25 April 2015

Sambung Belajar...

Selepas aku balik KKM lepas cuti mid-sem, aku ajak Adam makan dekat kafe macam biasa.

Haziq: kau nak tau, hari tu waktu aku balik rumah, ada seorang junior aku whatsapp aku?

Adam: junior? Junior mana pulak ni?

Haziq: junior masa sekolah menengah dulu. Sebilik dengan aku time aku form 5.

Adam: lelaki ke... haa, kenapa dengan dia?

Haziq: dia bagitau aku dia dapat tawaran pergi jordan. Tapi mak dia tak bagi pergi. Kemudian ada laa dia tanya pasal matrik dengan diploma.

Adam: laa, kenapa pulak dia mak dia tak bagi perginya? Bukan senang dapat belajar luar negara.

Haziq: dan kau salah seorang daripada tu.

Adam: alaa, negara jiran jee. Selalu dah aku turun kawasan KL.

Haziq: ahahah... anyway, mak dia risau laa jugak. Lagi pun dia tu lembut sikit and aku pon kalau ikutkan risau jugak dengan dia. Bukannya apa, tapi dia tu tak open minded. Cakap sikit, tak boleh. Mintak buat tu, tak boleh. So aku cakap kat dia kalau dia nak belajar, dia kena ubah perangai dia. And aku bagi laa perbandingan kalau belajar dalam dan luar negara, beza belajar matrik dan diploma.

Adam: lepas tu, apa katanya?

Haziq: dia risau jugak nak pilih jordan. Kata dia, sebab isu IS. Aku kata benda tu tak jadi masalahlah. Bukannya dekat sangat pon universiti dia belajar dengan benda IS tu. Tapi dia risau jugak kata dia. So sekarang dia tak tau nak tunggu result UPU untuk diploma atau terima matrik.

Adam: pesimistik sangat pemikiran dia. Dia dah pilih dah ke?

Haziq: well, nak pilih tempat belajar pon bukan senang kan. Sebab asyik dengar cakap orang tempat tu bagus, tempat ni bagus. Realiti tak sama kan. Aku cakap kat dia, bukan tempat aku nak cakap uni tu bagus atau uni ni tak bagus. Sebab kita tak belajar tempat tu, so apa hak kita nak cakap uni atau satu2 kolej tu tak bagus, betul tak?

Adam: haa, betul laa tu. Aku dulu, tak ada laa ambik tau sangat pasal uni2 ni. Nak tanya orang pon malas. Aku nampak, aku rasa advertisment dia macam menarik jee aku pon apply.

Haziq: kan? Sama laa dengan aku. Aku dulu pon, judi jee pilihan aku. Sebab aku anggap, kalau aku tak jadikan kehidupan aku menarik dekat uni, nanti realiti dia memang tak best laa kan? Itu aku cakap kat dia. Pilihan kau belajar dekat mana tu satu perjudian. Sebab kita tak boleh nampak masa depan kita. Tapi kita boleh create benda-benda best untuk jadi memori. jadi tak laa kita menyesal biarpon kita belajar result tak bagus mana.

Adam: aisehh ayat kau... bukan main lagi apabila Haziq berbicara.

Haziq: tak ada laa. Tapi realiti dia memang macam tu kan. So aku pesan kat dia, kehidupan belajar dekat universiti ni memang tak sama dengan sekolah. Dekat U ni kita nak melangkah satu langkah ke depan sebelum masuk alam kerja. Jadi dia kena laa bukak minda, ubah perangai dia semua tu.

Adam: hmm, betul laa tu. Last2 sekali ada dia cakap dia pilih apa?

Haziq: tak ada. Tapi dia ada bagitau aku yang dia dah download borang nak ke jordan tu. Aku ucap alhamdulillah je laa. Aku pesan dekat dia, tak ada sesiapa pon yang boleh halang keputusan dia nak sambung belajar dekat mana. Even mak dia. Kalau dia nak betul nak belajar dekat jordan, cakap baik2 dengan mak dia dan yakinkan mak dia yang dia boleh buat.

Adam: a’ah. Kita ni, doakan aje lah yang terbaik buat dia kan. Ehh, citer lain tak ada ke?

Haziq: ada! Cerita pasal teater yang aku tengah berlatih sekarang.



***sambung lain citer...

No comments:

Post a Comment