.

Haziq: ok, sangat mengejutkan bagi aku.

Diana: apa?? kau ingat perempuan cam aku tak pakai mekap? Avril Lavigne dengan Pink pun boleh pakai mekap, takkan aku tak boleh.

Haziq: aku tak cakap apa2... lalalalala...

Diana: ellleehhh, dari muka kau aku dah tau kau pikir apa. ni, kau dari mana sebenarnya ni?

Haziq: tadi aku hantar CD dekat FPEND. pastu aku datang laa sini makan tengah hari.

Diana: CD?? FPEND??? kau belajar apa dekat FPEND? 

Haziq: Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan. CD tu ada semua tentang kerja apa yang kitorang dah buat sepanjang sem ni. 

Diana: ok, yang ni lagi mengejutkan dari aku beli mekap. kau bukan tak suka teknologi sangat kee?

Haziq: yes. tapi aku pon pikir sampai bila aku taknak ambik tau pasal teknologi. so aku ambik laa subjek ni. dan trust me, subjek ni sangat banyak kerja dia dan aku rasa macam nak gila. salah satunya kena buat blog. dah laa aplikasi komputer kena buat blog, subjek ni pon kena buat blog.

Diana: ahahah, kesian betul aku mendengarnya. tiap-tiap minggu ada tema jugak kee apa?

Haziq: haa, kali ni ada satu benda jee yang kitorang kena tulis sendiri kat blog. yang selebihnya, cuma kerja-kerja tutorial (patut kee panggil tutorial?) yang kitorang post semula dekat blog. dan pada masa yang sama kena hantar dalam bentuk CD jugak.

Diana: laa, tak laa susah mana.

Haziq: tak susah laa kalau minat teknologi. yang aku ni, dah laa tak minat teknologi. lepas tu kena kaitkan pulak dengan pendidikan. dasyat betul dunia pendidikan sekarang,

Diana: kan?? ehh dah laa, sambung kat kolej nanti ehh cerita kau ni. aku nak balik dulu, nak zohor.

Haziq: haa, ok2. babai.
 
Diana: bye~



*sambung lain citer...

Danau

Jarang betul aku dengan Adam nak makan sarapan dekat kafe. tapi hati ni rasa nak sangat makan sarapan berat sikit. jadi aku pujuk lah jugak Adam supaya bangun dari dia punya katil. Jam baru jee pukul 7.30. setibanya kami dekat kafe, kami nampak Farid tengah duduk makan sambil tengok MHI.

Adam: Assalamualaikum ustaz!!!

Farid: Wa'alaikumussalam... laa, korang berdua rupanya. eh, jemputlah duduk makan sekali.

Adam: tak payah jemput, memang kami nak duduk pon. Haziq, kau pergi laa beli sarapan dulu.

Haziq: ok!

Farid: jarang benar aku nak tengok korang berdua makan sarapan hujung-hujung minggu ni.

Adam: ha'ah... si Haziq tu laa, mimpi apa tau nak sarapan nasi lemak katanya.

Farid: owhh, kesian pulak kau dikejutkannya.

Adam: kan... tu laa pasal. tapi takpe laa, aku cakap kat dia kalau dia ikut pergi berenang kat danau nanti aku ikut dia.

Farid: amboii, sejak-sejak danau dah bukak untuk orang mandi ni seronok ajee aku tengok kau pergi berenang sana yaa.

Adam: mesti laa. dah lama tak berenang.

Haziq: Dam, pergi laa beli.

Adam: tak makan dah aku ni. beli air kejap.

Farid: katanya si Adam, korang nak pergi berenang lepas ni?

Haziq: ha'ah. nak ikut?

Farid: isyy, aku ni tak pandai berenang.

Haziq: alaa, kau ingat semua orang yang datang sana pandai berenang? tunjuk badan jee semua tu.

Farid: tunjuk badan?

Haziq: tak ada laa. saje jee nak mengutuk. tapi dekat danau tu diorang tak benarkan pakai baju.

Farid: iye kee?? bukan kata laki perempuan mandi sekali kee dalam tu?

Adam: haa, kenapa ni?!! apa yang kecoh semacam ni?

Farid: Haziq kata kat Danau tu kalau mandi tak boleh pakai baju. ye kee?

Adam: ha'ah. tapi ada jee yang pakai baju. Haziq pon pakai jee baju. aku dah biasa dulu, kelas renang memang tak pakai baju.

Farid: isyy, aurat kau macam mana? dah kalau laki perempuan sekali dalam satu kolam renang.

Haziq: itu laa katanya Adam dia dah biasa. tapi macam aku ni, sorok-sorok menyelam nak pakai baju.

Farid: owhh, yeke... apa hal laa dibuat peraturan macam tu. bukan dia tak tau yang UKM ni Universiti Kebanyakannya Melayu.

Adam: amboi Farid... halus betul jarum kau??

Farid: ahahah, tak ada laa. tapi hakikatnya ada laa jugak kan.

Adam: entah laa Farid weyh, nak cakap pon aku tak laa pandai sangat. biarlah yang jadi wakil-wakil pelajar tu cakapkan.

Farid: hmm, betul jugak cakap kau tu.

Haziq: so Farid, nak ikut kitorang tak lepas ni?

Farid: tak kot... dosa pulak aku tengok badan-badan sado kat situ.

Adam: aikk?? ustaz bernafsu kat laki ke?

Farid: tu Haziq. ehh2, ahahah!!! gurau jee Haziq, gurau gurau.. aku ada keje lepas ni.

Haziq: owhh, ingat kalau takde kerja, aku nak kerja kan kau nanti.

Farid: ahahah... gurau je laa. jangan laa marah.

Adam: Haziq! cepat sikit makan tu. time ni tak ramai orang tengah berenang ni.

Haziq: kejap laa, aku nak habis dah ni...




*** sambung lain citer...

Akhirnya

Akhirnya, habis jugak presentation marketing aku. satu hari aku buat laporan pasal PERODUA hari tu, last2 present sekejap jee sebab dah kesuntukan masa. aku pon balik kolej, singgah kafe kejap. aku ternampak Diana tengah buat kerja seorang. aku pergi order air, dan duduk dengan dia.

Diana: ehh Haziq! dari mana bukan main lawa pakai baju ni?

Haziq: baru habis presentation marketing tadi...

Diana: amboi... present marketing kee jual barang? malam-malam ni kan...

Haziq: dah, kau jangan nak mengarut. aku kelas dari pukul 6-9 tadi ni. tu yang baru balik ni.

Diana: Haziq, aku tengok kat sana banyak mata pandang kau laa weyh...

Haziq: Dian... Diam! kau jangan nak buat hal kat sini.

Diana: alaa, orang cakap betul ni...

Haziq: tak kisah laa kau cakap betul atau tak, sekarang ni aku nak kau diam daripada cakap benda-benda ni.

Diana: ok laa. ok laa. so, macam mana presentation tadi?

Haziq: hmm, not so good but not so bad.

Diana: laa, kenapa? biasa2 kau present ok jee.

Haziq: bukan, tadi masa nak dekat habis. atau aku patut cakap masa dah habis pon masa kumpulan aku start present. so instead of bentangkan apa yang kitorang dah buat, lecturer terus tanya soalan jee dan aku je laa yang banyak jawab.

Diana: dah kau seorang jee diva yang speaking dalam kumpulan kau.

Haziq: Diva sangat kan... but the best thing is, kitorang punya group tak kena hentam dengan soalan-soalan yang

Diana: haa, kan betul! Diva kalau present mana boleh kena hentam banyak.

Haziq: haishh, itu laa kan. susah sebenarnya nak jadi diva ni.... NGEKK!!! kau ingat aku apa?

Diana: ahahah!!! malu-malu kambing... so, lepas ni, dah takde apa2 dah laa kan?

Haziq: akhirnya!!! cuma tinggal satu jee lagi presentation. report ada lagi dua atau tiga kot...

Diana: cehh... sebut akhirnya macam dah siap semua.

Haziq: saje jee nak buat gempak kan. ok laa Dian, aku nak balik bilik dulu ni. ada produk baru nak cuba.

Diana: produk apa? produk apa?

Haziq: ada laa... nanti kalau ada kesan aku bagitau ehh?? bye~

Diana: hishh, suka berahsia dia ni. ok laa, bye~

Aku pon balik bilik tinggalkan Dian seorang diri sekali lagi dekat kafe...



*** sambung lain citer...

Presentation...

Balik daripada presentation power point, aku pergi Bangi Getaway nak minum2 dekat sana. kebetulan sungguh, Farid pon ada dekat sana dengan Adam dalam satu kafe. jadi kami pon duduk sama-sama berborak.

Haziq: Alhamdulillah... untung aku datang dekat sini, boleh terserempak dengan korang.

Farid: ehh Haziq? Assalamualaikum. dari mana ni?

Haziq: Waalaikumussalam... aku baru jee abis presentation power point tadi.

Adam: Baru abis? dari pukul 3 kau pergi tadi, ni baru abis?

Haziq: Ha'ah laa.. kan aku dah bagi tau yang Sir aku tu nak buat semua kumpulan sekali gus.

Adam: aku ingat kau main-main jee cakap tu. patut laa maghrib tadi pon aku tak nampak kau kat bilik.

Haziq: kejadahnya aku nak tipu. kan aku dah cerita yang Sir aku tu kalau cakap, dia buat sungguh.

Farid: jadi macam mana presentation tadi? ok?

Haziq: Alhamdulillah. akhirnya semua selesai jugak. tapi ada sikit yg tak ok dalam kumpulan aku punya pembentangan. mungkin aku pon salah jugak kot,..

Farid: laa, kenapa pulak ni? salah apa nya?

Haziq: ya laa, aku ni kan busy sangat sebelom ni. so aku tak dapat bagi kerjasama sangat. walaupun perbincangan dah buat lama, tapi power point dan video tu, kitorang buat dalam dua minggu sebelum ni...

Farid: dah tu dua minggu tak cukup kee?

Haziq: tak jugak. dan boleh kira semua setel pon pagi tadi, sebelom hantar bahan.

Adam: Haziq ni balik dua pagi, pagi tadi... lepas tu bising pulak ada orang call dua kali. ahli kumpulan dia laa tu.

Haziq: alaa, sori laa Adam. aku pon tak tau yang diorang nak call pukul 3 pagi tu. aku ni memang kalau aku nak rehat, nak tidur aku akan tidur terus. tak tau pulak yang ahli kumpulan aku bersungguh buat bahan presentation sampai tak tidur.

Adam: aku tak kisah laa pasal kau. tapi ahli kumpulan kau pun takkan tak paham dengan kau.

Haziq: tak boleh salahkan diorang. diorang tak kenal aku macam mana. so aku rasa ni salah aku sebab tak banyak sangat bagi kerjasama.

Farid: jadi apa yang tak ok masa pembentangan tadi?

Haziq: owhh... aku ni, jenis kalau dalam pembentangan memang tak tengok slaid nak-nak kalau pembentangan kumpulan. kalau bentang sendiri memang aku akan tekan next slide. nak jadi cerita, ahli kumpulan aku tak tekan next waktu aku bercakap. jadi ada kemungkinan markah kena tolak laa.

Adam: yang ahli kumpulan kau tak tekan butang next tu kenapa?

Haziq: diorang kata, waktu diorang test hyperlink dari pagi, butang tu tak berfungsi. tapi bila aku tekan time presentation ok jee. diorang takut gila-gila dah tadi kalau-kalau aku tekan tu pergi slide yang lain. itu yang diorang tak tekan masa aku bentang slide aku tu.

Farid: pulak dah... hmm, memang kesian laa kat korang. tak apa, benda dah lepas jangan dikenang.

Adam: aiseh ayat... macam lirik lagu jee Farid.

Farid: ehh, bukan aku selalu cakap macam ni ke Dam? ahahah...

Haziq: tak apa laa... yang pasti macam yang kau cakap tadi, semua dah lepas. lepas ni ada dua tiga presentation jee lagi.

Farid: hahh! time tu kau buat ok sikit.

Haziq: insya-ALLAH...



***sambung lain citer