21 May 2015

Lab Test

Balik aje dari lab test aplikasi komputer, aku teros ke kafe. kat situ aku pon ternampak Farid duduk makan seorang diri.

Haziq: Farid, seorang jee?

Farid: Haziq! Assalamualaikum. Ha'ah, seorang aje. takde siapa nak ajak teman.

Haziq: Wa'alaikumussalam. hah, kau tunggu kejap ehh? aku nak beli makanan kejap.

selesai beli makanan, aku kembali duduk berbual dengan Farid.

Farid: kau kelas apa tadi?

Haziq: Tadi? kelas aplikasi komputer. ada lab test.

Farid: Lab test? kau bedah komputer ke?

Haziq: ehh tak laa... dia macam kuiz laa. ini tadi dah lab test kedua. sebelum ni pon dah ada lab test.

Farid: dia buat apa je?

Haziq: yang tadi ni lab test untuk microsoft access. sebelum ni waktu lab test satu dia uji microsoft word dengan microsoft excel.

Farid: access?? tak pernah dengar pon.

Haziq: kan? selama ni kita pakai word, excel dengan power point jee. 

Farid: senang tak?

Haziq: hmm, nak kata senang tu tak jugak. nak kata tak pon, tak jugak. tengah2 laa. waktu test microsoft word dengan excel sebelom ni, banyak jugak perkara baru aku baru belajar. yang access ni tak payah kata laa kan, first time guna dalam hidup.

Farid: iyaa? word pon banyak benda kau belajar?

Haziq: ha'ah... macam insert pic. selama ni copy paste jee... waktu belajar baru tau boleh guna button insert picture :P lepas tu ada mail merge... kalau untuk excel, selama ni aku tolong cikgu aku isi maklumat jee... tak pernah pulak nak bukak table, nak buat chart bagai dalam tu.

Farid: owhh, kalau yang tu aku pon tau...

Haziq: malangnya aku bukan laa orang yang pandai pakai setiap perisian yang ada.

Farid: yang access tu pakai untuk apa?

Haziq: entah laa.. aku nak cakap pon aku tak pandai. sebab aku tengok benda tu macam boleh buat pakai word dengan access jugak. just one thing aku perasan, dia macam dah gabungkan word, power point and excel.

Farid: gabung macam mana maksud kau?

Haziq: hmm, aku nak cakap payah. nanti laa kau datang bilik aku, aku tunjuk dekat kau cara guna dia. tapi yang pasti ada benda dalam access ni yang memudahkan kerja sebab dia mengaitkan banyak perkara dalam satu fail.

Farid: hmm, macam menarik jugak tu.

Haziq: menarik sebab boleh belajar benda baru. aku tak tau laa kalau kerja nanti kena pakai semua benda2 tu, rasanya memang tak larat agaknya nak menghadap komputer.

Farid: alaa, takpe laa. at least apa yang kau belajar yang sikit ni kau boleh tulis dalam resume. aku ni entah nak tulis apa dalam resume aku pon tak tau.

Haziq: boleh bercakap bahasa arab?

Farid: kau ingat aku nak kerja jabatan agama saje? nak jugak cari peluang kerja tempat lain.

Haziq: insya-ALLAH... semua orang ada rezeki masing2 kan?

Farid: hmm, betul tu. rezeki ko depan mata pon dah lesap. cepat betul kau makan.

Haziq: ahahah, aku kalau makan memang cepat. kalau minum aje aku lambat.

Farid: takpe, aku boleh tunggu lagi setengah jam. aku takde kelas pon lepas ni.

Haziq: amboi! perli beradab nampak?

Farid: makan tomato ke?

kitorang gelak antara satu sama lain dan teruskan perbualan lain.



*** sambung lain citer...

No comments:

Post a Comment