13 May 2015

Cerita Pasal Apa?

Aku duduk depan laptop sambil berfikir sesuatu. Adam masih meneruskan buat kerja dia depan aku.

Haziq: Adam, kalau aku cakap pasal 'no 10', apa yang berada kat fikiran kau?

Adam: sepuluh? Hmm, tak tau laa. Pasal birthday adik aku kot. Dia lahir bulan sepuluh.

Haziq: adik kau? Alaa, tu tak boleh nak jadikan satu cerita. Aku pon tak kenal adik kau.

Adam: cerita apa ni?

Haziq: takde, aku nak kena buat satu penulisan dengan tema sepuluh. Tapi aku tak tau nak buat cerita apa

Tiba2 farid datang ke arah kitorg.

Farid: Assalamualaikum.

Adam: Waalaikumussalan.

Haziq: Waalaikumussalam. Farid, it's good to see you here.

Farid: yes. Why2?

Haziq: Farid, kalau aku cakap 'sepuluh', apa yang ada kat fikiran kau?

Farid: sepuluh? Nombor 10?

Haziq: taknak laa nombor tu. Kalau setakat nombor, aku pon tau. Tapi apa perkara berkaitan 10 yang ada dalam minda kau sekarang?

Farid: owhh... Hmm, kita semua ada sepuluh jari kaki dan sepuluh jari tangan. Ada orang yang tak cukup dan ada orang yang lebih dari sepuluh. Diorang tu ALLAH ciptakan istimewa. Jadi kita yg diciptakan normal ni patut bersyukur dengan apa yang ALLAH beri.

Adam: tu dia ustaz Farid kita. Haa, tulis laa Haziq. Mesti jadi satu cerita best nanti. Suruh semua orang bersyukur dengan apa yang ada setiap hari.

Haziq: hmm, boleh tu memang boleh. Tapi aku tak pandai laa nak hurai panjang2 pasal ni. I mean, bukan tak pandai nak cakap pasal agama. Tapi perkataan sepuluh tu, macam terhad jee nak guna.

Adam: kau ni, mujur orang bagi idea. Daripada takde langsung.

Diana: Adam! Farid! Haziq!

Kitorang toleh ke arah Diana. Dia baru balik dari kelas.

Haziq: Diana!! Sini-sini!

Diana: kenapa ni? Kenapa? 

Haziq: Sepuluh!

Diana: hah?? Sepuluh? Kenapa dengan sepuluh?

Haziq: apa yang ada kat fikiran ko bila aku cakap sepuluh tadi?

Diana: 2010?

Haziq: kenapa dengan 2010? Ada event special?

Diana: pada aku ada laa. Ingat tak 20/10/2010 jam 2010?

Farid: ehh tarikh tu!! Macam ingat tapi aku tak ingat. Ada apa tarikh tu?

Adam: tu tarikh birthday adik aku. Tapi masa lahir tu, aku tak sure plak.

Haziq: macam mana kau boleh tau tarikh lahir adik Adam, Dian?

Diana: bukanlah! Tarikh tu negeri aku jadi melaka maju! Aku kan orang melaka. So aku bangga laa bila negeri melaka dapat jadi melaka maju.

Haziq: ha'ah laa!!! Owhh, bagus jugak tu. Boleh jadi satu cerita jugak tu.

Diana: cerita? Cerita apa?

Adam: tak tau laa Haziq ni. Nak buat cerita bagai dengan tema sepuluh tu.

Haziq: nanti2 laa aku cerita ekk. Aku nak balik bilik dulu dan buat research sikit sebelum tulis pasal ni.

Farid: alaa, nak balik dah ke?

Haziq: sorry semua. Nanti kita borak lagi yaa. Bye...

Diana: bye Haziq!

Selepas selesai tutup laptop dan simpan dalam bag, aku pon balik ke bilik.




***sambung lain citer...

No comments:

Post a Comment