01 April 2015

Rumah Hantu

Diana: Haziq!!! Kau pergi tak rumah hantu tg2km?!!

Haziq: hishh, kau ni. Jangan laa jerit2. Kita dah laa kat kafe ni.

Adam: aku tak kenal kau.

Diana: alaa, sori laa. Aku cuma ‘excited’ pasal rumah hantu tu. Adam, jangan laa macam ni.

Adam: hah, kenapa dengan rumah hantu tu?

Haziq: ha’ah. Aku tak sempat nak lawat pon rumah hantu tu.

Diana: takde laa. Rumah hantu tg2km ni lain daripada rumah hantu kolej lain yang aku pernah pergi.

Haziq: apa yang lainnya?

Diana: first of all, rumah hantu ni sangat gelap. Sangat-sangat gelap. Dengan kain hitam yang dia letak, waktu malam, dan dia Cuma bagi lampu suluh yang dia dah tutup dengan kertas warna supaya lagi samar-samar cahaya dia. At least kalau rumah hantu lain, ada laa jugak lampu tepi bagi kita nampak jalan dia.

Adam: laa, kiranya nak kata ko takut sebab gelap sangat laa ni? Ok laa, at least takde laa ko nampak muka hantu tu kan?

Diana: ehh tak. Lagi seram ada laa. Awal-awal lagi zombi dah muncul. Kemudian tiba-tiba bunyi “GTAAANGG, GTAAANGG”. Mahu tak menjerit aku dibuatnya.

Haziq: ahahah... owwhh, patut laa ‘excited’ semacam ceritanya. Apa lagi yang ada kat rumah hantu tu?

Diana: yang tadi tu baru laluan permulaan. Tu pon ramai dah aku dengar perempuan jerit waktu aku tunggu giliran aku. Waktu tunggu tu memang dah berdebar gile2 laa kan. Lepas laluan permulaan tu, kena masuk bilik. Gelap gila! Bilik tu dia buat macam maze, sangat2 memeningkan. Saje jee diorang suruh masuk lorong salah sebab ada satu hantu ni nak jerit kat kitorang. Dah laa lampu samar-samar, once dia jerit kat  kitorang memang kitorang jerit bagai nak rak laa.

Adam: bukan rumah hantu dekat KDO atau KUO sebelum ni pon main jerit2 jugak ke?

Diana: iye, memang laa. Tapi yang tu ada cahaya so kita boleh get ready kalau2 nampak bayangan hantu tu. Ini gelap, kau paham tak? Dah suluh pon susah nak nampak.

Adam: ohh, lepas ni boleh laa kalau-kalau nak takutkan Diana dalam gelap, Haziq...

Haziq: ahahah, boleh jee. Nak-nak time birthday dia nanti kan.

Diana: eiyy!!! Jangan laaa korang ni!! Anywa, hantu yang kat dalam lorong salah tu suruh kitorang keluar. Bile kitorang keluar, dia jerit pulak kat tingkap yang diorang buat tu. At that time, aku macam boleh agak dah tapi dia jerit kuat sangat. So berlari jugak laa. Lepas tu haa!!! Yang ni paling aku tak boleh sekali. Lorong yang kitorg lalu lepas hantu yang jerit kat tingkap tu memang nampak lorong mati jugak. Kat situ bersambung pulak ada seekor hantu yang mengilai bagai nak gila! Memang takut gila! Dia duduk je dalam kotak yang ada kat situ. Lepas dia mengilai tu dia ajak main pulak. Kalau boleh aku nak lepuk aje muka dia.

Adam: ahahah, dia ajak main apa jee?

Diana: dia sebenarnya nak suruh masuk terowong yang diorang buat. Besar jugak laa terowong tu, tapi dalam takut campur gelap tu, memang tak nampak terowong tu. Kawan aku ajak aku keluar. Aku kata sabar dulu. Hantu kat kotak tu, dengan make-up dia dah macam joker batman, rambut palsu putih, macam orang gila dah aku tengok. Tapi aku respek dia sebab dia buat suara yang kecik gile dan memang menyeramkan. Lagi kecik dari suara annabell.

Haziq: annabell?? Ahaha, macam2 laa kau ni. Kau keluar tak lepas tu?

Diana: hantu tu suruh kitorang jerit letup kalau nak keluar. Then sorang ajk rumah hantu tanya kitorang nak teruskan atau tak. Kalau nak balik, kena jerit letup. Tapi aku ajak jugak kawan aku teruskan walaupon dia takut. Jahat tak aku?

Adam: hehh, dia ingat boleh jadi heroin kat kawan dia tu, Haziq?

Diana: bukan laa. Anyway, kitorang masuk terowong tu then ada sorang hantu ni dengan rambut panjang gile dah macam pontianak lalu2 depan terowong tu. Mau tak menjerit lagi kuat kawan aku. Dalam terowong tu jugak ada bunyi ketuk-ketuk nak menakutkan pengunjung. Dengan aku-aku sekali menjerit bagai nak gila. Lepas je terowong tu, ada macam makcik yang sedih anak dia mati kat kubur and kemudian ada anak patung annabell tergantung kat atas. Time tu terkejut jugak laa. Lepas tu ingat kan dah habis macam tu je...

Haziq: ada lagi??

Diana: suddenly ada katil yang bergerak, atas dia ada orang yang diselimutkan. Budak tu gegarkan katil tu sambil jerit gelak2. Kau dapat bayangkan? Daripada sunyi ingatkan dah habis, tiba-tiba katil tu bergegar dan bergerak-gerak. Kawan aku pon apa lagi, dia tarik tangan aku keluar pintu. Then ada pulak pocong yang berdiri kat pintu tu. Menjerit nak mati kitorang berdua!!! Ahahah, memang puas gila laa rasa walaupon pening-pening dalam rumah hantu tu.

Haziq: seriously? Ehh, ni rasa nak pergi malam ni...

Adam: kau nak tau satu perkara tak Diana?

Diana: apa dia?

Adam: aku laa salah sorang hantu kat situ...

Diana: ADAAAMMM!!!! Tak bagitau aku pon! Sampai hati... kau jadi hantu apa??

Adam: rahsia. Ahahaha!!!

Diana terus pukul Adam supaya dia bagitau dia jadi hantu apa tapi Adam terus berahsia.




***sambung lain citer...

No comments:

Post a Comment