12 March 2015

Langkah Pertama

Haziq: *Ohh, Adam ada kat kafe laa. makan sekali dengan dia laa. tadi tak sempat nak tegur sangat dengan dia. ibu dengan ayah tu bukan boleh duduk diam kalau aku baru nak masuk belajar tempat baru... EHH?!! ADA KEK!!! Yes!!! beli kek dulu baru duduk sekali dengan dia*

Lepas beli kek dengan air...

Haziq: Hai Adam! awal makan kat kafe. parent ko dah balik ke?

Adam: ohh, ha'ah... diorang tak boleh lama sebab nak balik, jauh kan.

Haziq: ha'ah laa... ko dari singapore kan? lupa pulak aku. sori tadi tak dapat tegur ko ngan family ko lama kat bilik sebab parent aku tu jenis banyak cakap. so daripada biar diorang borak kat bilik ngan parent ko, baik aku tarik diorang awal2... tadi waktu pendaftaran pon, bukan main ayah aku borak dengan dekan fakulti aku... eh, kau fakulti apa ek? malu pulak aku tak tau rommate aku course apa. aku FEP, ko?

Adam: aku FST, sains fizik. ko course apa?

Haziq: wuu... fizik... tak sanggup aku nak dengar perkataan tu dah. aku lari dari bidang sains lepas spm. skang aku amik bisnes admin.

Adam: lari?? kenapa? tak score?

Haziq: emm.. lebih kurang laa... takde laa tak score mana pon, tapi semua dapat B kan. anyway, aku memang minat bisnes pon. saje jee amik sains waktu spm dulu...

Adam: takde keje ko ni?! dah minat bisnes, ambik jee laa subjek perniagaan, akaun, ekonomi ke... buat buruk result jee...

Haziq: HAA!!! tu yg ko tak tau... aku ni, vision aku luas tau. macam burung hantu, burung helang... hahaa!! takde laa... aku dah pikir awal dah. aku tau kalau kita amik subjek sains tulen tu, kita boleh pergi apa2 bidang jee... and waktu tu aku pon tak sure lagi aku nak ambik apa kat universiti. ya laa, form 4 waktu tu kan.. honeymoon laa.

Adam: owhh, ha'ah... korang memang camtu kan. lupa pulak aku.

Haziq: ehh kau..??? ha'ah laa... lupa lagi ko asal singapore. apsal ko nak belajar sini haa??

Adam: saje. aku memang suka melancong. walaupon tak jauh and selalu jee aku turun KL, tapi nak jugak duduk sendiri, jalan2 sendiri tanpa ada family. lagipon kat singapor competition kuat kalau nak masuk U.

Haziq: waa bagusnya kau... elok laa tu. aku pon suka gak jalan. nanti kita plan jalan sama2 ekk. anyway, aku dengar kat singapor cuma boleh ada dua anak jee ehh?

Adam: dulu dua. tapi sekarang tiga pon boleh. tapi tak ramai yg ada tiga anak. aku pon ada dua beradik je, sorang lagi abang.

Haziq: aku pon adik beradik laki macam ko. aku ada tiga orang abang atas aku and aku paling bongsu. yang sulung tu, dia kat UTM johor jadi RA prof apa tau. research kat felda rasanya. yg kedua tengah tunggu LI untuk dia punya degree. yang ketiga baru masuk sem dua kat UiTM Shah Alam.

Adam: dekat2 ke umur ko dengan abang ko?

Haziq: ehh tak... abang sulong aku 25 (sekarang 26), kedua 24 (sekarang 25) and ketiga 22 (sekarang 23). diorang diploma dulu... aku pulak ambik matrik. weyh ko tau ke sistem pendidikan kat malaysia ni camne?

Adam: tau... aku ada sedara kat malaysia. sebab tu aku kata aku selalu turun KL. ada sedara sana. yg ko pulak, macam tau jee pasal singapor aku tengok. tanya pasal anak dua orang bagai...

Haziq: owhh camni sebenarnya... hmm, camne ekk? ok! macam ni... mak aku lahir singapor, tapi dia warga malaysia sebab waktu tu malaysia ngan singapor tak pisah lagi. and dia pulak membesar kat melaka. ayah aku pulak, dia lahir johor. tapi dia membesar kat singapor. still, dia orang malaysia. haa, camtu laa... and aku pon ada sedara kat singapor. sebab tu aku tau jugak sikit2 pasal singapor.

Adam: belit2 keluarga ko ni... dah laa, jom balik bilik. aku nak kemas barang sikit ni.

Haziq: ok, aku pon nak kemas barang gak ni. dah laa tadi tak melekat kat bilik langsung kan. langsung tak kemas satu apa pon.

Dalam bilik...

Haziq: haa!!! tengah kemas2 ni kan, ko jangan terkejut pulak tengok aku banyak produk rambut. aku ni kalau ko nak tau, memang suka dengan stail2 rambut. jadi daripada syampoo, conditioner sampai ke wax memang aku pakai. tapi tak laa aku gayakan selalu. and one more thing, aku tak selesa berambut pendek. ayah aku pernah mention kat aku waktu aku berambut pendek yang dia perhatikan bila aku ni rambut pendek, aku cepat marah. dan mungkin betul jugak laa apa dia cakap tu.

Adam: ooh.. ok. aku ni jenis simple2 jee. tapi orang selalu kata penampilan aku bergaya. mungkin sebab faktor aku tinggal kat kawasan bandar kot. agaknya laa...

Haziq: aku paham perasaan ko. orang lain memang nampak camtu. mungkin tempat diorang jarang pakai camtu tapi tempat kita sesetengah pakaian tu walaupon nampak bergaya pon kita pakai bawak gi pasar jugak kan. aku bab fesyen ni memang suka. aku boleh gayakan orang tapi aku takleh gayakan diri sendiri. tak tau laa nape, mungkin kurang confidence level kot...

Adam: yeke? banyak cakap cam ko pon kurang confidence level? ahahah~

Haziq: banyak cakap lain. bergaya lain. bergaya ni dia macam... satu kepercayaan yang ko letak pada diri sendiri untuk buktikan ko laa orang tu.

Adam: habis tu bercakap ni tak perlu percayakan diri? main lepas aje laa?

Haziq: takde laa... bercakap ni pon kita kena percayakan diri... dan fakta... tapi dia nak buktikan yang apa ko cakap tu betul. bukan buktikan yang ko adalah orang macam tu macam ni... ehh jap?? AAHHH!!! pening dah aku!!!

Adam: ahahahahah!!! haa, jangan ingat orang fizik tak pandai cakap. orang fizik ni pon suka membuktikan satu perkara tu sampai betol...

Haziq: cehh, takde2... orang fizik ni suka buktikan benda tak wujud jee :P 

Adam: apa pulak tak wujudnya? cuba berikan contoh?

Haziq: WHOOAAA!!! STOP! aku taknak masuk bab tu. jangan cuba nak pengaruh aku. aku bukan orang yang senang kena pengaruh. aku kalau aku tak suka benda tu, jangan kata nak beri pendapat, nak dengar pon kalau boleh aku taknak. bukan laa taknak apa pon, kalau dengar orang bercakap tu, insya-ALLAH aku boleh paham dan NAK dengar lagi. tapi nak sowh aku bercakap, NO! aku terus terang ekk... dalam banyak2 bidang kat dunia ni, dua bidang aku berani kata aku bodoh adalah bidang teknologi, termasuk kete motor bagai and bidang sukan. yes, aku pakai gadget dan kete, tapi kalau ko terangkan pasal benda2 alah dalam gadget tu, tak kesah laa RAM ke, gearbox ke apa kee, aku memang tak tau apa guna benda tu semua. yang aku tau benda tu dah siap pasang lengkap, aku pakai je laa apa yang perlu...

Adam: hehh, teruk betul ko ni. benda tu semua penting kot sekarang ni.

Haziq: well, i'm mother nature lover XD  aku mungkin active kat laman sosial, tapi aku bukan jenis orang yang tak boleh hidup kalau kena campak dalam hutan takde internet. aku admit, kita akan boring semua tapi kalau kita jenis adventure, cari jee apa2 aktiviti dalam kampung hutan tu, aku tak ase benda tu bosan pon.

Adam: yeah, maybe you're right. anyway, aku nak gi mandi dulu ni. japgi kang nak kena turun dewan.

Haziq: Owhh, okay. pergi aa dulu. aku banyak lagi nak kemas ni. mungkin tak mandi kot tengah hari ni. spray jee badan... ahahahha :D




***Sambung lain citer...


No comments:

Post a Comment