08 April 2015

Tanggungjawab

Aku, Adam dan Diana tengah makan kat kafe. Adam berborak sambil menghadap telefon bimbit dia. Aku dengan Diana bergelak ketawa macam biasa sampailah...

Adam: untunglah orang tu pergi sabah kan.

Diana: huhh?!!

Adam: takde apa. Aku tgh tgk instagram and gambar kau dekat sabah tu tiba-tiba muncul, haziq.

Haziq: ohh, ingatkan apa lah tadi.

Diana: gambar yang mana ni? Nak tengok! Gambr aku ada tak?

Adam: takde... Gambar ni haa.



Diana: ohh, yg ni. Aktiviti yg kena suruh dapat like bebanyak ni. Ingatkan gambar yang mana.

Adam: huhh? Aktiviti dapat like paling banyak? Dah takde aktiviti lain dia nak suruh buat?

Haziq: entah. Dah dia suruh, kitorang buat je laa.

Diana: ehh, ni kira ok tau. Daripada program aku pergi anak angkat selangor haritu, tak best langsung.

Haziq: kenapa? Bukan kata objektif program tercapai ke kata kelab kau? Apa yg tak best nya?

Diana: objektif jadi sukarelawan, membantu masyarakat memang laa tercapai. 
Bertanggungjawab sangat kitorang waktu tu. Tengah hari pukul dua belas mengangkat khemah dengan tiang2 waktu cuaca panas. Mana tak tercapainya. Tapi perkataan anak angkat tu yang gagalnya. Baik tak payah buat anak angkat kalau setiap masa ada aktiviti sampai takde masa dengan family angkat.

Adam: alaa, program first time. Relax laa. Kelab tu pon baru tubuh kan.

Diana: ya laa. Tapi still aku rasa program ni tak se-best program dekat sabah.

Haziq: aku tak tau laa nak cakap apa since aku tak pergi program anak angkat selangor tu. Tapi program kat sabah tu pon banyak benda kena baiki walaupon banyak penambahbaikan daripada tahun sebelum2 ni, bak kata KP kita tu.

Adam: ohh, pasal yang kau cerita hari itu ke?

Haziq: ha'ah laa.

Diana: kenapa2? Apa yang aku tak tau ni? Bagitau laa.

Haziq: takde laa. KP dengan TKP I dia tu, dengan geng dia dua tiga orang lagi tu. Arahan entah serupa apa jee. Lepas tu mentang2 kawan kita tu jadi TKP II, waktu nak naik bas dengan flight, lepas tanggungjawab bodoh je.

Diana: ehh?? Ok je haritu programnya. Apa yg lepas tanggungjawabnya?

Haziq: program tu alhamdulillah laa berjalan lancar. Camni... Kan aku dengan Saleh naik bas yang naik flight MAS. Kau dengan yg lain naik bas yang ambik flight airAsia dengan malindo. And Saleh mengurus bahagian sekolah waktu kat sabah tu. Ingat tak?

Diana: ahaa, aku ingat. Kenapa?

Haziq: by the time kita nak turun dari BTN ke kampung tu, aku tak diberitau pon kita nak lawat mana2. Tapi baru keluar kawasan BTN, pemandu bas berhenti. Waktu tu bas kedua tak gerak lagi. Aku ingat dia nak tunggu bas satu lagi. Tapi tiba2 dia tanya "taknak keluar ke?". Aku pon terkejut laa. Aku tanya saleh, ingat dia tau laa sebab dia tkp II. Tapi dia pon tak tau. Terpaksa pulak aku call TKP I tanya apa nak buat. Tu kes satu, tak kira dekat tamparuli dengan KK lagi. Kalau dia tak bagitau aku, aku boleh terima sebab jawatan aku kecik je. Tapi kalau saleh pon tak tau selaku TKP II, susah laa. Nak bagi tanggungjawab, tapi tak bagitau nak kena buat apa.

Diana: ohh... Macam tu kee. Alaa, dalam bas je kan?

Adam: dalam bas pon, kalau pemandu tu marah sebab kau mintak dia bawak tapi kau tak tau nak ke mana, mesti kau rasa bengang sebab kau tak diberitahu apa2 kan?

Diana: aikk, ni siapa yg pergi sabah ni? Ahhaha...

Adam: takde laa. Kalau aku duduk situ dekat tempat haziq pon aku bengang.

Haziq: kan? Kita ingat pemandu bas tu tau. Tapi dia tanya kita. Saleh sebagai TKP II pon tak diberitahu apa. Patutnya KP dengan TKP II tu bagitau laa, nak ke mana dan ke mana. Kalau dia RASA kita tau pon, dia patut ada tanggungjawab nak ingatkan balik.

Diana: owhh... betul jugak tu. So itu je laa kisahnya?

Haziq: ada lagi. Kan sampai kat kampung baru diberitahu yang aktiviti kita dengan pelajar sekolah cuma boleh dibuat sampai tengah hari? So saleh terpaksa laa buat jadual baru untuk aktiviti2 tu dan kita pon dah beli dan bawak barang dari sini. Aku tgk ok je jadual yang saleh buat. Tapi time hari kita pergi sekolah tu, dengan orang2 atasan kita ni pon lambat, boleh pulak suruh geng kau budak sabah tu beli barang lain nak buat aktiviti lain. Kata diorang aktiviti kita makan masa laa, apa laa. aku rasa macam, "kau dah lantik Saleh jadi ketua untuk aktiviti bahagian sekolah. Kemudian mintak dia tukar jadual dengan aktiviti bagai. Last2 sekali kau buat aktiviti yang kau baru terpikir dan kena beli barang baru pulak. Sedangkan barang yang kita dah beli tu, terbiar macam tu aje. Ada guna sikit jee. Saleh tu, jadi macam orang bodoh pulak penat2 bangun awal pagi sebab nak tukar jadual semua. Last2 tak ikut perancangan dia.

Diana: hmm... Berat jugak ni. Takpe laa, janji alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 
Dah2, tak payah nak pikir sangat. Tahun depan kita buat lagi gempak ok?

Haziq: insya-ALLAH. Kita tak janji laa boleh buat 100% perfect. Tapi bila kita dah bahagikan tanggungjawab tu, dan orang tu dah buat dengan baik, kita hargailah. Jangan jadikan orang tu macam tak pernah buat apa2.

Adam: betul! Takpe, tahun depan aku ikut. Siapa2 tak buat kerja, aku bantai dia. Ahahah!!!

Diana: banyak lah kau. Dah2, aku nak basuh tangan ni.

Kami bertiga sambung berborak tentang hal lain pulak selepas tu.



***Sambung lain citer...

No comments:

Post a Comment