19 March 2015

Cinta: Drama atau Realiti

Aku duduk berbual dengan Diana dekat kafe.

Haziq: Dian weyh, bercakap tentang boifren kau tadi kan mengingatkan aku dekat kisah salah seorang budak yang aku uruskan masa program anak pahang haritu.

Diana: yeke? Kisah aku dah jadi viral ke? Takde orang bagitau aku pon sebelom ni.

Haziq: kau ingat kisah kau dengan boifren kau tu hebat sangat sampai nak jadi viral? Cerita budak yang aku urus ni lagi hebat, lagi viral daripada cerita kau, tau?

Diana: aku tak tau pon. Tak viral mana laa tu.

Haziq: kejadah betul seorang ni. Kau nak dengar ke tidak cerita budak ni?

Diana: ahahah, ok2. Kejap, bagi aku refill air kejap. Kering tekak aku dari tadi berborak dengan kau.

Lepas refill air.

Haziq: ok, mari aku cerita dari mula ekk. Ada satu hari waktu program tu, kitorang dekat kafe dekat DTAMS. Budak2 lain ambik sarapan, makan. Tapi ada seorang budak laki ni duduk jauh dekat laluan jalan kaki duduk dekat kerusi. Aku dengan kak Farah rasa pelik tengok budak ni. So kak Farah ni pergi laa dekat dia, tanya kot2 ada masalah. Kemudian bila kak Farah balik ke aku, dia cerita, “Haziq, budak tu kan. Dia gaduh dengan awek dia”. Aku tergelak macam orang gila dah kat situ.

Diana: weyh, tak baik gelak kat orang putus cinta. Kesian dia.

Haziq: Dia tak putus cinta pon, just gaduh dengan awek dia je. Tapi masalahnya Dian, laki tu kemudian duduk makan dengan aku dengan kak Farah. Dia cerita semula cerita dia gaduh dengan awek dia sambil nangis2. Mana tak aku rasa kelakar dekat budak tu. Drama gila kot.

Diana: aloo, biar laa dia. Dia ikhlas suka dekat perempuan tu laa tu agaknya.

Haziq: haa, mari dengar abis kisah dia ni dulu. Budak laki ni cerita, dia rasa dikhianati. Awek dia tak benarkan dia bercakap dengan mana2 perempuan, dia ikut. Laki ni pon cakap dekat awek dia supaya tak bercakap dengan mana2 lelaki. Tapi perempuan ni cakap jugak dengan budak lelaki. Gelak ketawa bagai kata laki ni. So laki ni rasa tak adil, rasa dikhianati. Awek dia ni laa awek first yang buat dia rasa macam tu katanya. Sambil dia cakap tu, air mata memang mengalir gile2 dah walaupun kawan2 dia yang lain ada kat situ. Penat pulak aku nak memujuknya supaya dia berhenti menangis.

Diana: fuhh, memang drama laa dia ni. Kurang ajar betul awek dia tu.

Haziq: orang kata tak baik kita dengar sebelah pihak saje kan. Kak Farah dengan kakak2 lain yang ikut dengar perbualan kitorang nasihat bukan main supaya dia tinggalkan awek dia. Sebab laki ni kata, sebelum dia pergi program ni kan diorang periksa dekat sekolah. Dia start gaduh dengan awek dia time exam tu laa. Gaduh punya pasal sampai dia kata tak boleh jawab exam ekonomi asas. Aku pon memang rasa yang perempuan ni teruk jugak awalnya sampai buat laki ni macam tu sekali. At the same time, aku rasa pelik macam mana dia punya stress dengan awek tu boleh buat dia takleh jawab exam. Sebab aku tak pernah alami situasi camtu kan...

Diana: banyak je kes yang macam tu sebenarnya. Budak sekolah, putus cinta, gaduh dengan kapel, tak boleh concentrate exam, biasa lah budak sekolah. Cinta monyet.

Haziq: kawan2 aku yang putus cinta tak macam tu pon. Molek ada jee aku tengok diorang semua.

Diana: itu kawan kau...

Haziq: itu yang aku rasa pelik tu. Sebab tu aku rasa ni first time aku rasa cerita drama jadi realiti... ehh, tak! Kali kedua. Kali pertama ada kisah lain waktu aku pergi program dekat sabah haritu.

Diana: dah, cepat sambung cerita kau tu.

Haziq: amboi, nak dengar jugak rupanya... eheheh, ok aku sambung. Semua ahli PKAP tau cerita ni. Macam2 nasihat diorang bagi. Aku boleh kata separuh dari kitorang ceritakan pengalaman cinta masing2 supaya budak laki ni ambik iktibar and belajar molek2. Ya laa, dia nak SPM kan. Tapi aku sebagai laki, aku tak kisah dia nak kapel atau pisah dengan awek dia. Aku kata dekat dia, laki ni tak boleh complicated kan minda dia. Laki ni kena rileks. Kalau pasal awek waktu sekolah pon diri dah tak betul, susah laa kan. So aku nasihat dia, supaya dia enjoy dengan life yang ada waktu remaja sekarang. Jangan pasal seorang awek, masa remaja dia habis bodoh2 jee.

Diana: ada pulak. Cinta tu sebahagian dari zaman remaja laa.

Haziq: memang. Tapi bukan cinta yang sedeh2, nangis tak tentu hala. Cinta pon biar laa happy. Dengar dulu cerita aku sampai habis. Hari esoknya, kitorang faci bahagikan budak2 dalam kumpulan. Setiap kumpulan ikut satu faci pergi ke kelas nak tunjukkan dekat diorang macam mana kehidupan belajar dekat universiti. Asalnya awek laki ni je kumpulan dengan aku, tapi laki ni kurang ajar betul. Dia pergi tukar dengan seorang budak laki dalam grup aku sebab dia nak grup dengan dia. Nak berbincang laa kononnya.

Diana: laa, awek laki tu pon ada dalam program tu ke? Satu grup dengan kau?

Haziq: iye!! Aku pon baru tau pompuan tu awek dia hari aku bawak diorang pergi kelas tu.

Diana: alahai memang drama betul cerita kau ni. Untung pulak aku ada kawan macam kau ni.

Haziq: kau tak payah nak mengarut. So... pagi aku bawak diorang ke kelas Math. Lepas kelas math tu, aku bawak diorang pergi pusanika. Time tu aku rapatkan diri dengan budak perempuan, awek laki tu. Aku tanya laa macam2, kenapa dia mintak pisah bagai. Senang je jawapan budak perempuan tu. Katanya, “saya mintak clash dengan dia sebab saya nak tumpu SPM”. Kau tau tak? Aku rasa macam, bodohnya laki tu. Dia cerita perempuan tu khianat dia bagai, tapi alasan sebenar perempuan tu mintak clash sebab dia nak tumpu spm je? Bagi aku alasan tu mudah dan jelas. Kau putus je laa sementara waktu ni, lepas spm kau sambung laa balik. Abis cerita. Tak payah laa bukak cerita rasa dikhianati laa, apa laa. Tak matured langsung.

Diana: alaa, budak sekolah. Biasa lah tu. Kot perempuan tu saje bagi alasan macam tu, padahal dia tak selesa bila tak boleh bercakap dengan laki lain, siapa tau?

Haziq: itu aku tak tahu dan taknak ambik tau. Tapi bagi aku, kami lelaki. Otak kitorang simple. Kalau itu yang perempuan tu nak, pisah aje la. Perempuan tu tak kata tak boleh kapel semula lepas SPM kan? Perempuan pun, bukan boleh berpisah lama2 dengan laki kalau dia dah suka.

Diana: mana kau tau yang perempuan tu suka dekat laki ni?

Haziq: Dian weyh, laki ni citer waktu dia pindah sekolah time form 4, dia ada laa cari perempuan lain kejap. Awek dia yang ni pasang spy dekat sekolah tu, tau pasal boifren dia ada cari lain. Merajuk laa si awek ni haa. Dah kalau siap pasang spy, tau boifren curang pon masih nak bersama, nampak laa yg pompuan ni suka kat boifren dia. Molek pulak ceritanya. Laki ni penah curang, pompuan ni pulak suka cakap dengan lelaki.

Diana: haa, itu laa pasal. Memang drama sangat.

Haziq: tapi kan, bile aku  bercakap dengan si awek ni, aku dapat rasa sebenarnya perempuan ni suka lelaki yang happening, gila-gila macam tu. Yang boifren dia sekarang ni pulak jenis suka melayan perasaan, cemburu laa, apa laa. Aku rasa tu yang perempuan ni menyakat laki ni tu.

Diana: hmm, mungkin betul jugak apa kau kata tu.

Haziq: kan3... dipendekkan cerita, macam2 laa aku dengan faci2 lain dari PKAP ni bagi dekat diorang dua ni, khususnya lelaki ni laa sebab dia yang paling suka menyendiri, layan perasaan. Malam akhir, aku tak join diorang sebab aku ada hal lain. Tapi aku curi masa sekejap, aku pergi tengok diorang sebelum diorang pergi tidur. Waktu tu, aku tanya perempuan tu ngan laki ni. Perempuan tu kata, walaupon tak dapat bincang bersemuka tapi semua dah jelas dah. Antara diorang dua dah takde apa2. Yang laki ni pulak katanya dia frust sebab terpaksa berpisah dengan awek dia. Aku cakap ke laki ni, jangan stress dan jangan frust. Cerita cinta kita semua seronok, sebab nanti kita akan cerita dekat anak cucu kita kalau panjang umur ada jodoh semua. So kalau boleh, bercinta atau berpisah, kita enjoy je, sebab itu sebahagian cerita hidup kita.

Diana: amboi!!! Apabila seorang ahli bahasa berbicara laa katakan...

Haziq: well, mesti laa. Nasib aku tak sambung tulis novel aku. Kalau tak, mesti best seller...

Aku dan Dian sambung cerita pasal hal lain pulak...

***sambung lain citer...

No comments:

Post a Comment