03 June 2015

Selamat Tinggal

Dari kelas, aku sms Diana, Adam dengan Farid supaya datang kafe lepas aku habis kelas pukul 5. perjumpaan yang berlaku secara biasa, tak ada siapa yang terfikir untuk berlaku apa-apa kejadian. memandangkan aku daripada kelas, maka akulah yang terakhir tiba di kafe. mereka semua tiada kelas sebelum ini, tapi mereka datang awal kerana mereka tahu perangai aku yang akan berlangsung pergi andai ada yang datang lewat. janji Melayu tiada dalam kamus hidup aku kerana aku tak rela memalukan bangsa aku sendiri.

Diana: hah, tu pun Haziq dah sampai!

Adam: lewat! kata tak main janji melayu.

Haziq: alaa, sorry laa, aku habis kelas tepat2 pukul 5 tadi. biasanya habis 20-15 minit awal. 

Farid: hahh, ada apa kau panggil kitorang bertiga datang minum petang sekali ni? jarang-jarang kau nak panggil semua belanja minum.

Diana: ha'ah laa kan? biasanya kita terserempak jee. itupun makan sendiri. tapi yang ni siap nak belanja makan minum bagai.

Haziq: sebab kali ni kali terakhir laa.

Adam: kali terakhir? kenapa? kau nak pindah ke?

Haziq: sepatutnya kita boleh jee jumpa lagi. tapi aku penat laa... nak tulis satu lagi pon...

Diana: jap2... aku tak paham laa. cuba kau cakap betul sikit. kau ni, dekat fb pakai bahasa klasik. dekat sini pon kau nak pakai bahasa yang memeningkan jugak ke?

Farid: kau ada masalah ke Haziq? cuba kau bagitau kitorang. insya-ALLAH kitorang boleh tolong.

Haziq: korang ni, tak pernah perasan ke? *tersengih*

Diana: Adam, kenapa roommate kau ni? dah tersengih semacam pulak ni...

Adam: Haziq, kau... nak cakap pasal tu jugak ke? kau memang nak berhenti menulis dah?

Aku pandang ke arah Adam lalu tersenyum.

Farid: Dam, kenapa ni? berhenti menulis apa ni?

Adam: Dian.. Farid... sebenarnya...

Haziq: Adam, biar aku yang bagitau.

Adam: Tak apa ke?

Diana: Hishh, korang ni!!! bagitau je laa. apa yang susah sangat?!! main rahsia2 pulak ni...

Haziq: Diana. Farid. Sebenarnyakan... korang berdua dengan Adam, tak pernah wujud...

Farid: Astaghfirullahal'azim... Haziq, kau ni dah kenapa? kau gila ke?

Haziq: yaa, memang aku gila. dan korang bertiga hanyalah karakter yang aku cipta dalam diri aku sendiri. untuk aku ajak berbual. supaya aku tak keseorangan.

Adam: kita bertiga ni, sebenarnya adalah diri Haziq yang dicampurkan dengan latar belakang perwatakannya dengan diri orang lain.

Diana: MENGARUT!!! TIPU!!! kita memang wujud!!! nampak ni, sakit bila aku cubit pipi aku sendiri tau tak! kenapa cakap kita semua ni adalah Haziq pulak?

Haziq: Aku berseorangan jee sebenarnya Dian. ingat tak lepas habis presentation marketing haritu? kau kata, semua orang pandang aku kan? kau mungkin tak sedar, tapi sebenarnya semua orang pandang aku sebab aku seorang yang gila dan suka bercakap sendiri.

Farid: habis macam mana kau boleh masuk UKM ni kalau kau gila?!!

Suasana bertukar menjadi padang hijau yang terdapat ramai orang-orang yang berbaju putih.

Diana: Kita kat mana ni??? macam mana kafe tadi boleh jadi padang ni?!!

Adam: Dian, bawak bersabar! dengar ni! macam yang aku dan Haziq cakapkan tadi. Haziq ni gila. dan ini merupakan tempat orang2 gila! dia keseorangan dan suka cakap sendiri. sebab tu dia cipta suasana dalam minda dia sendiri dan cipta kita semua. dia yang cipta kafe dekat UKM dan watak kita semua.

Farid: Tapi Dam...

Haziq: Farid. pernah tak kau terfikir kenapa perangai kita semua berbeza tapi kita semua jadi rapat?

Farid: semua orang boleh jadi rapat kalau kita berkenalan walaupun perangai kita berbeza.

Haziq: tapi perbezaan kita terlalu ketara. kau merupakan sisi baik aku yang aku kunci. kau terlalu baik. kau jaga solat, jaga tutur kata. tapi sampai masa aku tak dapat tunjuk semua tu. sebab aku merasakan masyarakat akan benci dengan orang yang baik ni.

Adam: aku pulak merupakan sisi jahat Haziq. aku pon pernah terkunci dalam diri Haziq. tapi bila aku keluar, masyarakat bencikan aku. Haziq tertekan. dia tak tau sama ada dia perlu berkelakuan baik atau jahat.

Diana: Habis aku ni siapa? dan Haziq ni siapa? Dam! kau dan Haziq berkomplot ehh nak kenakan aku dengan Farid?!! *nada Dian mula teresak-esak seperti mahu menangis. tapi jeritannya menguasai nadanya*

Adam: Dian, aku tak pernah nak berkomplot dengan sesiapa. aku pon tahu tentang benda ni minggu lepas sebab...

Haziq: Dian, kau merupakan satu identiti yang mengelirukan. ketika mana aku menjadi lelaki jati, orang memandang pelik pada aku. dan waktu aku berkelakuan macam perempuan, orang mula menghina aku. sebab itulah, kau merupakan perempuan yang kasar. 

Diana: Jangan nak mengarut! Dam, kau cakap dekat aku macam mana kau boleh tau tentang benda ni!

Farid: Sabar Dian... bawak mengucap.

Diana: TAK! aku dah tak boleh sabar dah ni! ADAM!!

Haziq: biar aku yang ceritakan semuanya. kesihatan aku tak berapa bagus. dan aku pun tak akan hidup panjang. ketika suasana masih dalam UKM, aku berasa pening. dalam bilik kitorang, suasana selalu berubah antara bilik dan tempat ni. jadi Adam tanya pada aku dan aku pon ceritakan segalanya. pokok dekat tepi ni, menjadi saksi pada semua cerita yang aku reka.

Farid bergerak ke arah pokok dan melihat begitu banyak tulisan yang tertera dan begitu kecil sehingga sukar dibaca. Dian cuma menangis teresak-esak.

Haziq: aku dah tak larat nak tulis pada pokok ni lagi. Dian, orang2 dekat kafe kolej yang kau kata pandang aku tu, mereka sebenarnya adalah orang2 gila di sini. aku tak dapat kekalkan fokus rekaan minda aku. sebab tu laa... hari ini, aku nak jelaskan pada semua dan ucapkan selamat tinggal.

Farid: tak apa laa Haziq. macam yang kau cakap, kami adalah kau. macam manapun, kami akan berdiri kuat dalam diri kau.

Diana: aku taknak semua ni hilang! aku nak kekal dengan persahabatan kita ni... tapi, dalam diri ni... aku pon rasa satu kesakitan yang amat, yang memaksa aku terima hakikat sebenar...

Haziq: jangan risau Dian. aku akan ingat saat kita semua walaupun korang cumalah watak rekaan aku saja.

Diana: Haziq... kuatkan diri... sebagai perempuan yang kuat dalam diri kau, *Diana tersengih*, aku akan paksa kita supaya terus kuat.

Haziq: insya-ALLAH Dian... aku akan kuat dengan adanya orang macam kau dalam diri aku.

Adam: Haziq, tak kisahlah kau baik atau jahat. kau laki atau perempuan. akan ada orang yang akan terima kau seadanya. aku bukanlah sisi yang kau patut cari, terutama ketika kau berdepan dengan masalah. tapi... andai kau perlukan tenaga sokongan, aku akan keluar untuk bantu kau.

Haziq: Terima kasih Adam.

Adam dan Farid memeluk erat aku. Diana tak dapat menahan tangisan dia. mungkin dia cumalah rekaan watak perempuan, namun hatinya aku sahaja yang tahu. dia terus berlari untuk memeluk aku sehinggakan aku terjatuh. sikit demi sikit, mereka bertiga hilang daripada pandangan dan minda aku. aku terbaring atas padang hijau tersebut, mengimbau kembali kenangan kami bersama. tanpa sedar, air mata keluar dari mata menyembah bumi. aku mendengar pegawai assylum menjerit dan mereka datang ke arahku, bertanyakan keadaan aku. aku cuma mampu tersenyum. yang pasti, selepas ini aku akan bersendiri lagi, menunggu saat mati...





TAMAT