12 March 2015

OTAKU

Adam: *oh, Haziq  ada kat sini. hmm... bawak laptop. buat kerja ke? errkk! tengok anime lagi? kat bilik pon tengok anime, kat kafe pon tgk anime. haihh* "Woii!! tengok anime jee kerje ko"

Haziq: alaa Dam, kacau la... biar laa... baru balik kelas ke?

Adam: haa laa... orang lalu lalang pon bukan tau nak pandang.

Haziq: aku nampak laa orang lalu lalang. tapi ni tengah scene best ni. ko gi beli makanan dulu, duduk, makan. tunggu 10 minit eh? 10 minit jee agy citer ni nak abis...

Adam: yelaa.. gi laa sambung tengok anime ko tu.

lepas 10 minit, aku tengok Adam masih ada separuh lagi makanan kat pinggan sambil tengok henset.

Adam: apsal pandang aku? nak makan ambik laa.

Haziq: tak laa... tengah pikir benda lain ni.

Adam: hehh, orang yg cuma tau tengok anime, baca manga 24 jam cam ko pon berpikir gak ehh?

Haziq: abis ko ingat aku robot? tengok orang lain buat, hafal masuk dalam cip pastu aku pon boleh buat benda sama?

Adam: takde laa... cuma aku tak paham apa yang best sangat ko tengok anime ko tu.

Haziq: well, anime is life! 



Adam: bongek ko. kejadah apa life nya... fiksyen je pon...

Haziq: memang fiksyen! dari jepun, bukan sekadar je pon (ejek suara Adam). ahahahha

Adam: kuang ajo... ingat best buat gitu?

Haziq: ahahahah!! rilek laa... ok2, apa yang ko paham tentang anime? apa yang buat ko tak paham tentang otaku cam aku?

Adam: anime?? hmm... ecchi? hentai?? 

Haziq: ngek ko!

Adam: pfft, memang tak laa aku nak paham camne peminat cam ko boleh tergilakan karakter 2D gitu..

Haziq: come on, Adam... it's imagination...



Adam: spongebob tu cartoon...

Haziq: ok fine... haa, pandai pulak ko bezakan kartun ngan anime?

Adam: bukan ko yang sowh aku bezakan sebelum ni? kata ko, yang inggeris barat buat kita panggil komik ngan kartun. kalau dari jepun kita panggil manga ngan anime.

Haziq: owh ekk? ada ehh?? eheheh, lupa plak aku...

Adam: ko memang.

Haziq: ok2... alang2 ko ngan aku takde kelas ni, apa kata aku citer sikit2 pasal anime yang mungkin ko patut tau sebab nanti ko kena teman aku gi event2 anime jugak kan?

Adam: mula dah dia... haa, citer laa... aku nadah je telinga aku ni.

Haziq: hehehe, mekaseh2... takpe, aku sanggup tak abiskan satu full ep anime ni semata-mata nak citer kat ko pasal salah satu nikmat dunia yang ko terlepas pandang bernama ANIME. jadi ko pon patut berkorban deria pendengaran dan masa ko untuk dengar pasal ni ok?

Adam: ye laa... aku nak dengar laa ni. citer je laa.

Haziq: ok2... first sekali pasal anime ni yang ko perlu tau istilah otaku. otaku ni kalau kat jepun dia memang tak berapa bagus sebab kat jepun, orang yg dipanggil otaku ni memang obses gile dengan satu2 benda macam anime contohnya, sebab kat jepun ada banyak lagi jenis otaku selain anime otaku. diorang akan duduk dalam bilik, sanggup tak keluar rumah beberapa bulan dan main dengan benda2 yang diorang obses tu. 



Adam: gile ke diorang tu? takde keje dan tak keje ke?

Haziq: well, diorang boleh jee buat keje sampingan sambil dok rumah. kalau ko tanya aku keje apa aku pon tak tau... tapi in terms of other countries luar daripada jepun, kitorg guna jee istilah otaku wpon ada antara kitorg tau pasal kisah tu sebab kamus kita berbeza kan. kita taknak samakan taraf maksud diorang dengan maksud kita.

Adam: hehh, iye2 jee ko ni. maksud kamus konon... macam laa ko penah pergi conference untuk perkataan2 kamus tu...

Haziq: aiyoo, ni pahaman masing2 dah laa... nyampuk jee ko ni. haa, satu lagi... sorang2 tu takkan dipanggil otaku hanya kerana dia tengok naruto, bleach atau fairy tail jee. 





Adam: apsal pulak?

Haziq: ye laa, mana taknya... tengok dua tiga anime jee kata ko peminat fanatik anime? mana boleh. itu ko minat cerita tu jee... bukan anime yang ada beribu-ribu tu....

Adam: dah tu berapa banyak anime ko kena layan baru panggil otaku?

Haziq: takde jawapan konkrit untuk tu... but kalau ko sentiasa tengok anime, kalau tak setiap hari pon, seminggu sekali ko tengok banyak episod, mungkin ko kira anime otaku dah. atau kalau ko sentiasa baca manga tak henti2, kira manga otaku. macam aku, boleh kira tiap2 hari aku baca manga, dan anime tu, sepanjang aku hidup ni ada dekat... jap ehh, aku tengok kat lappie ni jap.. hmm... haa! lebey kurang 150 anime dah aku tengok sepanjang 20 tahun ni. ni yang aku ingat tajuk. yang tak ingat tajuk tu tak kira lagi.

Adam: apak aa!! 150?? gila banyak... kalau manga tu brapa banyak dah agaknya?

Haziq: yang tu memang aku tak pernah kira dan aku tak pernah listkan... terlalu banyak. rasanya lebih banyak dari anime sebab termasuk doujinshi sekali kan??

Adam: haa?!! sushi?

Haziq: doujinshi laa... kalau pelukis manga atau anime kita panggil mangaka, doujinshi ni pon manga jugak. tapi dia fanart punya. contoh aku minat satu anime atau manga, and aku nak lukis satu manga lain tapi guna karakter anime atau manga tu. tu kira doujinshi laa tu...

Adam: oii!! tiru hak ciplak namanya tu...

Haziq: well, biasanya doujinshi tak dijual secara rasmi selain kat jepun. kalau ada pon, kat booth event2 mangAnime jee... kat kedai2 buku biasa tak jual.

Adam: ada jugak orang nak beli fanart ekk??

Haziq: ada... nak2 kalau yaoi ngan yuri (bisik)

Adam: apa tu??? pelik2 bunyi ko ni laa...

Haziq: haa, jap lagi aku citer part tu. ni citer pasal beberapa genre dulu. kalau cakap pasal mangAnime, mesti orang nak tau genre2 diorang. so first skali, shounen. genre shounen ni kategori untuk remaja laki. biasanya ada aksi lawan, aksi, adventure dan kawan2... walaupon namanya kategori shonen, tapi pompuan pon tengok jugak. sebab tu peminat cam kitorg dipanggil otaku. berlawanan pada shounen ni, genre shoujo. dah kalau kategori untuk remaja pompuan mesti tak lari daripada kisah cinta punya. tapi aku pon suka layan mangAnime shoujo ni.

Adam: eww....

Haziq: weyh... kat genre shoujo laa nak nampak pompuan lawa, comel gila2 punya. kat shounen punya mangAnime susah nak nampak tau...

Adam: owhh ekk?? patut laa aku tak penah suka pompuan dalam mangAnime lagi... ehh, adalah! hinata dalam Naruto! dia comel gile kot!

Haziq: haa... tu baru shounen punya mangAnime, belum shoujo lagi. kalau shoujo lagi banyak.. ok2, dah pasal tu dulu. pastu kita ada genre sports (sukan), horror(seram), school life,,, apa lagi ekk... haa!!! "yang ko kata ecchi ngan hentai tadi tu... ko tau tak beza dia?"(bisik)

Adam: entah... aku tengok jee hentai tu. tak pernah pon aku pikir nak amik tau pasal tu...

Haziq: "hishh ko ni... tengok jee tau.. ni... kalau hentai, memang mangAnime lucah 18sx yang ada babak s*** tu... tapi ecchi ni dia tak sampai tahap tu lagi. yes, karakter dia memang sexy... memang ada babak yang menggiurkan sampai mulut bukak telan air liur pon tak rasa, tapi dia takkan nampak babak s*** tu. mungkin ada yang ada, tapi biasanya memang censored sebanyak mungkin. aksi dia tak melampau cam hentai..." (bisik)



Adam: owhh.. paham laa kot... takpe, nanti aku buat kajian lagi mendalam beza antara ecchi ngan hentai.

Haziq: "sshhh!!! kat kafe ni kan! perlahan laa sikit nak cakap pasal ecchi ngan hentai tu. dah! tak payah nak buat kajian sangat. tak elok tengok benda tak senonoh tau" (bisik)

Adam: elehh, ko dah tau boleh laa cakap camtu.. padahal ko tengok gak kan? kalau tak skang, dulu...

Haziq: tu zaman jahiliah... baru naik remaja, lain...

Adam: haa!! tau pon ngaku... ngeh ngeh ngeh...  ok2... ada lagi ke??

Haziq: hhmm... ohh yeaa... dah masuk sini baru aku boleh citer bab yaoi dan yuri...  ok, camni. genre yaoi ni, senang kata citer yang karakter dia gay dan yuri plak karakter dia lesbian...

Adam: woaahh! woaahh!! jangan kata ko layan dua2 tu laa??

Haziq: hehee... tolak ke tepi pasal tu dulu. balik pada shoujo ngan shounen tadi. ada dua lagi genre yang dekat sama, nama dia shounen ai dengan shoujo ai. tambah A.I jee dekat perkataan shounen ngan shoujo tadi yang maksod dia cinta. kalau shounen ai, citer pasal laki suka laki tapi takde aksi s***. kadang2 aksi cium pon takde tapi memang nampak laa jalan citer dia pasal laki suka laki. shoujo ai pon sama, tapi pasal pompuan suka pompuan. kalau yaoi(gay) ngan yuri(lesbian) ni pulak memang nampak lagi jelas sebab biasanya ada aksi s*** sama ada soft atau hardcore.

Adam: errkkk... pffttt! ahahahah!!! ada plak soft dengan hard nya?

Haziq: well, ada orang kan takleh terima s** scene yang nampak sangat benda2 alah tu... biasanya yang soft ni memang takde tunjuk bahagian bawah tu. dia macam... scene nak kasi romantik jee, wpon namanya s** scene. yang hardcore tu paham2 laa kan... tapi anime jarang sangat ada versi hardcore. biasanya manga yang banyak versi hardcore ni.

Adam: adoyai... camne laa peminat boleh layan benda camtu..?

Haziq: ehh jangan terkejut kalau aku cakap yang genre yaoi ni, kalau kat jepun banyak jee makcik2 suri rumah suka tengok. aku tak ingat yang versi anime atau live action, tapi diorang layan jee benda2 ni tau..

Adam: What?!! what the!! seriously?? oh my god! dunia memang terbalik laa camni...

Haziq: rilek laa.. tengok benda tu tak sama dengan buat pon. 

Adam: ok, jauhkan diri ko dari aku....

Haziq: woii, rilek laa.. awek aku pon layan mangAnime, and dia pon ada je tengok benda yaoi ni. rilek je.. well, memang dia tak layan sangat sebenarnya benda ni, sebab dia pon UIA kan. and aku pon tak bagi dia tengok yaoi yuri ni sangat. tapi... camtu laa...

Adam: owhh!!! yang tak elok ko tak bagi dia tengok tapi ko tengok takpe?

Haziq: bukan laa.. nanti laa citer lain pasal ni... haa, balik semula cerita yang tak berapa awal tadi, biasanya ramai peminat yang baca doujinshi...  bila aku kata baca, it means manga laa. tak pernah lagi aku tgk fanart yang jadi anime. and tadi pon aku ada sebut yang ramai jugak peminat baca pasal doujinshi ni terutama sekali yaoi dengan yuri kan? peminat yang buat doujinshi ni kira peminat hardcore dah sebenarnya. aku tak pasti ada gelaran untuk peminat yuri tapi kalau peminat yaoi ni, fujoshi untuk perempuan dan fudanshi untuk lelaki.

Adam: fushi? sushi?? apa dia??? belit2 aku dengar ko sebutnya.

Haziq: fujoshi dan fudanshi. walaupon ko tak gay sekalipon, tapi once ko minat nak tengok yaoi contohnya, atau baca dia punya manga dan doujinshi, ko dah dikira fudanshi. macam aku, aku ngaku aku fudanshi.

Adam: hehh, penyokong LGBT rupanya... 

Haziq: tak laa... minat sebab dia merupakan satu seni.

Adam: banyak laa ko punya seni. dosa tau suka benda2 camtu.

Haziq: aku tau... tapi... entah laa. ramai jee peminat cam aku yg terpaksa mengaku, once ko dah suka benda tu (yaoi ngan yuri), ko memang susah nak lari. ada jee sorang kenalan aku yg alhamdulillah, dia dah berjaya larikan diri dari lingkungan ni. tapi bukan sekadar lari dari yaoi  jee, lari dari anime teros. dia memang taubat gila2 dah... and aku tak tau dan aku tak rasa pon nak keluar dari zon anime ni. kalau keluar dari zon fudanshi ni, aku boleh terima lagi kot.




Adam: salute kat kawan ko. nampaknya ALLAH dah beri hidayah yang anime ni memang tak selamat.

Haziq: banyak laa ko. anime asalnya takde benda2 tak elok ok. cuma zaman sekarang punya anime ni, aku terpaksa admit yang dia terlalu banyak fanservice. dia nak kasi orang tengok, dia taruk laa babak2 seksi banyak sikit. ada peminat takleh terima memang dia berenti teros tengok anime tu. tapi ada jugak yang teros tengok sebab plot dia best.



Adam: plot sangat kan. nawaitu tu dah serong jugak nak tengok fanservice. cakap je...

Haziq: takde laa. betul laa. weyh, orang dah azan tu, jom gi surau.

Adam: haa! tau pulak nak solat?

Haziq: ko takyah nak cakap aku... ko pon sama! dah jom!

Adam: ahahah!!! ok2....

***Sambung lain citer...


No comments:

Post a Comment